Headlines News :
Home » » GUAN ENG PERTAHAN BELI KERETA MERCEDEZ BENZ SEBAB KESELAMATAN KETUA MENTERI

GUAN ENG PERTAHAN BELI KERETA MERCEDEZ BENZ SEBAB KESELAMATAN KETUA MENTERI



Ketua Menteri Lim Guan Eng menerangkan, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak yang dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaannya saja bahkan bakal ketua menteri akan datang.

"Lagipun, kereta baru itu bukan milik saya. Ianya milik kerajaan negeri dan bakal berkhidmat untuk ketua menteri yang akan datang," katanya dalam sidang media hari ini.

Guan Eng memberikan penjelasan kenapa beliau menggantikan kereta Toyota Camry yang baru berusia dua bulan itu kepada Mercedes-Benz sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.

Lim berkata, Mercedes yang dibelinya adalah mengikut keputusan Majlis Eksekutif Negeri pada 20 November lalu yang mengambil kira keselamatan ketua negeri.


Dia menambah, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak itu dibeli dengan harga diskaun RM298, 263.75 tanpa insuran dan cukai.

"Dengan harga diskaun tersebut, kerajaan negeri merasakan bahawa pembelian itu adalah lumayan. Kita mahu melihat ini sebagai pembelian jangka panjang. Kereta Mercedes milik ketua minister bertahan selama 18 tahun lantas membuktikan jangka tahan kereta jenis itu," katanya.

Berita Lim yang membeli Mercedes baru itu dengan terlalu awal berikutan peembelian 15 kereta Toyota Camry sampai kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober lalu turut menjadi kemusykilan kepada ahli majlis eksekutif negeri. Kereta itu baru dihantar semalam.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait (gambar) yang turut hadir berkata harga asal kereta itu adalah RM657, 218 dengan menambah diskaun cukai bagi kereta itu telah membuat pembelian ini berpatutan.

Apabila kereta Mercedes Benz S320L dibeli 18 tahun lalu, kerajaan negeri membayar RM271, 331.22, jadi harga kereta sekarang tidak banyak bezanya.

"Selepas pengecualian cukai, pembekal kereta memberikan diskaun RM100,000. Kereta ini adalah model tahun lepas. Model baru akan keluar tidak lama lagi."

Mokhtar menambah, "Sebagai Ketua Menteri, Lim berhak menggunakan Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Namun beliau hanya menggunakan satu sahaja daripada kedua itu."
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger