Headlines News :
Home » » LOKMAN ADAM BIDAS FITNAH RAFIZI TERHADAP PM BELI JET PERIBADI

LOKMAN ADAM BIDAS FITNAH RAFIZI TERHADAP PM BELI JET PERIBADI

RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI!

Jawapan Ringkas oleh Lokman Adam
Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali. Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi. Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.
Izinkan saya jelaskan disini beberapa perkara:-
1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.
2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.
3) BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak. PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.
4) Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik. Masa Anwar jadi TPM dahulu, beliau bergerak pun naik jet juga. Takkan sekarang bila Rafizi nak suruh Agong, PM dan Kenamaan negara bergerak naik tongkang?



PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB BELI “PRIVATE JET” BARU
MARCH 16, 2015 RAFIZIRAMLI LEAVE A COMMENT
16 MAC 2015
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi (“private jet”) baru.
Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.
Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
page1
Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.
Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan) membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.
newjet2
Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.
Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato’ Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 6, 2015 at 10:07 AM

Keh keh keh....semua rakyat dah tahu PKR dan PR kaki fitnah, putar alam, penipu, budaya ala samseng, semua ada. Banyak perkara baik boleh dibuat, tetapi pembangkang ni pilih perkara yang x baik juga .........

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger