KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Penasihat Dap, Lim Kit Siang mungkin sudah semakin ‘nyanyuk’ dan terlupa bahawa parti Dap sebenarnya terlalu banyak terpalit kes rasuah sehinggakan mereka tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap bekas Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang secara terang-terangan mengatakan rasuah memang bermaharajalela di dalam parti itu.
Jelasnya, sebelum Kit Siang mahu bercakap berkaitan rasuah, dia sepatutnya mengambil tindakan saman kepada Tunku Aziz bagi membuktikan parti itu sebenarnya difitnah.
“Dap selama ini memang terkenal dengan sikap suka mengambil tindakan saman tetapi apabila Tunku Aziz terang-terangan menuduh parti Dap penuh rasuah, mengapa tiada sebarang tindakan diambil.
“Jadi, jika Kit Siang mahu bercakap pasal rasuah, lebih baik dia saman dulu Tunku Aziz. Jika tidak, memang benarlah dakwaan yang dibuat bahawa Dap adalah parti penuh rasuah,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Razak berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang mahu barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.
Kit Siang juga mahu kabinet pimpinan Najib menghentikan semua pertuduhan terhadap pemimpin anti-rasuah seperti Tony Pua, Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin dan Anis Syafiqah Md Yusuf.
Bekas naib pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar Dap pada Mei 2012 salah satunya disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.
Tunku Abdul Aziz, bekas Naib pengerusi Transparency International hanya mampu bertahan selama empat tahun dalam parti itu selepas dijemput oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang menyertai parti itu pada Ogos 2008.
"Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu”, ujarnya.
Tambah Razak, selain tindakan saman, Kit Siang juga harus mendesak anaknya Lim Guan Eng untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana Guan Eng sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah.
“Kit Siang sepatutnya malu bercakap soal rasuah kerana parti integriti parti Dap tercalar teruk akibat rasuah. Tetapi tidak seorangpun pemimpin Dap yang berani untuk menafikan atau membuktikan mereka tidak terlibat dengan rasuah.
“Setiap kali diajukan persoalan ataupun dituntut memberi jawapan berkaitan skandal rasuah yang terpalit, mereka akan menuding jari kepada orang lain ataupun memburukkan kerajaan pusat.
“Nasihat saya kepada Kit Siang, bersihkan parti sendiri sebelum sibuk mahu mencampuri urusan kerajaan pusat,” katanya lagi.
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
2 days ago
Post a Comment