Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak para hadirin yang hadir ke Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran untuk mengekalkan semangat yang ditonjolkan mereka bagi menangkan semula Barisan Nasional (BN) dan mengambil alih Terengganu.
Jelasnya, UMNO/BN mampu untuk melakukan sedemikian meskipun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said hanya menyasarkan untuk menang di empat kerusi Parlimen negeri itu.

“Kita berhasrat dengan himpunan ini kita akan dapat mewujudkan kemakmuran kepada rakyat. Pada PRU ke-15 kita akan pastikan bahawa kita dapat majoriti yang besar supaya dapat capai kestabilan serta kemakmuran.
“Pilihan raya kali ini adalah wadah untuk menolak katak yang merosakkan demokrasi. Siapa yang menghalalkan lompat-melompat ini? Kerajaan PH.
“Daripada situasi itulah terdapat ketidakstabilan. Bagi menghadapi PRU ke-15 UMNO/BN mesti jadi kerajaan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berharap agar rakyat memberikan kuasa yang dominan kepada UMNO/BN pada PRU ke-14 setelah parti itu melalui pelbagai dugaan dan ranjau.
“Empat tahun setengah kita sengsara kerana diugut oleh menteri kabinet. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri lantik sendiri kerana ketika kerajaan gagal mentadbir selama 17 bulan (Perikatan Nasional) mahu mengharamkan UMNO/BN.
“Namun situasi itu telah berubah dan mereka mengatakan kerajaan sekarang bukan kerajaan yang absah, maka kita berhimpun pada hari ini dan Insya-Allah kita akan pastikan rakyat memberikan mandat secara dominan kepada UMNO/BN pada 19 November nanti,” katanya lagi. – UMNO Online
Post a Comment