Headlines News :
Home » » Kritikan Mahathir akan bawa perpecahan pada Umno

Kritikan Mahathir akan bawa perpecahan pada Umno

Kritikan keras Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kesan yang kurang sihat kepada suasana politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ketika ini.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya masalah yang melanda antara Dr. Mahathir dan Najib dapat di­selesaikan menerusi pertemuan empat mata, langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan segera.

Melihat ketegangan yang dialami, Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan itu menggesa semua pihak agar saling membantu dan membina kekuatan parti, bukannya mengambil langkah-langkah bertentangan sehingga menyebabkan perpecahan dalam UMNO yang akhirnya hanya menjejaskan kepemimpinan negara.

"Kritikan Dr. Mahathir disifatkan banyak pihak dalam parti sebagai keterlaluan dan jika ini berterusan boleh membawa padah kepada parti. Namun suasana begini bukan perkara baharu kepada UMNO, kita sudah melaluinya banyak kali sebelum ini."

"Bagaimana hendak kita menanganinya? Kita perlu kepada jalan yang bijaksana. Kalau cadangan Timbalan Perdana Menteri agar duduk berbincang sebagai ahli keluarga boleh berjaya, teruskan," katanya kepada media.

Hishammuddin ketika ditanya mengenai kemelut Dr. Mahathir dan Najib yang a­khirnya turut mengheret Datuk Seri Mukhriz, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab Menteri Besar Kedah itu untuk memastikan UMNO negeri tidak berpecah.

Ini kerana, katanya, sekiranya Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan Ne­geri gagal memastikan UMNO ne­geri di bawah pentadbiran masing-masing bersatu dalam satu barisan, keadaan tersebut melambangkan kegagalan kepemimpinan mereka di peringkat negeri.

"Tiada siapa dapat lari daripada tanggungjawab baik di peringkat nasional mahu pun negeri. Sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan negeri mereka perlu pastikan amanah dan tanggungjawab itu dipikul dengan sebaik mungkin," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin turut mengulas jawapan kepada soalan mengenai peluang BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dan merampas Permatang Pauh memandangkan parti itu memasuki gelanggang pilihan raya kecil dalam keadaan ‘terluka’, keputusan pengundi bukan kerana individu.

Jelasnya, seluruh jentera akan bekerja keras memastikan Rompin terus kekal milik BN dan calon di Permatang Pauh juga meraih kemenangan memandangkan perjuangan parti dan pertembungan dalam pilihan raya kecil tidak berkisar kepada kritikan seorang individu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger