Headlines News :
Home » » LALUAN SEHALA KERAJAAN DAP SEPERTI BINA LEBUHRAYA DI RUMAH PENDUDUK - CAP

LALUAN SEHALA KERAJAAN DAP SEPERTI BINA LEBUHRAYA DI RUMAH PENDUDUK - CAP




PULAU PINANG 11 Nov. - Sejak kerajaan DAP Pulau Pinang memperkenalkan sistem laluan sehala di Pulau Tikus di sini, corak kehidupan penduduk di kawasan tersebut ternyata berubah.
Bagi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), keputusan tersebut disifatkan mengambil langkah kebelakang.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris (gambar) berkata, pelaksanaan sistem berkenaan telah 'memusnahkan' kehidupan penduduk di situ sehingga menyusahkan urusan seharian mereka.

Menurutnya, pergerakan kenderaan yang laju selepas laluan sehala diperkenalkan ternyata membahayakan penduduk terutama golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

"Jika dulu jalan mempunyai dua lorong pergi-balik tetapi kini menjadi empat lorong sehala menyebabkan melintas jalan yang lebar dengan kenderaan bergerak laju umpama mimpi ngeri buat penduduk.

"Pertukaran laluan daripada dua hala kepada sehala tidak ubah seperti membina lebuh raya di kawasan kediaman," katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Julai lalu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memperkenalkan laluan sehala di kawasan Pulau Tikus melibatkan beberapa jalan utama seperti Jalan Burma, Jalan Kelawai dan Persiaran Gurney,

Sejak diperkenalkan, terdapat juga rungutan daripada penduduk dan pengguna jalan raya berhubung kesesakan luar biasa yang kerap berlaku pada waktu puncak berbanding semasa kawasan itu masih mengamalkan sistem dua hala.

S. M. Mohamed menambah, sekiranya mahu mengubah sistem trafik, pihak berkuasa perlu melihat secara serius kemudahan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Jelasnya, cara sedemikian boleh memudahkan pergerakan komuniti di situ.

"Kadar kemalangan dan pencemaran udara juga dapat dikurangkan sekali gus memperbaiki tahap kesihatan penduduk kerana mereka boleh berbasikal atau berjalan kaki sahaja dalam menjalani urusan seharian," ujarnya.

Selain itu, katanya, sistem laluan sehala turut menyukarkan penduduk untuk menggunakan perkhidmatan bas.
"Orang ramai termasuk warga emas yang sering ke Pasar Pulau Tikus terpaksa berjalan jauh dan menyeberang jalan yang sibuk untuk mendapatkan perkhidmatan bas," katanya.

S. M. Mohamed berkata, MPPP sepatutnya lebih menumpukan kepada keselesaan penduduk dalam perancangannya.

Katanya, perancangan bagi menyediakan kemudahan perhubungan sebenarnya bukan memberi tumpuan kepada pergerakan kenderaan sebaliknya memikirkan bagaimana orang ramai boleh bergerak dengan mudah serta cepat.

"Sepatutnya MPPP mengurangkan jumlah serta kelajuan kenderaan dan pada masa sama melindungi pengguna jalan lain. Jalan raya untuk kegunaan semua orang bukan setakat kereta semata-mata," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Pulau Pinang melaksanakan semula sistem dua hala di kawasan Pulau Tikus selain memperkenalkan laluan berbasika

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 13, 2013 at 1:52 AM

Habis dah influx beruk2 sepet byk sgt jenis tak tau pakai alternative roads ( tau pakai mainroad saja), nk buat macamana lg kalu nk brisk traffic flow... tanggung sendiri la beruk2 sepet oiiiiiii.......

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger