Headlines News :
Powered by Blogger.

Followers

BERITA BLOG

Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts

Kekalkan Solidariti… Menangkan Semula BN Pada PRU15 – Ahmad Zahid

 



Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak para hadirin yang hadir ke Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran untuk mengekalkan semangat yang ditonjolkan mereka bagi menangkan semula Barisan Nasional (BN) dan mengambil alih Terengganu.

Jelasnya, UMNO/BN mampu untuk melakukan sedemikian meskipun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said hanya menyasarkan untuk menang di empat kerusi Parlimen negeri itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak para hadirin yang hadir ke Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran untuk mengekalkan semangat yang ditonjolkan mereka bagi menangkan semula Barisan Nasional (BN) dan mengambil alih Terengganu.

Jelasnya, UMNO/BN mampu untuk melakukan sedemikian meskipun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said hanya menyasarkan untuk menang di empat kerusi Parlimen negeri itu.

“Kita berhasrat dengan himpunan ini kita akan dapat mewujudkan kemakmuran kepada rakyat. Pada PRU ke-15 kita akan pastikan bahawa kita dapat majoriti yang besar supaya dapat capai kestabilan serta kemakmuran.

“Pilihan raya kali ini adalah wadah untuk menolak katak yang merosakkan demokrasi. Siapa yang menghalalkan lompat-melompat ini? Kerajaan PH.

“Daripada situasi itulah terdapat ketidakstabilan. Bagi menghadapi PRU ke-15 UMNO/BN mesti jadi kerajaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berharap agar rakyat memberikan kuasa yang dominan kepada UMNO/BN pada PRU ke-14 setelah parti itu melalui pelbagai dugaan dan ranjau.

“Empat tahun setengah kita sengsara kerana diugut oleh menteri kabinet. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri lantik sendiri kerana ketika kerajaan gagal mentadbir selama 17 bulan (Perikatan Nasional) mahu mengharamkan UMNO/BN.

“Namun situasi itu telah berubah dan mereka mengatakan kerajaan sekarang bukan kerajaan yang absah, maka kita berhimpun pada hari ini dan Insya-Allah kita akan pastikan rakyat memberikan mandat secara dominan kepada UMNO/BN pada 19 November nanti,” katanya lagi. – UMNO Online

Bajet 2018 : Kerajaan BN Adil

GEORGE TOWN- Pengumuman kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam Bajet 2018 adalah bukti kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri diterajui parti pembangkang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Kit Siang 'Nyanyuk' & Rasuah Dalam Parti DAP !

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Penasihat Dap, Lim Kit Siang mungkin sudah semakin ‘nyanyuk’ dan terlupa bahawa parti Dap sebenarnya terlalu banyak terpalit kes rasuah sehinggakan mereka tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap bekas Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang secara terang-terangan mengatakan rasuah memang bermaharajalela di dalam parti itu.

Myanmar Akur Dengan Saranan Malaysia - Reezal Merican

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean akan diadakan Isnin depan di Yangon, Myanmar bagi membincangkan isu penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya di negara itu.

AGENSI KERAJAAN DAP MAHU KURANGKAN PENJAWAT AWAM !

PETALING JAYA : Datuk Azih Muda mempertikaikan siapa sebenarnya Penang Institute yang sewenangnya mencadangkan supaya jumlah penjawat awam dikurangkan dengan tujuan menurunkan defisit belanjawan negara.

PENJAWAT AWAM BERUNTUNG KERANA KEBAJIKAN TERJAGA - HILMI





Penjawat awam sangat beruntung kerana kerajaan amat prihatin menjaga kebajikan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kakitangan perkhidmatan awam dibayar gaji tinggi, pembayaran gaji tepat pada masanya serta pelbagai elaun dan insentif di samping mendapat kenaikan pangkat dan pencen selepas bersara daripada perkhidmatan.

Katanya,penjawat awam seharusnya merasa diri mereka beruntung berbanding mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang tidak begitu terjamin masa depan mereka.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan program post graduate untuk memberi peluang kakitangan yang berminat untuk menyambungkan pelajaran mereka.

Dr Hilmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini Rabu.

Seramai 925 graduan dari empat institusi menerima diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kursus.

Dr Hilmi turut berpesan kepada semua penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya terus meningkatkan kecemerlangan mereka.

Kita mahu terus mengekalkan perkhidmatan kesihatan kita yang sudah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia, tambah beliau.

Beliau juga mengingatkan anggota penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya mengelak daripada melibatkan diri dengan gejala negatif media sosial.

Menurut Dr Hilmi, kebanyakan bahan yang disebarkan oleh media sosial adalah berita atau maklumat palsu kerana faktanya tidak disahkan berbanding berita yang disiarkan oleh media perdana yang terlebih dahulu mengesahkan faktanya sebelum ia disiarkan.

Sebagai anggota kerajaan jangan kita menjadi ejen kepada penyebaran fitnah, malah sebagai umat Islam ia adalah satu dosa.

KEJAYAAN POLIS PATAHKAN SERANGAN BUNUH DIRI BUKTI AKTA KESELAMATAN PENTING - REEZAL



Kejayaan Polis Diraja Malay­sia (PDRM) mematahkan ran­cangan seorang penganggur untuk melancarkan serangan bunuh diri kelmarin merupakan ma­nifestasi kepentingan penggu­bal­an pelbagai akta berkaitan kese­lamatan negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, adalah jelas bahawa akta-akta seperti Akta Kesalahan Kese­lamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan rang un­dang-undang Majlis Keselamat­an Negara (MKN) yang digubal ke­rajaan sebelum ini amat penting.

Tegas beliau, semua undang-un­dang dan akta terbabit yang sebelum ini mengundang pelbagai bantahan serta pertikaian pelbagai pihak terutama parti pembangkang adalah bertujuan untuk menjaga ke­selamatan dan kedaulatan negara secara keseluruhan.

“Amat jelas apa yang berlaku ini adalah satu manifestasi penting untuk kita menilai betapa perlunya undang-undang seperti SOSMA, POTA dan MKN.

“Ramai yang membantah ter­uta­manya undang-undang MKN yang setiap kali dibentangkan di Par­limen pasti mengundang bantahan pelbagai pihak. Bayangkan bagaimana mereka yang terlibat ini menanti untuk membuat serangan termasuk ke atas negara kita andai semua undang-undang ini tiada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kejayaan polis mematahkan cubaan serangan berani mati di negara ini yang diarahkan oleh kumpulan mi­litan Negara Islam (IS) dengan tertangkapnya seorang suspek di ibu negara kelmarin.
Terdahulu, Reezal Merican me­ras­mikan majlis pecah tanah projek meroboh dan membina semula Masjid JamekPenaga.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, kesungguh­an Malaysia menentang penularan fahaman radikal dan gerakan ekstremis di negara ini adalah kerana fahaman terbabit mampu merosakkan negara.
Kata beliau, Malaysia mengamal­kan pendekatan wasatiyah dan run­dingan secara aman damai da­lam se­mua aspek dan disebabkan itu kerajaan serius mengekang segala bentuk ancaman yang boleh menggugat kestabilan negara.

Ada pihak kelirukan rakyat punca kos sara hidup meningkat - Najib




KUALA LUMPUR 18 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar sikap sesetengah pihak yang sengaja mengelirukan rakyat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhid­matan.

Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan yang cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan berusaha gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran.
‘‘Contohnya, kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini,’’ katanya melalui 'podcast' yang disiarkan di blognya www.najibrazak.com hari ini.

Di samping itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah bersesuaian yang perlu dan mampu diambil.

Dalam pada itu, Najib berkata, walaupun kerajaan telah sedaya upaya mencari jalan bagi meringankan beban rakyat, adalah penting untuk orang ramai mengetahui punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku.

Katanya, pertama sekali adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

‘‘Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan.

‘‘Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi,’’ katanya, sambil memberi analogi jika seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuannya untuk berbelanja.
Kedua, kata beliau, kesan daripada pendapatan negara yang berkurangan, pelabur akan menjual ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
Keadaan itu, kata Perdana Menteri mengakibatkan prestasi ringgit menguncup dan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal. – BERNAMA

MALAYSIA KECAM KERAS SERANGAN ISRAEL KE MASJID AL AQSA @NajibRazak



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan kecaman keras Kerajaan Malaysia terhadap pencabulan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa serta cubaan memisahkan tempat ibadah umat Islam itu.

Penduduk Palestin dilaporkan khuatir tentang usaha Israel untuk menukar peraturan di tempat ibadah itu termasuk usaha memisahkan bahagian dan ruang masjid antara umat Islam dan penduduk Yahudi.

Menurut Najib, perkara itu dibangkitkan dalam perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal.

"Dalam panggilan telefon itu, saya menegaskan bahawa Malaysia akan tetap berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi dan menentang pencerobohan serta kekejaman rejim Zionis.

"Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah SWT," kata perdana menteri dalam catatan di akaun Facebooknya.

Menurut laporan media antarabangsa, kekerasan anggota keselamatan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa yang bermula Ahad lepas menjurus kepada ramai yang cedera dan ditangkap

UMNO TIADA PELAN B KECUALI KEMBALI BERSATU - MB JOHOR



KLUANG 8 Ogos - UMNO tidak mempunyai pelan B kecuali mesti kembali bersatu hati untuk meningkatkan segala usaha dan ikhtiar, sekali gus terus memperkasakan langkah memperkukuhkan parti demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu tidak boleh diambil mudah oleh semua ahlinya dan UMNO juga harus berlaku benar serta mengakui bahawa parti terbesar orang Melayu itu ketika ini tidak berada dalam kedudukan sebaiknya.

Menurutnya, UMNO perlu menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi dengan kadar segera dan tidak boleh menunggu lama kerana jika dibiarkan semakin membarah dan memberi kesan buruk terhadap parti itu.

"Ini bukan persoalan enteng, ini adalah tentang kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam. Maka kerana itu kami menyandarkan harapan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memainkan peranan penting itu.

"Mengajak kepada kesatuan dan memberikan harapan bahawa ada jalan keluar dari semua isu yang melemaskan itu," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Sekolah Menengah Sains Sembrong di sini hari ini.

Yang turut hadir, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong merangkap Naib Presiden UMNO dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Jais Sarday yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang.

Sambil menyifatkan Hishammuddin sebagai pemimpin masa depan UMNO, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar yakin Ahli Parlimen Sembrong itu merupakan calon terbaik untuk menerajui kepimpinan tertinggi negara suatu masa nanti.
"Datuk Seri Hishammuddin ialah calon dan susuk yang boleh mengembalikan keyakinan kepada parti dan membawa perubahan dan pada masa sama mampu meneruskan legasi serta asas perjuangan UMNO yang murni dan besar," katanya.

Beliau turut mendoakan supaya Hishammuddin akan terus melakukan perkara yang benar untuk parti, bangsa dan ibu pertiwi bagi mengembalikan hari 'indah' UMNO agar terus semarak dan mekar, sekali gus tersemat dalam jiwa setiap orang bangsa Melayu.

Menurutnya, rakyat dan ahli UMNO amat merindui waktu kegemilangan parti tersebut yang utuh, sentiasa berbakti dan dihormati rakyat.

"Maka, berikanlah kepimpinan di kala bangsa dan negara sangat dahagakan pencerahan. Jika bukan tuan, satria mana lagi yang akan kami harapkan dan bila lagi jika bukan sekarang. Johor sudah lama melahirkan UMNO dan ramai tokoh pendiri bangsa dan kami yakin Johor tidak pernah ketandusan melahirkan pemimpin terbaik bangsa," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memberitahu, UMNO negeri ini akan melancarkan Pelan Masa Depan UMNO dengan menggariskan 11 agenda besar dalam tempoh 10 tahun.

Selain itu, pihaknya turut akan mewujudkan Sekolah Politik dan Kepimpinan UMNO untuk menyediakan pemimpin terbaik bangsa pada masa akan datang demi kelangsungan parti.

KABINET BARU NAJIB PERLU DIBERI PELUANG - TUN ABDULLAH




Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan harapan barisan kabinet baharu dapat bertindak cepat dalam menyelesaikan isu-isu semasa.Beliau berkata rakyat menanti perubahan dan kebaikan yang akan dilaksanakan barisan kabinet baharu itu.

"Kalau tunggu-tunggu akan membawa lebih banyak kesusahan. Tindakan cepat itu yang mesti dibuat segera, untuk membawa apa jua kebaikan sebagai kesan daripada rombakan," katanya ketika diminta mengulas harapan beliau terhadap barisan kabinet baharu.

Dalam masa sama, Abdullah berharap barisan kabinet baharu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, diberi peluang untuk melaksanakan apa yang dirancang.

"Bukan satu perkara yang senang tapi saya harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh supaya apa yang mereka rancang akan membawa kejayaan," katanya kepada media selepas perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam 2015 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, Rabu.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, Najib menamakan Ahmad Zahid sebagai timbalannya bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dalam barisan kabinetnya.

Rombakan kabinet itu melibatkan pelantikan tujuh menteri baharu, lima menteri digugurkan dan beberapa pertukaran portfolio.Diminta mengulas pengaturan masa rombakan tersebut yang dilakukan ketika siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedang berjalan, Abdullah berkata andaian tersebut tidak boleh dibuat sebegitu mudah.

"Beri mereka (barisan Kabinet) peluang untuk menyelesaikan. Kalau tak boleh juga...itu susahlah tu," katanya.

Mengulas pengguguran Muhyiddin daripada barisan kabinet, Abdullah berkata: "Itu adalah keputusan yang tentu sekali PM sendiri ambil tindakan. Tentu ada tindakan yang perlu dilaksanakan beliau sendiri."

Dalam masa sama, Abdullah berkata Ahmad Zahid perlu diberi peluang untuk menggalas tanggungjawabnya.

Ditanya mengenai penamatan perkhidmatan tugas Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai, Abdullah berkata: "Itu mengejutkan jugalah apa yang berlaku."Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyatan semalam mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan.- 29/7/2015

UMNO P.PINANG SOKONG PENUH ROMBAKAN KABINET HARI INI @NajibRazak


Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Selasa, 28 Julai 2015
UMNO Pulau Pinang menyokong penuh keputusan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak merombak Jemaah Menteri pada hari ini bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam menangani cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14. UMNO Pulau Pinang yakin dan percaya barisan Jemaah Menteri yang diumumkan YAB Perdana Menteri tengahari tadi adalah satu pasukan yang komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.
UMNO Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota Kabinet selama ini juga kepada bekas-bekas YB Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak dilantik semula dalam barisan Jemaah Menteri yang baru.
UMNO Pulau Pinang mengucapkan setinggi tinggi Tahniah kepada YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ucapan tahniah juga kepada YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri yang di umumkan tadi.
UMNO Pulau Pinang turut berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang mengekalkan YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya, Ahli Parlimen Balik Pulau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dan melantik YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas sebagai Timbalan Menteri Luar. Perlantikan dua orang Timbalan Menteri dari UMNO Pulau Pinang oleh YAB Perdana Menteri amat amat dihargai

Najib jawab isu Altantuya, 1MDB, BR1M , rasuah dan 10 perkara lain




– Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini.
Dalam entri terbaru di laman web najibrazak.com hari ini, menyentuh isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Najib berkata kes itu telah selesai dan sengaja dikitar semula oleh pembangkang.
“Dalam perbicaraan panjang (sejak 9 tahun lalu), semua pihak telah disiasat dan memberi keterangan.
“Mengapa perlu mendengar lagi kata-kata orang yang telah didapati bersalah melakukan jenayah?
“Saya telah nyatakan berulang kali bahawa saya tiada kaitan dengan isu ini. Saya juga telah bersumpah dengan Al-Quran di masjid.
“Indidvidu-indidvidu berpengaruh ada banyak sumber maklumat. Bila isu ini berlaku, mereka boleh semak sendiri untuk mengesahkan dakwaan (jika saya terlibat). Jika mereka percaya (saya terlibat), mengapa tidak angkat perkara ini 8 tahun lalu? Mengapa sekarang?” soalnya.
Menjawab isu 1MDB, Najib berkata adalah tidak adil kerajaan dipersalahkan tanpa mendengar terlebih dahulu laporan fakta sebenar yang sepatutnya dikemukakan oleh pihak berautoriti seperti Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Bila isu ini dibangkitkan, saya mahukan penjelasan penuh. Jadi saya arahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB. Sesiapa yang didapati bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.
“Kita semua mahukan jawapan terperinci. Biarkanlah pihak audit menjalankan tugas mereka dan mereka akan beritahu keadaan sebenar.
“Jika kita ikhlas mahukan kebenaran, kita perlu dapatkan maklumat daripada pihak berautoriti, bukannya daripada pihak ketiga seperti portal berita atas talian yang ada agenda tersembunyi,” tulisnya.
Menyentuh soal label ‘negara paling banyak rasuah’ yang diberikan kepada Malaysia, Najib berkata ia adalah hasil kaji selidik yang dibuat berdasarkan persepsi semata-mata.
Berdasarkan kajian oleh pihak yang dipercayai seperti Transparency International Index, Malaysia hari ini di kedudukan ke-50 daripada 175 negara, lebih baik berbanding tahun lepas.
Najib juga mendatangkan beberapa fakta lain daripada Bloomberg dan Bank Dunia yang menafikan label ‘negara paling banyak rasuah’.
Selain itu, Najib juga menyentuh soal 1Malaysia yang dikatakan tiada beza dengan konsep Malaysian Malaysia DAP.
Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan berpandukan Perlembagaan dan hak bumiputera tetap menjadi keutamaan tanpa mengabaikan hak kaum lain.
Menjawab tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan Najib lebih teruk daripada Pak Lah, Najib mendatangkan fakta bahawa dalam PRU13, BN telah memenangi 11 negeri berbanding 9 negeri pada PRU12.
Katanya, UMNO telah memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya.
“Bagi memastikan BN menang sepenuhnya, saya perlukan masa. Insya-Allah kesan Program Transformasi yang berjalan sekarang akan memastika kerajaan yang diterajui BN akan mampu menunaikan janji-janjinya,” katanya.

PELABURAN TH DI TRX PATUHI SYARIAH & TIADA UNSUR MERAGUKAN




KUALA LUMPUR 9 Mei – Pembelian sebidang tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) adalah menepati syarat-syarat pematuhan syariah. 

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, urusan pembelian hartanah untuk pembangunan itu adalah sah dan dijalankan tanpa membabitkan unsur-unsur gharar (meragukan).

Jelasnya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, pembelian tanah itu bukan satu perkara luar biasa dan urusannya dijalankan dengan sangat telus serta mengikut kaedah-kaedah jual beli dalam Islam.

Dalam menentukan harga barang, bukan pembeli yang menentukannya dan kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan harga ditawarkan.


Dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu,” katanya dalam sidang akhbar tentang pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX bernilai RM188.5 juta di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail serta Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah.

Dalam transaksi pembelian tanah yang menjadi kontroversi itu, Abd. Shukor berkata, Tabung Haji mengikuti sepenuhnya pro­ses dan prosedur urusan jual beli mengikut cara-cara Islam.

Dua tahun kita menunggu untuk membeli tanah di TRX, kita melihat proses-proses (pembangunan) tersebut. Kita (membuat keputusan) membelinya kerana ia akan beri faedah untuk Tabung Haji dan memberi untung kepada pendeposit.

“Kita menilai (urusan pembeliannya) sebagai seorang Islam. Saya lihat tempat itu sangat strategik,” ujarnya.

Tambah Abd. Shukor, pembelian itu dijalankan tanpa ada unsur-unsur penipuan dan ia juga dijalankan tanpa membabitkan pengaruh mana-mana pihak lain.

Dalam (urusan) beli tanah itu, kita tidak ada hubungan dengan mana-mana pihak. Kita beli tanah atas nama Tabung Haji, membangunkannya dan itu hak milik kita,” tegasny

TABUNG HAJI AKAN JUAL TANAH TRX ELAK TOHMAHAN FITNAH


KUALA LUMPUR, 9 Mei – Lembaga Tabung Haji yang bercadang untuk menjual tanahnya di Tun Razak Exchange (TRX) telah menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membeli tanah tersebut.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Tabung Haji sedang menimbangkan tawaran-tawaran tersebut yang akan dimuktamadkan dalam masa dua minggu.
Abdul Azeez berkata, cadangan penjualan berkenaan dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelak penyebaran fitnah secara berterusan, selain meredakan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit.
“Salah satu pembeli telah menawarkan RM188.5 juta, iaitu harga yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ditambah dengan keuntungan sebanyak RM5 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini bagi menjelaskan isu pembelian tanah di TRX.
Bagaimanapun, katanya, Tabung Haji masih menunggu harga tawaran yang lebih baik daripada dua pembeli yang lain itu.
Mengulas mengenai pembelian tanah di TRX, beliau berkata, tanah berkenaan yang berkeluasan 0.66 hektar dibeli atas keputusan komersil dan bukan untuk ‘bailout’ atau menyelamatkan 1MDB.
Menurutnya, penilaian dilakukan berdasarkan harga semasa oleh penilai profesional Jones Lang Wootton.
Abdul Azeez berkata, tawaran penjualan tanah berkenaan telah dibuat oleh 1MDB pada April 2013 pada harga RM220 juta dan selepas dua tahun dan dua sesi penilaian, ahli lembaga pengarah sebulat suara bersetuju dengan pembelian tersebut yang dimuktamadkan pada bulan lepas.
Pembelian tanah berkenaan, katanya, diunjurkan berpotensi memberikan pulangan keuntungan sebanyak sembilan peratus setahun, menepati sasaran pulangan pelaburan Tabung Haji sekurang-kurangnya enam peratus setahun.
Katanya lagi, jika dilihat kepada nilai pembangunan kasar tanah berkenaan pada RM828 juta, ditolak kos pembangunan kasar sebanyak RM650.5 juta, Tabung Haji mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM177.5 juta.
Menurut beliau, penilaian tanah berkenaan pada RM2,774 sekaki persegi adalah lebih rendah berbanding beberapa transaksi yand dilakukan di kawasan berhampiran yang melebihi RM3,000 sekaki persegi, termasuklah pembelian tanah Kedutaan Jerman oleh Malaysian Resources Corporation Bhd.
Mengenai konflik kepentingan, katanya, perkara berkenaan tidak berlaku kerana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail yang juga ahli lembaga pengarah 1MDB berkecuali dalam semua proses membuat keputusan berhubung pembelian tanah tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah yang juga Pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy Sdn Bhd, serta panel pelaburan Tabung Haji, Tan Sri Abdul Samad Alias yang juga anggota panel penasihat 1MDB, juga tidak terlibat dalam proses kelulusan di pihak 1MDB.
Abdul Azeez memberi jaminan kepada pendeposit bahawa simpanan mereka dijamin penuh oleh kerajaan dan wang yang digunakan untuk pelaburan adalah agihan dana mengikut peruntukan aset yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah, iaitu sekitar RM11 bilion.
Sehingga kini, katanya, Tabung Haji telah melabur RM5.6 billion daripada peruntukan tersebut.
Menurutnya, pulangan daripada pelaburan berkenaan digunakan untuk subsidi dan pengurusan haji selain pengagihan keuntungan melalui hibah bonus tahunan di mana Tabung Haji telah membayar purata lebih enam peratus sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Tabung Haji menganggarkan subsidi haji tahun ini berjumlah sekurang-kurangnya RM120 juta dengan subsidi bagi setiap jemaah dianggarkan sebanyak RM7,290 bagi mengekalkan kos jemaah menunaikan haji pada RM9,980 berbanding kos sebenar yang berjumlah RM17,270.-MediaUMNO

Kritikan Mahathir akan bawa perpecahan pada Umno

Kritikan keras Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kesan yang kurang sihat kepada suasana politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ketika ini.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya masalah yang melanda antara Dr. Mahathir dan Najib dapat di­selesaikan menerusi pertemuan empat mata, langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan segera.

Melihat ketegangan yang dialami, Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan itu menggesa semua pihak agar saling membantu dan membina kekuatan parti, bukannya mengambil langkah-langkah bertentangan sehingga menyebabkan perpecahan dalam UMNO yang akhirnya hanya menjejaskan kepemimpinan negara.

"Kritikan Dr. Mahathir disifatkan banyak pihak dalam parti sebagai keterlaluan dan jika ini berterusan boleh membawa padah kepada parti. Namun suasana begini bukan perkara baharu kepada UMNO, kita sudah melaluinya banyak kali sebelum ini."

"Bagaimana hendak kita menanganinya? Kita perlu kepada jalan yang bijaksana. Kalau cadangan Timbalan Perdana Menteri agar duduk berbincang sebagai ahli keluarga boleh berjaya, teruskan," katanya kepada media.

Hishammuddin ketika ditanya mengenai kemelut Dr. Mahathir dan Najib yang a­khirnya turut mengheret Datuk Seri Mukhriz, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab Menteri Besar Kedah itu untuk memastikan UMNO negeri tidak berpecah.

Ini kerana, katanya, sekiranya Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan Ne­geri gagal memastikan UMNO ne­geri di bawah pentadbiran masing-masing bersatu dalam satu barisan, keadaan tersebut melambangkan kegagalan kepemimpinan mereka di peringkat negeri.

"Tiada siapa dapat lari daripada tanggungjawab baik di peringkat nasional mahu pun negeri. Sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan negeri mereka perlu pastikan amanah dan tanggungjawab itu dipikul dengan sebaik mungkin," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin turut mengulas jawapan kepada soalan mengenai peluang BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dan merampas Permatang Pauh memandangkan parti itu memasuki gelanggang pilihan raya kecil dalam keadaan ‘terluka’, keputusan pengundi bukan kerana individu.

Jelasnya, seluruh jentera akan bekerja keras memastikan Rompin terus kekal milik BN dan calon di Permatang Pauh juga meraih kemenangan memandangkan perjuangan parti dan pertembungan dalam pilihan raya kecil tidak berkisar kepada kritikan seorang individu.

KRITIKAN TUN M TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA SUDAH KETERLALUAN - HISHAMUDDIN




13 APR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan negara adalah keterlaluan.
Justeru itu katanya, tidak guna menepis setiap dakwaan dibangkitkan oleh  Dr Mahathir kerana serangan bekas perdana menteri itu didakwa sering berubah-berubah.

“Kita boleh berkata apa-apa sahaja jadi sekiranya benar cuba buktikan kenyataan itu. Biar agensi-agensi berkaitan siasat,”
“Ini bukan perkara baharu kita diserang dalam parti, perkara ini dah lama berlaku namun disebabkan kekuatan dan kesepakatan kita masih mampu berdiri teguh,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Isnin.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mempersoalkan tujuan Dr Mahathir membuat dakwaan tersebut sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menjelaskannya.
Katanya, Perdana Menteri sudah menjelaskan segala isu berhubung pelbagai perkara termasuk pelaburan dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi Dr Mahathir masih terus mempersoalkannya.
Dr. Mahathir sejak awal bulan ini menggiatkan asakan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Antaranya mahukan penjelasan berhubung pihak mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan isu berkaitan 1MDB.

BNBBC sokong kepimpinan Najib



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikritik oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, Ahli Parlimen BN berdiri teguh di belakang Najib.

"Sebagai Ahli Parlimen, kami bersama-sama dengan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir yang mengkritik Najib menerusi laman blog beliau chedet.cc, berkata UMNO dan BN akan kalah jika Najib menerajui parti dan pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14.

Shahrir berkata, BNBBC tidak bersetuju dengan kritikan terbuka oleh Dr Mahathir dan Najib akan menjawab kritikan itu apabila sampai masa beliau berbuat demikian.

Katanya, kritikan Dr Mahathir bukan hanya berkisar kepada soal pentadbiran, malah turut komen yang bersifat peribadi. - BERNAMA

HUDUD SERLAHKAN SANDIWARA POLITIK PEMBANGKANG - @HishamuddinH20




KUANTAN - Kemelut politik antara Pas dengan rakan seperjuangannnya dalam pakatan pembangkang berhubung hukum hudud jelas membuktikan perjuangan mereka selama ini hanya bertunjangkan keselesaan dari segi politik.
   
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keadaan itu membolehkan rakyat melihat sendiri sandiwara pembangkang selama ini yang mengamalkan 'politik menghalalkan cara' walaupun sebenarnya mereka mempunyai asas perjuangan yang berbeza.    

"Hari ini apabila diuji dengan perkara pokok seperti hudud, jelas persefahaman mereka tidak begitu mendalam dan akhirnya rakyat sendiri dapat melihat mereka mempunyai perjuangan berbeza.

"Mereka tidak ada matlamat lain selain untuk merampas kuasa, untuk kedudukan, jawatan dan maki hamun pemimpin selain hidup untuk pecah belah masyarakat. Akhirnya rakyat dapat nilai sendiri perkara yang sebenar," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan kunci rumah keluarga Desa Angkatan Tentera Darat Sungai  Panching di sini hari ini.   

Majlis itu turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Markas 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Ahmad Tajuddin Abdul  Ghani.    

Hishammuddin berkata, pembangkang boleh mengaburi rakyat hanya seketika, namun akhirnya kebenaran akan terserlah juga terutama dalam soal perjuangan hakiki, asas membina negara bangsa dan perpaduan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.
     

Ketika diminta mengulas pendirian Umno berhubung pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen oleh Pas nanti, Hishammuddin berkata "Hudud merupakan tuntutan ALLAH, tetapi seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut sebelum ini perkara ini berkisar kepada pelaksanaan. Tunggulah...
 
"Sekarang ini mereka tidak boleh beri penyelesaian dan jelaskan kepada parti bersekutu sendiri tentang perkara itu, apatah lagi kepada orang ramai.    

"Jadi kenapa pula nak alih pandangan itu kepada Barisan Nasional dan Umno, biar mereka selesai masalah dalaman mereka dahulu kerana rang undang-undang ini ditetapkan oleh  mereka," katanya. - Bernama

LOKMAN ADAM BIDAS FITNAH RAFIZI TERHADAP PM BELI JET PERIBADI

RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI!

Jawapan Ringkas oleh Lokman Adam
Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali. Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi. Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.
Izinkan saya jelaskan disini beberapa perkara:-
1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.
2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.
3) BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak. PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.
4) Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik. Masa Anwar jadi TPM dahulu, beliau bergerak pun naik jet juga. Takkan sekarang bila Rafizi nak suruh Agong, PM dan Kenamaan negara bergerak naik tongkang?



PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB BELI “PRIVATE JET” BARU
MARCH 16, 2015 RAFIZIRAMLI LEAVE A COMMENT
16 MAC 2015
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi (“private jet”) baru.
Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.
Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
page1
Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.
Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan) membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.
newjet2
Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.
Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato’ Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger