Headlines News :
Home » » AGENSI KERAJAAN DAP MAHU KURANGKAN PENJAWAT AWAM !

AGENSI KERAJAAN DAP MAHU KURANGKAN PENJAWAT AWAM !

PETALING JAYA : Datuk Azih Muda mempertikaikan siapa sebenarnya Penang Institute yang sewenangnya mencadangkan supaya jumlah penjawat awam dikurangkan dengan tujuan menurunkan defisit belanjawan negara.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata kesatuan tidak bersetuju langsung dengan cadangan berkenaan dan menganggap kenyataan badan pemikir kerajaan Pulau Pinang itu “tidak boleh pakai”.

 “Dia tak berpijak di bumi yang nyata. Dia pandai bercakap sahaja, dari segi perlaksanaan tak tahu. Bagaimana rakyat nak perkhidmatan kerajaan. Dia lihat dari segi ekonomi, tidak tak melihat dari segi perkhidmatan.

"Kita yang berkhidmat bekerja di bawah untuk rakyat. Rakyat kadang-kadang menunggu untuk dapatkan perkhidmatan daripada kerajaan. Kita hendak beritahu, dia badan pemikir siapa,” katanya kepada FMT.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penang Institute yang menggesa kerajaan mereformasi dan mengecilkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

 Selain itu, katanya tindakan itu juga boleh melepaskan bakat dan sumber manusia ke sektor swasta dan menerusi Bajet 2017 juga Penang Institute berpendapat terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

 Azih berkata Penang Institute tidak mempunyai kapasiti untuk mengemukakan cadangan seperti itu.

"Adakah dia fikir untuk mengisi perjawatan dalam kerajaan ini cukup dengan struktur organisasi, perlu ada justifikasi, ada kewangan, ada matlamat, ada kementerian, ada jabatan,” katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 25, 2016 at 12:11 AM

kjaan belanja terlalu besar utk sektor awam utk mndpt sokongan dr segi politik bila dah menang mrk akan tekan semula rakyat utk kutip kembali duit tersebut.. rata2 penjawat awam anti najib mana2 pegi mrk akan kutuk najib. jd apa paedah nya. perkhidmatan awam masih di takuk lama.. kul 10 pegi minum huha huha.. stgh jam sblm blk jgn lah berani cuba nak berurusan dgn mrk mmg cari nahas lah jwb nya.. mcm mana hampeh sekali pun prestasi kerja habis kuat tukar jabatan.. adakalanya cadangan penang institut tu ada betulnya walaupun pahit..

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger