Headlines News :
Home » » PENJAWAT AWAM BERUNTUNG KERANA KEBAJIKAN TERJAGA - HILMI

PENJAWAT AWAM BERUNTUNG KERANA KEBAJIKAN TERJAGA - HILMI





Penjawat awam sangat beruntung kerana kerajaan amat prihatin menjaga kebajikan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kakitangan perkhidmatan awam dibayar gaji tinggi, pembayaran gaji tepat pada masanya serta pelbagai elaun dan insentif di samping mendapat kenaikan pangkat dan pencen selepas bersara daripada perkhidmatan.

Katanya,penjawat awam seharusnya merasa diri mereka beruntung berbanding mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang tidak begitu terjamin masa depan mereka.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan program post graduate untuk memberi peluang kakitangan yang berminat untuk menyambungkan pelajaran mereka.

Dr Hilmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini Rabu.

Seramai 925 graduan dari empat institusi menerima diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kursus.

Dr Hilmi turut berpesan kepada semua penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya terus meningkatkan kecemerlangan mereka.

Kita mahu terus mengekalkan perkhidmatan kesihatan kita yang sudah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia, tambah beliau.

Beliau juga mengingatkan anggota penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya mengelak daripada melibatkan diri dengan gejala negatif media sosial.

Menurut Dr Hilmi, kebanyakan bahan yang disebarkan oleh media sosial adalah berita atau maklumat palsu kerana faktanya tidak disahkan berbanding berita yang disiarkan oleh media perdana yang terlebih dahulu mengesahkan faktanya sebelum ia disiarkan.

Sebagai anggota kerajaan jangan kita menjadi ejen kepada penyebaran fitnah, malah sebagai umat Islam ia adalah satu dosa.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger