Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts
PULAU JEREJAK BUKAN LAGI MILIK PULAU PINANG DI BAWAH KERAJAAN DAP
GEORGETOWN - Pulau Pinang hilang sepenuhnya pemilikan terhadap Pulau Jerejak apabila negeri ini, melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), menjual 49 peratus miliknya kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development.
Labels:
BN
PEMUDA GERAKAN PERSOAL JANJI WARTA HUTAN SIMPAN DI PULAU JEREJAK ?
11/11/2016 - Pada tahun 2009, ahli Exco DAP Negeri Phee Boon Poh mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk mempercepatkan prosedur mewartakan tanah di Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan negeri dan ia dijangka akan disiapkan dalam TEMPOH SETAHUN.
Pada November 2014, Phee Boon Poh sekali lagi berkata bahawa kerajaan negeri akan mewartakan Pulau Jerejak sebagai zon rizab hutan kekal.
Dan pada April 2016 pula, Phee Boon Poh telah memberi jaminan kepada rakyat negeri ini bahawa Pulau Jerejak pasti akan ditetapkan sebagai rizab hutan kekal. Katanya, kerajaan DAP Negeri telah menyiapkan kertas kerja bagi tujuan tersebut.
Phee juga berkata pada ketika itu, bahawa Pulau ini akan tidak akan diserahkan kepada pihak ketiga untuk pembangunan.
Loo mempersoalkan Kerajaan Negeri tentang kesemua janji-janji tersebut yang dibuat berdasarkan perkara terbabit. Ini membuktikan ketidakikhlasan janji Phee Boon Poh.
Selama 8 tahun yang lalu, Ketua Menteri dan pentadbirannya telah mendiamkan diri tentang penjualan pegangan 49% PDC di Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB), tetapi kenapa sekarang PDC yang diketuai oleh Pengerusinya (Lim Guan Eng) telah menjual sahamnya?
Kita masih boleh berteka teki jika berita untuk membangunkan Pulau Jerjak oleh Ideal Property Group tidak dilaporkan oleh media beberapa hari yang lalu.
Tetapi kini setelah didedahkan kepada umum, mengapa Ketua Menteri tidak mahu memberitahu orang ramai tentang kebenarannya? Di manakah ketelusan yang selama ini didakwa menjadi amalan Ketua Menteri P.Pinang?
Oleh yang demikian, Pemangku Ketua Pemuda Gerakan P.Pinang, Jason Loo Jieh Sheng mempersoalkan Kerajaan Negeri tentang perkara-perkara berikut:
1) Adakah PDC mendapat harga yang lebih baik melalui open tender apabila ia dijual sahamnya yang berjumlah 49% itu?
2) Kenapa PDC sebaliknya tidak pula membeli keseluruhan pemilikan saham 51% dari UDA?
3) Bilakah tender terbuka penjualan saham 49% tersebut dijual di TIRSB?
4) Syarikat yang manakah lagi yang telah mengemukakan penawaran di dalam kertas-kertas tender?
5) Berapa banyakkah harga jualan saham tersebut?
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semalam bahawa, "setelah itu selesai, kami boleh diwartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan."
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan motif mereka untuk menipu rakyat P.Pinang selama ini.
Mengapa mereka memberi janji-janji yang tidak masuk akal dan pelbagai alasan 8 tahun yang lalu jika mereka tidak mempunyai niat untuk mewartakan Pulau Jerejak sebagai rizab hutan Kebangsaan?
Adakah kerajaan DAP negeri lupa, pada tahun 2006, Phee Boon Poh juga telah memberi amaran kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan Pulau Jerejak, agar jangan ini ada agenda sendiri yang mungkin akhirnya akan 'memperkosa' kesucian Pulau berkenaan.
Loo bertegas bahawa beliau percaya keputusan untuk membenarkan kroni Guan Eng membina 1,200 unit kediaman mewah dan sebuah taman tema, antara lain menunjukkan bahawa kerajaan negeri yang diterajui DAP yang sebenarnya adalah "perogol Pulau Jerejak".
Pulau Jerejak yang sepatutnya digazetkan sebagai rizab hutan Kebangsaan pada tahun 2008, tetapi masih gagal dilaksanakan oleh kerajaan DAP yang kononnya menjadi Harapan seluruh rakyat negeri ini.
Ini membuktikan bahawa Lim Guan Eng sememangnya seorang Juara menipu dan juga Juara cakap berbelit-belit.
"Di mana manfaat bagi rakyat P.Pinang dengan keputusan yang sangat merugikan ini?"
tanya Loo.
~ Kenyataan oleh Pemangku Ketua Pemuda Gerakan P.Pinang, Jason Loo Jieh Sheng
Labels:
BN
GERAKAN P.PINANG PERSOAL KERAJAAN P.PINANG JUAL TANAH HARGA RENDAH TAMAN MANGGIS
GEORGE TOWN 3 April - Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menjual tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini pada harga yang didakwa sangat, kepada sebuah syarikat swasta.
Setiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong mendakwa pada 2010, sebuah tapak bangunan terbiar yang terletak kira-kira 100 meter dari tapak projek perumahan rakyat (PPR) itu, dijual pada harga RM910 bagi satu kaki persegi.
Beliau mendakwa bangunan yang terletak bertentangan dengan Taman Manggis itu dibeli oleh pemilik asal banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, Phang Li Koon.
"Phang membeli bangunan itu daripada sebuah syarikat korporat sebelum Taman Manggis dijual pada 2011, tapi tanah tapak Taman Manggis dijual pada harga serendah RM232 satu kaki persegi.
"Kerajaan negeri perlu jelaskan kenapa tanah Taman Manggis dijual begitu rendah dan perbezaannya lebih kurang RM700 dalam tempoh setahun," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. - BERNAMA
Labels:
BN
PEMUDA BN DESAK KERAJAAN DAP BINA RUMAH PPRT UNTUK RAKYAT MISKIN P.PINANG
Hari ini kira-kira 500 anggota Barisan Nasional (BN) dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di Taman Manggis, Jalan Burmah di sini, mendesak Lim membina PPRT atau melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.
Ketua Pemuda UMNO negeri Rafizal Abdul Rahim berkata PPRT yang dirancang di Taman Manggis sepatutnya diluluskan kerajaan sekarang memandangkan ramai dalam kalangan rakyat Pulau Pinang belum memiliki rumah.
“Kami ingin membela nasib rakyat negeri ini yang memerlukan sebuah tempat kediaman yang lebih selesa walaupun disewa dan bukan milik sendiri,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.
Semalam, Lim dilaporkan berkata memandangkan tanah di Taman Manggis hanya 0.4 hektar, kerajaan negeri menggantikan tanah seluas 4.45 hektar di Jalan SP Chelliah di sini, untuk pembinaan rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik.
Ketua Pemuda BN negeri H’ng Chee Wei pula meminta Lim menggantikan PPRT itu di Jalan SP Chelliah dan bukannya dengan membina rumah kos rendah atau rumah mampu milik.
“Sekiranya betul projek itu telah digantikan ke Jalan SP Chelliah dengan tanah yang lebih luas, mengapa PPRT tidak disenarai dalam pelan projek di
situ?,” katanya.
situ?,” katanya.
Antara wakil BN dan NGO yang hadir ialah Naib Pengerusi Gerakan Bahagian Tanjung H’ng Khoon Leng; Ketua Pemuda PPP negeri P.Thaiyalan; Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPEM) Mohd Rizuad Mohd Azudin; dan Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom.
Terdahulu, Ali yang turut membuat laporan SPRM berhubung pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini, meminta campur tangan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas untuk meminta Lim mengambil cuti daripada menjalankan tanggungjawab sebagai ketua menteri sehingga selesai siasatan SPRM.
Labels:
BN
GUAN ENG ANGKUH , TIDAK BOLEH TERIMA KRITIKAN SEKUTU PKR - MCA
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terbukti seorang yang angkuh dan tidak boleh menerima kritikan, dakwa Ketua Pemuda MCA, Ching Sin Woon.
Ching berkata demikian merujuk kontroversi terbaru melibatkan Lim yang secara semberono menuduh lima ADUN PKR Pulau Pinang 'bersama' Umno Barisan Nasional (BN) hanya kerana bersikap berkecuali dalam isu projek tambak laut di negeri itu.
"Sudah jelas di depan mata bagaimana keangkuhan Guan Eng selepas mendapat sokongan padu di Pulau Pinang menjadikan beliau seorang yang tak boleh terima kritikan atau komen," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat, pagi tadi.
Lim minggu lalu menuduh lima ADUN PKR menyokong Umno BN apabila bersikap berkecuali selepas ADUN Betong, Muhammad Farid Saad meminta projek tambak laut itu dibatalkan kerana ia akan menjejaskan habitat hidupan laut selain memberi kesan tidak ekonomik kepada nelayan.
Projek untuk tujuan pembangunan itu dilaporkan melibatkan tanah seluas 2,600 hektar.
Lima ADUN itu adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).
PKR sehingga hari ini tidak menjelaskan apakah alasan lima ADUN berkenaan bersikap berkecuali dalam isu itu.
Pemuda PKR George Town bagaimanapun 'menghantar mesej' kepada Lim berhubung kekesalan mereka terhadap tuduhan Setiausaha Agung DAP itu.
Ujar mereka Lim tidak sepatutnya dengan mudah melabel ADUN PKR di negeri itu yang selama ini menyokong pemerintahannya, sejak 2008.
Ketidakbersamaan PKR dalam isu projek tambak laut bukan kayu ukur kepada kesetiaan PKR terhadap DAP di Pulau Pinang, tegas Pemuda PKR itu lagi.
Mengulas lanjut, Ching juga menyifatkan DAP yang dipimpin Lim kini mahu menguasai PKR selepas berjaya menyingkirkan PAS dalam pakatan pembangkang.
"Keangkuhan beliau menunjukkan prinsip dalam politik itu sama, kuasa yang beliau ada memusnahkan segalanya. Itu yang saya nampak pada Guan Eng
"Nampak sangat keretakan di dalam Pakatan Harapan selepas pergaduhan antara DAP dan PAS. Kini PKR juga menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap DAP," ujarnya.
DAP sebelum ini bertindak memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Presiden PAS itu bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
DAP juga mengumumkan Pakatan Rakyat sudah terkubur biarpun PAS dan PKR masih menjalinkan hubungan utuh dalam pakatan itu.
Labels:
BN
KERAJAAN DAP DIDESAK PERINCIKAN KEPERLUAN NAIK ELAUN EXCO 100 % - JAHARA
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperincikan keperluan untuk menaikkan elaun EXCO kerajaan negeri sebanyak 100 peratus.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, kenaikan itu terlalu tinggi. "Perkara ini (kenaikan elaun EXCO kerajaan negeri) perlu diperincikan dengan jelas supaya tiada perkara berbangkit yang akan berlaku.
"Bagaimanapun, saya rasa cadangan kenaikan elaun ini tidak perlu diteruskan, sekiranya mereka (kerajaan negeri) gagal memberi penjelasan berhubung tujuan ia dilakukan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan negeri 2016 di DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.
Labels:
BN
GERAKAN BAWA SEMANGAT TELUK INTAN KE PERMATANG PAUH
Parti Gerakan mengerahkan 3,000 anggotanya di Permatang Pauh untuk bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 7 Mei ini.
“Saya yakin prestasi kami di Permatang Pauh akan lebih baik. Walaupun kami bertanding di kawasan kubu kuatpembangkang, ia tidak bermakna kami tiada harapan untuk menang. Tidak ada apa yang mustahil dalam politik.
“Jika dahulu kami berjaya merampas kembali Teluk Intan, tidak mustahil juga boleh menang di Permatang Pauh…yang penting sekarang ialah semangat dan keazaman tinggi sebagai satu pasukan,” kata Presidennya, Datuk Mah Siew Keong di Permatang Pauh, Selasa.
Menurutnya, jentera pilihan raya parti akan menemui setiap pengundi di kawasan itu dan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pembangkang.
Labels:
BN
BN P.PINANG PERLU REALISTIK RAIH UNDI CINA BUKAN RETORIK
PERMATANG PAUH - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sedang berusaha mengenal pasti kawasan yang mempunyai potensi untuk meraih kembali sokongan pengundi Cina di negeri ini.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, untuk itu MCA dan Gerakan negeri akan melaksanakan pendekatan baharu dalam membawa rungutan dan isu rakyat dari kawasan berkenaan kepada BN untuk diselesaikan.
"Rungutan terhadap Pakatan Rakyat memang sudah terdengar dalam kalangan masyarakat Cina di negeri ini. Usaha sekarang ialah bagaimana kita boleh menukar rungutan ini kepada undi.
"Ini adalah cabaran kepada MCA dan Gerakan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di Wisma Transformasi UMNO di sini malam tadi.
Menurut Teng, kedua-dua parti komponen itu juga masih dalam proses pengumpulan data untuk memantau peratusan bilangan pengundi Cina yang kembali menyokong BN sama ada berada pada tahap memuaskan atau sebaliknya.
Chang Yeow berkata, parti itu kini memberi tumpuan dalam kempen multimedia baharu terutamanya dalam menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Beliau berkata, persiapan di peringkat bahagian buat masa ini berjalan lancar dan amat baik, namun beberapa jentera parti perlu diperkemaskan lagi bagi memastikan PRK kali ini memihak kepada BN.
"Kita tak pasti (bila PRK Permatang Pauh akan diadakan) sebab sudah ada permohonan pengampunan. Bagaimanapun, kita kena lakukan kerja-kerja persiapan supaya kita tak terperangkap dengan keadaan mengejut.
"Kita tak boleh menunggu sehingga (kerusi Parlimen Permatang Pauh) diisytiharkan kosong.
"Kita kena mulakan kerja-kerja kita dari sekarang. Kalau tak diisytiharkan kosong dalam jangka masa terdekat ini, kita buat sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 24 Feb lepas mengesahkan telah menerima salinan petisyen pengampunan yang difailkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, bagi pihak Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Petisyen pengampunan itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada 10 Feb lepas, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas menolak rayuannya. - Bernama
Labels:
BN
ISU BETTY : GUAN ENG PERLU CERMIN DIRI SEBELUM TUDUH BN
PULAU PINANG : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chan Yeow menempelak Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana terus menyalahkan pihak lain terutama BN dan media arus perdana setiap kali terbabit dalam isu yang tidak menyebelahi beliau.
Katanya, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan.
Chang Yeow berkata, perkara yang membabitkan isteri Guan Eng, Betty Chew banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang, bukannya media arus perdana.
“Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?” katanya lapor Utusan Malaysia.
Isu pelantikan Betty sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC dipertikai beberapa pihak kerana status beliau sebagai isteri kepada Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.
Pelantikan isteri Guan Eng itu juga menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.
Kok Ping sebelum ini pernah didenda sebanyak RM30,000 oleh mahkamah selepas syarikatnya, General Accomplishment Sdn. Bhd. didapati bersalah kerana menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai Bukit Botak tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Betty dikatakan sudah menolak jawatan yang ditawarkan PCCC itu ekoran kontroversi yang tercetus.
Labels:
BN
ADUN BN PERSOAL GUAN ENG ISU PDC JUAL RUMAH MELEBIHI HARGA SILING
PULAU PINANG 13 Nov. - Kerajaan negeri seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam usaha membangunkan projek perumahan mampu milik di negeri ini apabila didakwa menjual unit-unit rumah dibangunkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga siling. Jahara Hamid Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri
Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid, melalui maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati 180 unit rumah di Intan Delima, Bandar Cassia di Batu Kawan dijual pada harga melebihi RM306,000 sedangkan harga siling bagi penjualan rumah di kawasan terbabit ditetapkan adalah RM250,000.
Katanya, pihaknya mempunyai bukti bahawa projek perumahan di kawasan terbabit melibatkan pengambilan tanah dengan harga yang rendah oleh PDC tetapi menjual rumah yang dibangunkan pada harga melampau.
“Harga jualan rumah di kawasan ini juga ditetapkan pada harga yang jauh lebih tinggi daripada permohonan dibuat kerajaan negeri kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.
“Melalui permohonan itu, kerajaan negeri menetapkan harga maksimum rumah di Bandar Cassia ini akan dijual pada harga RM220,000, namun hakikatnya harga jualan yang ditetapkan lebih daripada RM306,000,” katanya kepada pemberita di DUN di sini hari ini.
Jahara berkata, pihaknya mahu penjelasan berhuhung isu harga rumah dijual PDC itu dibuat segera oleh kerajaan negeri. Katanya, bukan sahaja harga rumah di Bandar Cassia yang dijual dengan harga tinggi bahkan harga rumah di Bayan Mutiara, Bayan Lepas di sini juga tidak mengikut harga si ling apabila harga jualannya mencecah RM3 juta biarpun projek dibangunkan oleh agensi kerajaan negeri.
“Beberapa projek perumahan yang ingin dibangunkan oleh agensi Kerajaan Pusat sehingga kini tidak diberikan kelulusan atas alasan pengambilan tanah dilakukan dengan harga rendah tetapi harga jualan rumah yang dicadangkan didakwa tinggi.
“Kerajaan negeri jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu apa-apa, kenapa pengambilan tanah dijadikan alasan untuk tidak meluluskan projek perumahan yang ingin dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn. Bhd. sedangkan PDC juga menggunakan kaedah yang sama.” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar mendesak kerajaan negeri menjelaskan berhubung layanan istimewa yang diberikan kepada Ivory Propeties Group dalam proses penjualan tanah milik PDC kepada syarikat terbabit. “Melalui surat daripada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo memaklumkan setakat ini pembayaran dibuat syarikat tersebut hampir bernilai RM300 juta.
“Namun dalam perjanjian jual beli, setakat ini, Ivory Properties Group Berhad sepatutnya telah membayar lebih RM600 juta kepada kerajaan negeri, jadi mana perginya kira-kira RM400 juta lagi jumlah pembayaran seperti yang dipersetui dalam perjanjian?” katanya.
Tegas Jahara, penjualan tanah terbabit dilakukan dengan harga yang rendah dan kini syarikat itu mendapat layanan istimewa pula daripada kerajaan negeri.
“Kita mahu perkara ini dijelaskan dengan teliti oleh kerajaan negeri termasuk dakwaan bakal menanggung kerugian sebanyak RM800 juta jika mahu membangunkan rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini,” jelasnya. -
Labels:
BN
ADUN BN DESAK GUAN ENG JAWAB ISU PERBADANAN BUKIT BENDERA
Enakmen Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009 yang diluluskan pada tahun 2009 masih belum diwartakan sehingga hari ini.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pengurusannya tidak dikendalikan secara teratur dan tersusun seperti sebuah agensi kerajaan sebaliknya dilihat lebih kepada menguruskan ‘syarikat sendiri’.
Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, sehingga kini perbadanan itu masih tidak mengetahui sempadan pentadbirannya sendiri menyebabkan banyak kawasannya dicerobohi individu atau orang persendirian.
"Apa guna kita berbincang begitu lama dalam Dun mengenai isu itu tetapi akhirnya selepas diluluskan ia belum lagi diwartakan.
"Apa masalahnya dan mengapa mengambil masa begitu lama untuk mewartakannya. Saya harap pengerusinya yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng dapat memberi penjelasan," katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang Dun semalam.
Turut hadir Ketua Pembangkang Dun, Datuk Jahara Hamid dan Adun Bertam, Shariful Azhar Othman.
Beliau berkata akibat keadaan yang meruncing dalam pengurusannya, perbadanan itu menerima teguran dalam 22 perkara dari Ketua Audit Negara dalam laporan terbarunya berakhir 31 Disember 2013.
"Pihak audit tidak dapat membuat pengesahan mengenai baki dua akaun Maybank Berhad pada 31 Disember 2013 kerana surat pengesahan bank tidak dikemukakan," katanya.
Antaranya ia tidak mematuhi piawaian perakaunan dan pekeliling yang berkuatkuasa dalam merekodkan aset tetap. Terdapat kesilapan dalam merekod aset tetap yang menjejaskan nilainya terhadap penyata kewangan.
Beliau berkata, terdapat transaksi yang sepatutnya direkod sebagai belanja tetapi direkodkan sebagai aset tetap manakala transaksi yang sepatutnya direkod sebagai kos operasi tetapi direkod sebagai aset tetap.
"Terdapat urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan seperti kos operasi alat penyelenggaraan berjumlah RM346,425.31, kos operasi bagi kerja penyelenggaraan (RM105,328.28), perbelanjaan hadiah dan cenderahati (RM9,400), perbelanjaan pentadbiran bagi perkhidmatan kerja HR (RM24,194), perbelanjaan perkhidmatan konsultan (RM67,000), perbelanjaan perkhidmatan keselamatan (2,289.60).
"Terdapat dokumen sokongan yang tidak mempunyai invois dan amaun invois tidak sama dengan amaun dalam lejar seperti perbelanjaan kepada Syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd berjumlah RM23,260.04, perbelanjaan kos operasi hill and trail maintenance kepada Syarikat Sutrak Air Conditioning Sales (RM13,182.30)," katanya.
Sementara itu, Jahara berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pengurusan Perbadanan Bukit Bendera boleh dianggap berada dalam keadaan kelam kabut.
Beliau kesal pengurusan kewangannya tidak tersusun walaupun mendapat peruntukan geran tahunan RM9 juta dari kerajaan negeri dan RM13 juta dari hasil jualan tiket manakala kos menyediakan kereta api baharu ditanggung kerajaan pusat.
Oleh itu, Adun BN berpendapat perbadanan itu tidak layak mendapat sebarang peruntukan tambahan dari pusat sehingga ia membetulkan segala kepincangan yang berlaku dalam pengurusan dan kewangannya terlebih dahulu.
"Dalam Bajet 2015, Guan Eng menyebut kerajaan negeri merancang mengadakan projek kereta kabel yang menghubungkan Taman Belia ke Bukit Bendera serta Teluk Bahang ke Bukit Bendera.
"Projek ini dianggarkan RM250 juta dan kerajaan negeri akan meminta bantuan dari kerajaan pusat. Jadi kami tidak sokongan selagi tiada perubahan," katanya.
Labels:
BN
ADUN BN GESA JABATAN VETERINAR SELALU TURUN PANTAU LADANG BABI
GEORGETOWN 11 Nov. - Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Jabatan Veterinar untuk sentiasa turun padang ke kawasan yang mempunyai banyak tempat pemeliharaan babi bagi membendung virus Ensefalitis Jepun (JE).
Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berkata usaha berterusan kerajaan negeri dan Jabatan Veterinar mampu mengawal penularan virus itu.
"Syabas dan tahniah kepada Jabatan Veterinar kerana mendapat anugerah daripada ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya berharap pihak jabatan memanfaatkan anugerah ini dengan turun sama ke kawasan yang banyak pemeliharaan khinzir di mana baunya masih busuk, keterlaluan.
"Saya berharap mereka turun ke bawah dan terus menjalankan tanggungjawab dan melakukan pemeriksaan di kampung-kampung terutama di Kampung Selamat, Tasek Gelugor. Saya berharap pihak veterinar untuk tampil menguruskan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Julai lepas, Pulau Pinang digemparkan dengan kes JE apabila seorang bayi perempuan berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus itu selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) adalah positif.
Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli disahkan dijangkiti virus yang sama.
Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, di sini.-- BERNAMA
Labels:
BN
AKIBAT RAKUS KERAJAAN DAP JUAL TANAH KERAJAAN , STOK SIMPANAN HANYA TINGGAL 6 %
PULAU PINANG 10 Nov. - Jumlah stok tanah simpanan milik negeri ini didakwa menurun dengan drastik kepada enam peratus berbanding 18 peratus sebelum DAP memerintah pada 2008.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkembangan berkenaan sangat membimbangkan dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat.
“Masalah kekurangan stok tanah akan membuka ruang untuk kerajaan negeri melakukan tebus guna tanah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jahara turut mempersoalkan peningkatan 213 peratus bagi perbelanjaan mengurus untuk 2015 berbanding 2014 selepas Guan Eng membentangkan bajet negeri, Jumaat lalu.
Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana anggaran perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri tidak berubah iaitu RM184,980 termasuk bayaran gaji dan upah.
“Difahamkan, ketika ini terdapat kira-kira 60 orang kakitangan di pejabat Ketua Menteri berbanding hanya 15 orang ketika pentadbiran sebelumnya,” katanya.
Labels:
BN
ADUN DAP GAGAL JAWAB SOALAN RUMAH MAMPU MILIK & KOS RENDAH P.PINANG
GEORGETOWN - Wakil rakyat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tergamam apabila diminta menunjukkan jumlah rumah mampu milik dan kos rendah yang telah dibina untuk rakyat negeri ini sepanjang tujuh tahun memerintah.
Mereka sebelum itu membuat tuduhan melulu apabila Pengerusi Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo mendakwa, Kerajaan Pusat gagal melaksanakan projek perumahan mampu milik di negeri ini.
Tuduhan berkenaan menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid bangun dan meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah rumah kos rendah yang sudah dibina dan jika ada, beliau ingin tahu lokasinya.
Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, jika kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat gagal dalam isu rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini, kerajaan negeri juga gagal kerana tidak membinanya.
“Sekiranya kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan dasar perumahan yang akan dilaksanakan Kerajaan Pusat, maka rundingan perlulah dilakukan dan bukannya membuat tuduhan tanpa asas,” katanya ketika mencelah dalam sesi soalan lisan Yeoh Soon Hin (DAP-Paya Terubong) dalam Sidang DUN, di sini hari ini.
Jahara kemudian menjelaskan, Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di negeri ini bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik.
Katanya, wakil rakyat BN boleh memberi jaminan bahawa PRIMA akan dilaksanakan di negeri ini dan Kerajaan Pusat akan menunaikan janji terhadap rakyat kerana jika tidak ia akan memberi tamparan hebat terhadap BN.
Labels:
BN
DUN P.PINANG : ADUN BN BIDAS KERAJAAN DAP GANTUNG ISZUREE
Isu penggantungan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bulan lalu kembali panas apabila dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid mempersoalkan keputusan berkenaan kerana menurutnya Iszuree yang juga Setiausaha Pas negeri hanya membangkitkan isu rakyat dan memperjuangkan prinsip demokrasi tetapi telah ‘dihukum’.
Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, tindakan menggantung Ahli Majlis MPPP belum pernah berlaku dalam sejarah negeri ini dan bertentangan dengan slogan pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan demokrasi.
“Di sini kita melihat penggantungan Iszuree sebagai satu hukuman dan usaha menutup mulutnya daripada terus membangkitkan masalah rakyat dan isu yang membelenggu mereka di negeri ini,” katanya.
Iszuree yang juga Bendahari Pas negeri bulan lalu digantung daripada tugasnya dan dilarang daripada menyertai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP selain peruntukannya juga dibekukan kerana didakwa mengkritik dasar kerajaan DAP Pulau Pinang dalam Muktamar Pas di Johor.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow kemudian menjelaskan, keputusan berkenaan diambil kerana Iszuree telah membuat kenyataan tidak benar mengenai dasar kerajaan DAP negeri dan beliau tidak menggunakan saluran betul untuk membangkitkan masalah rakyat.
“Iszuree telah membangkitkan perkara tidak benar dalam kongres partinya dan tiada wakil kerajaan negeri yang boleh menjawab ketika itu. Lagipun apa yang dibangkitkan itu tidak benar,” katanya.
Jahara kemudian terus mengasak Kon Yeow dengan mempersoalkan adakah kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam menangani isu berkenaan kerana Iszuree seolah-olah menjadi mangsa.
Kon Yeow kemudian mengesahkan keputusan menggantung Iszuree dibuat selaras dengan prinsip berkenaan.
Sementara itu, wakil tunggal Pas dalam DUN, Datuk Mohd. Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) hanya berdiam diri walaupun Iszuree dirujuk sebagai bercakap bohong dalam DUN
Labels:
BN
KERAJAAN DAP DIBIDAS SALAHKAN MPPP ISU PERUMAHAN MAMPU MILIK
Kerajaan Pulau Pinang tidak harus menyalahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas kegagalan dasar perumahan kerajaan negeri pimpinan DAP itu dalam menyediakan rumah mampu milik.
Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, MPPP tidak seharusnya dikatakan cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik jika kerajaan negeri sendiri gagal menyatakan dengan jelas keluasan unit rumah bagi setiap kategori harga yang mereka tetapkan.
"Kerajaan negeri perlu lebih tegas dalam melaksanakan program perumahan mampu milik di Pulau Pinang dan menyediakan garis panduan lengkap untuk dilaksanakan pihak berkuasa tempatan dalam meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh pemaju," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo menerima aduan daripada dua pembeli rumah mendakwa mereka perlu membayar RM200,000 bagi unit rumah berkeluasan 42.82 meter persegi (461 kaki persegi).
Jagdeep yang menjawab aduan itu dipetik sebagai berkata MPPP telah cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik kerajaan negeri dan beliau juga mengakui tiada garis panduan keluasan unit rumah mampu milik dimasukkan dalam dasar perumahan kerajaan negeri.
Jahara berkata, mengikut dasar perumahan yang diumum kerajaan negeri, jika kepadatan unit rumah ditingkatkan sehingga 87 unit bagi 0.4 hektar (seekar), pemaju perlu membina 30 peratus unit rumah kos rendah pada harga jualan RN42,000 seunit dan kos sederhana rendah pada harga RM72,500 seunit.
Katanya, pemaju juga dikehendaki membina 25 peratus rumah dalam kategori rumah mampu milik, iaitu lima peratus pada harga RM200,000; 15 peratus rumah berharga RM300,000 dan lima peratus rumah berharga RM400,000.
"Adalah amat mengecewakan kerana tiada garis panduan mengenai keluasan unit rumah untuk kategori mampu milik. Pemaju mengambil kesempatan untuk menawarkan rumah bersaiz lebih kecil daripada rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga jualan yang sangat tinggi," katanya. - Bernama
Labels:
BN
BANYAK TEMPAT DESTINASI PELANCONGAN MENARIK DI BAYAN LEPAS - NORDIN
BAYAN LEPAS 11 Ogos - Pantai Batu Feringghi dekat sini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara sebagai destinasi mandi-manda yang terkenal di negeri ini.
Namun, sebenarnya tidak ramai mengetahui bahawa ada lagi kawasan yang amat cantik dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan jika diketengahkan pihak berwajib yang terletak di kawasan Bayan Lepas atau lebih tepat lagi Teluk Kumbar.
Menyebut nama Tanjung Asam dan Teluk Bayu mungkin agak janggal didengar oleh orang luar.
Namun, kawasan itu terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai tempat berkelah di hujung minggu dan lokasi mandi-manda yang memiliki pantai yang cantik.
Menyedari hakikat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Nordin Ahmad meminta pihak berwajib memajukan kawasan itu sebagai destinasi ekopelancongan baharu di negeri ini.
Menurutnya, kawasan Tanjung Asam dan Teluk Bayu memiliki keindahan semula jadi yang menarik untuk dilakarkan dalam landskap pelancongan negeri ini, selain mampu menaikkan nama Bayan Lepas sebagai destinasi yang wajib dikunjungi pelancong.
Kata Nordin, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat hanya menumpukan kawasan Georgetown serta Batu Feringghi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan sehingga mengabaikan kawasan lain yang memiliki potensi sama.
"Kawasan Bayan Lepas memiliki lokasi ekopelancongan yang bukan sedikit untuk dimajukan seperti pantai Tanjung Asam dan Teluk Bayu serta kawasan perkampungan tradisi di Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.
"Selain itu, terdapat dua pulau iaitu Pulau Kendi dan Pulau Rimau yang boleh dimajukan sebagai lokasi tumpuan pemancing kerana amat kaya dengan khazanah marin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Nordin, kawasan Teluk Kumbar juga setanding dengan Balik Pulau dalam pengeluaran durian seperti dihasilkan di Bukit Pak Sharif yang memiliki dusun durian amat luas.
Tambah beliau, kawasan kampung tradisi di kawasan itu juga sesuai untuk dimajukan sebagai lokasi inap desa seperti di Kampung Nelayan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.
Tidak lupa katanya, kawasan itu juga terkenal dengan beberapa restoran mi udang seperti Ilyana Cafe dan Ayu Mee Udang yang setanding dengan juadah itu di Sungai Dua dekat Butterworth atau Pulau Aman kerana sumber lautnya segar dan diperoleh terus daripada nelayan setempat.
"Kawasan ini masih kekurangan kemudahan seperti resort dan hotel, menyebabkan namanya agak tenggelam dalam kalangan pelancong kerana mereka tiada pilihan untuk menginap.
"Hanya terdapat beberapa calet milik persendirian di kawasan ini berhampiran pantai, namun kemudahannya terhad kerana dibina tanpa sumber kewangan yang kukuh," ujarnya.
Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui di Pantai Tanjung Asam mengakui kawasan itu memiliki pantai yang cantik dan mampu dimajukan sebagai destinasi pelancongan alternatif di negeri ini.
Bagi Abdul Rashid Nurong, 39, dia sendiri terkejut apabila melihat kawasan Tanjung Asam yang menghadap Selat Melaka memiliki kawasan laut yang bersih dan boleh dijadikan tempat mandi-manda bersama-sama keluarga.
"Kali pertama saya datang ke sini apabila pulang ke kampung isteri di Tanjung Tokong dan tidak sangka ada lokasi cantik seperti ini untuk anak-anak saya mandi-manda, selain Batu Feringghi.
"Namun, saya harap lebih banyak kemudahan seperti bilik persalinan dan tandas dengan bekalan air bersih disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung membersihkan diri selepas mandi di laut," katanya yang berasal dari Johor Bahru, Johor.
Pendapat sama turut dikongsi seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Khairul yang mengakui kawasan Tanjung Asam cukup cantik dan sesuai sebagai lokasi manda-manda.
Menurutnya, pantai itu berbeza dengan Batu Feringghi yang semakin tercemar dengan pembangunan serta air lautnya yang kotor ekoran sisa kumbahan yang tidak diuruskan dengan baik.
"Pada saya kawasan Tanjung Asam masih asli dan perlu dipelihara keindahannya kerana mampu diketengahkan sebagai destinasi pelancongan baharu di Bayan Lepas khasnya dan Pulau Pinang amnya," kata pekerja swasta itu.
Labels:
BN




















.jpg)

