Headlines News :
Home » » HUDUD SERLAHKAN SANDIWARA POLITIK PEMBANGKANG - @HishamuddinH20

HUDUD SERLAHKAN SANDIWARA POLITIK PEMBANGKANG - @HishamuddinH20




KUANTAN - Kemelut politik antara Pas dengan rakan seperjuangannnya dalam pakatan pembangkang berhubung hukum hudud jelas membuktikan perjuangan mereka selama ini hanya bertunjangkan keselesaan dari segi politik.
   
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keadaan itu membolehkan rakyat melihat sendiri sandiwara pembangkang selama ini yang mengamalkan 'politik menghalalkan cara' walaupun sebenarnya mereka mempunyai asas perjuangan yang berbeza.    

"Hari ini apabila diuji dengan perkara pokok seperti hudud, jelas persefahaman mereka tidak begitu mendalam dan akhirnya rakyat sendiri dapat melihat mereka mempunyai perjuangan berbeza.

"Mereka tidak ada matlamat lain selain untuk merampas kuasa, untuk kedudukan, jawatan dan maki hamun pemimpin selain hidup untuk pecah belah masyarakat. Akhirnya rakyat dapat nilai sendiri perkara yang sebenar," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan kunci rumah keluarga Desa Angkatan Tentera Darat Sungai  Panching di sini hari ini.   

Majlis itu turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Markas 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Ahmad Tajuddin Abdul  Ghani.    

Hishammuddin berkata, pembangkang boleh mengaburi rakyat hanya seketika, namun akhirnya kebenaran akan terserlah juga terutama dalam soal perjuangan hakiki, asas membina negara bangsa dan perpaduan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.
     

Ketika diminta mengulas pendirian Umno berhubung pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen oleh Pas nanti, Hishammuddin berkata "Hudud merupakan tuntutan ALLAH, tetapi seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut sebelum ini perkara ini berkisar kepada pelaksanaan. Tunggulah...
 
"Sekarang ini mereka tidak boleh beri penyelesaian dan jelaskan kepada parti bersekutu sendiri tentang perkara itu, apatah lagi kepada orang ramai.    

"Jadi kenapa pula nak alih pandangan itu kepada Barisan Nasional dan Umno, biar mereka selesai masalah dalaman mereka dahulu kerana rang undang-undang ini ditetapkan oleh  mereka," katanya. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger