Headlines News :
Powered by Blogger.

Followers

BERITA BLOG

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

SURVIVAL UMNO BERGANTUNG KEPADA SOLIDARITI AHLI PERTAHANKAN PARTI - @Zahid_Hamidi




 Gelombang politik yang melanda UMNO ketika ini me­nuntut anggota bersama-sama barisan kepimpinan mempertahankan organisasi itu demi memastikan UMNO terus utuh dan dapat mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam nada berterus terang menyingkap keadaan politik semasa negara, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui cabaran getir yang dihadapi UMNO, parti tunjang Barisan Nasional (BN), berikutan pelbagai serangan daripada pembangkang termasuk daripada bekas pemimpin utama UMNO.

UMNO TAK TERJEJAS YANG KELUAR PARTI , RIBUAN LAGI AHLI BAHARU MASUK - ANUAR MUSA




 Masa depan serta hala tuju perjuangan UMNO tidak akan terjejas meskipun beberapa pemimpin dan ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menerima hakikat wujudnya keadaan sedemikian namun bilangan mereka yang meninggalkan parti itu bukanlah mencatatkan angka yang begitu besar.

“Terlalu sedikit bilangan ahli yang membuat pengumuman meninggalkan UMNO. Tetapi mengapa mesti kita bercakap mengenai ahli yang meninggalkan parti, kita perlu bercakap mengenai ahli baharu, malah Tan Sri Noh Omar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor) tadi umumkan ada beberapa penambahan ahli baharu.

“Saya yakin ribuan ahli baharu menyertai UMNO dalam sebulan ini. Apabila seorang keluar kita bising, bagaimana pula dengan beribu yang masuk UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini.

Tambah Annuar, dinamik politik sentiasa berlaku dalam UMNO kerana perjuangan parti itu adalah melampaui sokongan terhadap mana-mana individu atau personaliti tertentu.

“UMNO bukan milik sesiapa, tetapi ia merupakan roh perjuangan orang Melayu. Jika ada pihak yang merasakan mereka lebih baik daripada UMNO dan nak cabar kita, silalah,” ujarnya.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani yang mengumumkan keluar daripada parti itu dalam ucapannya semasa mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu hari ini.
Baharom yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kupang daripada 1995 hingga 2004 membuat pengumuman demikian atas alasan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti. - UTUSAN ONLINE

Tempias Kebencian Terhadap UMNO, Saya Dikatakan ‘Kuat Kipas PM’- Zahid




— Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap UMNO dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga dikatakan ‘kuat kipas’, ‘kuat tolong’ dan ‘kuat pertahankan Perdana Menteri’.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Najib.
“…jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan tangkap nakhoda dan campak ke laut. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada 2,991 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, meminta agar rakyat tidak terlalu membenci UMNO serta pemimpinnya kerana mereka perlu sedar dan ingat jasa serta sumbangan parti keramat itu kepada mereka selama ini.
“UMNO bukan hanya sebuah parti politik tetapi sebuah institusi sosial yang bukan hanya menterjemahkan agenda politik tetapi turut mewarnai pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang pendidikan, agama, ekonomi dan sosial malah yang lebih penting, supaya negara kita menjadi lebih aman dan damai.
“Itu yang diperjuangkan UMNO tanpa meminggirkan mana-mana agama, bangsa atau mana-mana budaya,” katanya yang juga Ahli Parliamen Bagan Datoh.
Justeru, katanya, UMNO sebagai parti pemerintah sanggup membuat pelaburan dalam bidang pendidikan seperti membantu membayar yuran pelajar, menyediakan duit poket serta buku teks.
“Tidak ada sebuah negara di dunia ini, sama ada kaya, membangun atau miskin, apabila pelajarnya dihantar ke sekolah ibu bapa tidak perlu membayar yuran, kerajaan yang tolong bayarkan.
“Malaysia sahaja yang berbuat demikian, bukan setakat itu, anak-anak yang miskin dapat bantuan sarapan, pakaian dan duit poket,” katanya. Hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir 

UMNO - CABARAN & DUGAAN! #PAU2015

oleh : Dr Novandri 

Konvensyen Pemerkasaan  Agenda Ummah yang dianjurkan oleh UMNO pada 24 November 2015 merupakan satu usaha parti untuk memastikan suara ahli UMNO dan rakyat didengar dan diaplikasikan oleh kerajaan. Ada 4 kluster yang dibincangkan iaitu ekonomi, pendidikan, agama dan wanita.
Di sepanjang MiM hadir dan mengikuti sessi-sessi tersebut, panel-panel di dalam kluster-kluster yang terdiri daripada para cendiakawan dan pemikir ini telah membentangkan buah fikiran dan pandangan yang bernas serta kolektif. 

MiM bersetuju dengan kenyataan DS Hishammuddin Hussein yang berkata penganjuran Konvensyen ini amat bertepatan kerana pelbagai pihak termasuk golongan profesional, ahli akademik, agama, NGO dan belia dapat berkongsi idea.

"Konvenyen itu merupakan suatu gerakan yang boleh menginsafkan dan menyedarkan bukan sahaja ahli parti tetapi pemimpin parti dan setiap lapisan masyarakat di luar betapa pentingnya kita mengembleng untuk melihat masa depan umat Melayu khususnya," katanya.
Di dalam ucapannya, Hishammuddin juga yakin Umno dan BN mampu mengharungi krisis yang dihadapi ketika ini melalui cara penyelesaian terbaik bagi kelangsungan parti itu. 
"UMNO hidup, bergerak dan berfungsi sebagai parti politik dalam kerangka demokrasi. maka survivalnya tentang sokongan padu ahli dan rakyat kepada parti. Itu tidak boleh kita nafikan."
Dan sejarah telah membuktikan UMNO diuji dengan pelbagai dugaan tetapi berjaya menghadapinya dengan semangat bersatu-padu ahli-ahli parti UMNO.
Dan parti keluar sebagai satu parti yang lebih kuat dan lebih bersatu padu dan memberi yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara. 
"Menjadikan Melayu dan Malaysia lebih baik adalah ikrar UMNO dan amanah tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu setiap pemimpin, UMNO bukan boleh di franchisekan kepada orang lain". 
Beliau juga berkata, UMNO mesti bersifat inklusif serta memastikan perjuangannya sentiasa relevan untuk generasi akan datang.
"Krisis adalah proses yang mendewasakan kerana ia mengajar di sebalik pengalaman dan segala kekuatan, kita pasti jauh daripada kesempurnaan dan kita juga punya kelemahan terutama dalam usia kita semakin menua, kesilapan tidak boleh dielakkan." kata Hishammuddin. 
"Kita mesti mencipta rumus bersama-sama, memikir, merancang, mencari jalan pencerahan. Kita lupakan sebentar apa jua perbezaan yang menjarakkan kita demi UMNO yang lebih baik dan rumuskan agenda Umno yang baharu," katanya.
"Sama-sama gigih berusaha menjelmakan harapan baru. Kita beritahu setiap ahli, pendokong dan rakyat Malaysia bahawa UMNO telah mendengar, memahami dan UMNO akan mengemukakan penjelasannya yang insklusif yang akan membuahkan kebaikan untuk semua dan bukannya daripada sebahagian sahaja." katanya lagi.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul MT Umno juga telah memberi jaminan usul-usul akan diangkat semasa Perhimpunan Agung Umno 2015 pada bulan Disember ini. 
738 usul diterima dan di antara usul yang akan dibahaskan ialah agama (58 usul), ekonomi (81 usul), politik (96 usul), pindaan perlembagaan (5 usul), sosial (91 usul), pendidikan (88 usul) dan lain-lain (94 usul).

Dan tidak ada usul tidak menyokong kepimpinan DS Najib Razak, Presiden UMNO. Ianya disahkan setelah semua usul yang diterima daripada kesemua 191 bahagian, di mana tidak ada satu pun yang mengusulkannya.

BANYAK FINAH DILEMPARKAN PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN DAN SAYA - NAJIB




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang mudah melakukan fitnah dan menafikan tindakan progresif kerajaan dalam membantu rakyat hanya ‘memakan diri'.
Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila ada pemimpin pembangkang terpaksa membuat permohonan maaf akibat perbuatan tidak bermaruah tersebut.
Kata beliau, banyak fitnah terhadap kerajaan tersebar, malah perbuatan itu mudah dilemparkan oleh pihak pembangkang, selain mereka juga begitu cepat menafikan tindakan proaktif kerajaan dalam membantu rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ternyata seakan-akan sama dilakukan oleh negara jiran yang maju seperti Singapura.
“Banyak fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang untuk merosakkan maruah kerajaan dan diri saya, namun semua tindakan itu tidak benar dan terbaharu saya menang dalam kes fitnah melibatkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Pihak pembangkang juga suka menafikan segala tindakan proaktif kerajaan dalam membantu rakyat, namun mereka akhirnya akur dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk pelaksanaan BR1M serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang ternyata banyak memberi faedah kepada orang ramai serta negara,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tri-Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan timbalannya, Datuk Ellron Angin.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, dalam apa jua tuduhan terutama daripada pihak pembangkang, rakyat diingatkan untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu dan mendapatkan fakta tepat.
Menurut beliau, segala tindakan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan adalah berlandaskan pertimbangan dan demi kepentingan rakyat, bukan membebankan dan menyusahkan orang ramai.
Tegas beliau, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, sudah pasti segala tindakan yang akan dilaksana oleh BN berlandaskan kepada kebajikan rakyat serta kepentingan negara.

AHLI PERLU TIUP ROH PERJUANGAN UMNO , TERUS KUKUHKAN PARTI - NAJIB




Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua anggota parti supaya terus meniupkan semangat perjuangan demi memperkukuh parti keramat itu yang ditubuhkan sejak 1946.
Presiden UMNO berkata jika anggota UMNO leka dan gagal menerapkan perjuangan parti yang luhur demi bangsa dan agama, parti itu akhirnya boleh menjadi lemah.
"Yang menguatkan parti adalah roh perjuangan...kita perlu terus memperkukuh dan menguatkan parti.

"UMNO bukan lahir di tepi jalan, UMNO bukan lahir di lereng bukit tetapi lahirnya UMNO adalah di Istana Besar Johor pada 1946," katanya ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Muar di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Razali Ibrahim.

RAKYAT SABAH & SARAWAK TERUS SOKONG PM - RAHMAN DAHLAN





BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Rakyat Sabah dan Sarawak terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memimpin Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional (BN) walaupun terdapat gerakan yang didalangi tokoh UMNO dan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sekarang.


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pandangan rakyat diSabah dan Sarawak harus diambil kira disebabkan mereka merupakan antara penyumbang kepada pembentukan kerajaan sekarang.

“Persoalan untuk menggulingkan kerajaan tidak wujud dan teori (gerakan) ini harus dihentikan ke­rana rancangan ini akan melemahkan BN secara keseluruhannya.

“Saya berpendapat bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak menyokong penuh kepemimpinan Najib dan mereka tidak bercadang menukar Perdana Menteri,” kata­nya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, trend politik masa kini telah berubah dan parti tidak boleh mengharapkan sokongan dari negeri-negeri di Semenanjung sahaja.

“Sejarah pengundian lepas menunjukkan bahawa sokongan negeri di Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak mampu menentukan pemimpin negara.

“Mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) yakin dengan kepe­mimpinan Najib yang merupakan Perdana Menteri yang banyak membela nasib rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Rahman mengingatkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang agar mempertahankan agensi pemaju hartanah Kerajaan Pusat seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn. Bhd. sekiranya ada kelewatan untuk menyiapkan sesuatu projek perumahan.

“Pemaju hartanah Persekutuan juga mengalami nasib yang sama jika kerajaan negeri melewat-lewatkan kelulusan,” katanya.

YAKIN PARTI KEMBALI PULIH DARIPADAK KEMELUT POLITIK DALAMAN - NAJIB




KEPALA BATAS 16 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan melihat parti itu kembali pulih dan dapat mengharungi kemelut yang melanda ketika ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, UMNO pernah berdepan dengan kemelut dalaman yang lebih hebat dan dahsyat pada hujung 80-an sehingga menyaksikan Presiden UMNO ketika itu hanya menang dengan kelebihan 41 undi dalam pemilihan parti berkenaan.

Malah tambahnya, kemelut dalaman UMNO ketika itu juga menyebabkan parti itu terpaksa mewujudkan `UMNO baharu' dan kalah dengan majoriti besar ketika pilihan raya kecil di Johor Baharu.

Walau bagaimanapun kata beliau, UMNO hari ini lebih kuat meskipun turut berdepan kemelut kerana parti itu masih terus bertahan selain mendapat sokongan majoriti rakyat.


Sehubungan itu, ujar beliau, apa yang diharapkan ketika ini adalah rasa cinta dan kasih daripada seluruh ahli-ahli UMNO kepada parti berkenaan sekali gus bersama-sama berjuang memperbetulkan keadaan.
Menurut beliau, setiap ahli UMNO sama ada yang berjawatan selaku ketua, timbalan atau jawatankuasa bahagian perlu tahu bagaimana untuk membawa diri masing-masing.

“Dalam parti kena disiplin, tanggungjawab bersama, jaga kerahsiaan parti. Semuanya ada adab dan disiplinnya.

“Sebab itu bagi saya perbezaan dalam parti itu adalah rahmat jika diuruskan dengan adab dan disiplin parti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menegaskan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memperbetulkan segala fitnah dan salah tanggapan terhadap UMNO yang timbul dalam kalangan rakyat disebabkan kritikan tidak munasabah sesetengah pihak.

Dalam kritikan terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung perbelanjaan pilihan raya umum sebanyak RM10 juta sewaktu era beliau, Najib menjelaskan, apa yang disebut bekas Presiden UMNO itu adalah tidak munasabah.
“Sebab jika diikutkan deposit untuk calon pilihan raya umum bagi 193 kawasan Parlimen ketika era Dr. Mahathir sekali pun kira-kira RM41 juta.
“Peruntukan untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak RM50,000 manakala setiap Parlimen pula RM100,000. Itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti bahan-bahan kempen yang sudah semestinya melebihi RM10 juta,” katanya.
Menurut Najib, beliau bersedia dikritik mana-mana pihak namun kritikan itu perlu logik, munasabah serta rasional.
“Kalau tidak ada semua perkara itu maka rosaklah kita, dan kita juga telah mengelirukan orang ramai,” katanya.
-

AHLI UMNO JANGAN TERIKUT EMOSI DAN RENTAK PEMBANGKANG - HISHAMUDDIN




PARIT 17 Ogos – Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak mengikut emosi dan ‘menari’ mengikut rentak pembangkang ketika parti sedang berhadapan dengan cabaran getir sekarang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta ahli-ahli supaya bertenang, bermuhasabah diri dan memberi masa kepada pucuk pimpinan menyelesaikan isu-isu yang melanda parti.

Katanya, apa yang penting ialah ahli-ahli bersikap rasional dan membantu mengukuhkan parti supaya berada dalam keadaan siap sedia apabila tiba Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Jangan menari ikut rentak mereka (pembangkang) sebab mereka ada agenda yang mahukan UMNO gagal. Jangan kita ikut ‘kipaskan’ keadaan.

“Pemimpin parti tidak boleh emosi, ahli-ahli pula perlu bersifat rasional. Bermuhasabah diri, berhenti sekejap, tenang diri, setiap kali kita ada krisis dalaman, kita bersatu, kita makin kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit di Institut Latihan Kemas Seri Iskandar, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin meminta ahli-ahli supaya tidak risau berhadapan dengan pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Hishammuddin menggesa ahli-ahli memulakan gelombang kesedaran.
“Tiada masa bercakaran. Isu 1MDB berikan masa, biar siasatan selesai, dijangka hujung tahun, siapa salah baru bawa ke mahkamah.

“Saya percaya isu itu perlu dijelaskan. Saya yakin dapat selesaikan hujung tahun ini tetapi dengan syarat kita jangan ganggu siasatan,” jelas beliau

SEMUA AHLI PARTI BERTENANG & DISERU SOKONG PM , JANGAN TERPENGARUH DAKYAH PEMBANGKANG




Dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Andan Tengku Mansor hari ini menggesa anggota parti untuk bertenang dan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau berharap anggota Umno dapat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang menangguk di air keruh terhadap Presiden Umno.

"Usahlah kita terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang dilontarkan oleh mereka, malah sikap mereka yang gemar menangguk di air keruh juga perlu kita awasi," kata Ku Nan.

Ku Nan berkata, dalam masa ini pihak pembangkang sepastinya berusaha mengambil peluang cuba merobohkan perpaduan yang telah dibina oleh Umno selama ini.

Oleh itu, Ku Nan berharap anggotanya supaya terus berwaspada dan tidak cepat terpengaruh dengan provokasi yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Selain itu, Ku Nan berharap anggota Umno dapat terus berpegang teguh kepada matlamat perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur.

"Kita perlu sedar dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng kita selama ini," katanya

Penangguhan Pemilihan UMNO Tiada Kaitan Isu 1MDB- Tengku Adnan



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan penangguhan pemilihan UMNO adalah untuk memberi ruang bagi membersihkan isu hutang 1MDB.
Beliau berkata sebaliknya penangguhan itu bertujuan memperkasakan parti serta memberi fokus kepada agenda pembangunan negara yang lebih efektif.
“Keputusan itu adalah sebulat suara di peringkat akar umbi untuk lebih fokus kepada perkara yang mempunyai keutamaan kepada negara. Jika pemilihan diteruskan, mungkin akan timbul perkara yang tidak sewajarnya buat masa ini,”
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Shopping Raya 2015 bersama Anak-Anak Yatim dan Kurang Bernasib Baik’ di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan yang dijadual pada tahun depan selama 18 bulan mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata tempoh penangguhan itu akan dimanfaatkan dengan pelbagai program bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Seramai 880 anak yatim seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya diraikan pada program itu untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri, manakala program sama untuk anak yatim di Labuan akan diadakan pada 2 Julai.
Tahun ini, sebanyak RM130,000 telah disumbangkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan sebagai membantu mereka yang kurang bernasib baik itu untuk turut serta merasai keceriaan menyambut perayaan.
Program yang diadakan dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan serta pusat membeli-belah AEON itu turut menyampaikan sampul raya sebanyak RM50, serta RM200 untuk membeli barangan keperluan Aidilfitri.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penangguhan pemilihan UMNO bertepatan dengan hasrat mengukuhkan jentera parti demi menghadapi PRU14 akan datang.
“Saya yakin bahawa semua parti ada objektif yang sama untuk pastikan bahawa pada PRU akan datang kita semua perlu fokus dan bersatu padu beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Komuniti Chest di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke di sini, hari ini.
Liow berkata langkah yang dibuat oleh Presiden UMNO itu juga adalah bagi menumpukan usaha pada pembangunan masyarakat dan negara kerana perkara tersebut adalah lebih penting berbanding agenda lain.

TINDAKAN KERAJAAN DAP ROBOH STRUKTUR TULISAN UMNO BIADAP & KURANG AJAR - MT UMNO




PASIR SALAK: Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan struktur tulisan UMNO di Pejabat UMNO Pulau Pinang dianggap perbuatan yang biadap dan kurang ajar, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

"Kerajaan negeri pimpinan DAP melakukan perbuatan itu semata-mata untuk menunjukkan keangkuhan kepimpinan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang moreh kepada 59 buah masjid dan 159 surau bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Masjid Sungai Ranggam di sini hari ini.


 Tajuddin berkata, tindakan pembangkang itu jauh berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian. 

"Kita juga mempunyai kuasa tetapi tidak zalim, tidak pernah melakukan penganiayaan atau kerakusan," katanya.

MT SOKONG PRESIDEN & TIMBALAN PRESIDEN



 Majlis Tertinggi UMNO (MT) melahirkan sokongan padu terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini hari ini, Najib berkata, MT juga mahu Presiden dan Timbalan Presiden serta semua pemimpin UMNO bersatu dalam satu pasukan menangani segala cabaran dan mengambil tindakan positif untuk memperkukuhkan lagi kedudukan UMNO serta Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.

“Dengan keputusan ini, maka MT juga kata kalau ada isu berbangkit MT harap mereka diberi peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya,’’ katanya.

Yang turut hadir, Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Najib yang juga Perdana Menteri menghargai sumbangan idea bernas diberikan oleh Muhyiddin pada mesyuarat tersebut.

“Saya dah berjumpa hati ke hati dengan beliau pagi tadi dan saya beri pengakuan kita akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepemimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan dalam keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak akan pecah-belahkan kita terutama sekali saya dengan timbalan presiden.

“Jadi, kalau ada apa-apa berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini, maka, kecewalah mereka yang menyebarkan berita-berita palsu tersebut,” katanya.
Najib juga memberitahu, MT UMNO turut mengambil maklum tentang isu-isu berbangkit semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini.

PERJUANGAN SAYA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA - NAJIB




KUALA LUMPUR 11 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan yang bersandarkan kepada agenda mendahulukan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam pentadbiran beliau.

Menurut Perdana Menteri, perjuangan beliau adalah untuk rakyat yang mahu melihat negara ini maju dan adil.

Beliau yang juga Presiden UMNO menambah, agenda-agenda perjuangan yang lain termasuk menyediakan rumah mampu milik, meringankan beban ibu bapa dalam menampung keperluan sekolah anak-anak dan membantu individu yang mahu memulakan perniagaan.


“Perjuangan saya adalah untuk graduan yang ingin mendapatkan pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan rakyat terutama di luar bandar.

“Perjuangan saya adalah untuk mereka yang susah kerana kos sara hidup dan untuk membantu semua rakyat yang memerlukan pertolongan daripada kita,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-69 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.


Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Lain-lain ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Najib menjelaskan, semua agenda perjuangan itu merangkumi manifestasi yang mendorong beliau bergiat aktif dalam politik bersama UMNO.

“Inilah yang mendorong saya selama 40 tahun mengabdikan diri dalam politik, berjuang dari bawah sampai ke puncak semata-mata kerana saya ingin berkhidmat untuk rakyat dan negara tercinta,” ujarnya.

BN TEKAD TINGKATKAN AZAM UNTUK KEJAYAAN PRU14 - NAJIB




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata gabungan parti itu bertekad untuk mengukuhkan azam bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Terima kasih atas usaha semua di Permatang Pauh. @barisanasional akan tingkatkan lagi azam untuk berjaya di pilihan raya akan datang," katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook.

Keputusan PRK Permatang Pauh menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,841 undi apabila memperoleh 30,316 undi untuk mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.

Dua lagi calon iaitu Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Sementara itu di MILAN, Timbalan Pedana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima keputusan PRK itu dengan hati terbuka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera BN di atas kegigihan mereka dan para pengundi yang memilih calon BN.

Pada masa sama, beliau meminta parti-parti komponen BN supaya terus berusaha demi gabungan parti itu.

ZAHID ULANGI TUN M JUGA PERNAH TUNTUT KESETIAAN AHLI KEPADA KEPIMPINAN




 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai pendapatnya tentang sokongan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri itu sebagai sekadar pandangan dan analisis beliau sendiri, apabila beliau (Dr Mahathir) mendakwa Najib telah hilang sokongan.

"Itu analisis beliau (Dr Mahathir) sendiri. Saya tidak tahu bagaimana beliau merumuskan penemuan tersebut, namun saya hormati pandangannya... tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai penemuannya itu," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Alumni ESQ Kementerian Dalam Negeri (KDN), Isnin.

Kata beliau, Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri, turut meminta ahli parti supaya memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepadanya.

"Sewaktu beliau berkuasa, beliau juga menuntut kesetiaan tidak berbelah bagi. Oleh itu, kepimpinan sekarang pun menuntut perkara yang sama daripada ahli," kata Ahmad Zahid.


PM TAK PERLU JAWAB DESAKAN TUN MAHATHIR - KU NAN





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menjawab sebarang desakan yang dilontarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk dalam isu syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu telah diperjelaskan.

 Tengku Adnan Tengku Mansor Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kritikan yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap kepemimpinan Najib dan UMNO disifatkan satu pandangan peribadi tokoh ve­teran UMNO itu.

 “Saya tidak lihat sebarang masalah wujud antara Dr. Mahathir dengan Najib. Hanya individu tertentu yang sengaja mencetuskannya. Segala persoalan dan kritikan yang dilontarkan itu telah dijawab.

 “Saya tidak perlu komen me­ngenai sebarang peletakan jawatan kerana bagi saya Dr. Mahathir ialah seorang pemimpin yang perlu dihormati,” katanya selepas merasmikan Karnival Peluang Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Sebelum ini, Dr. Mahathir menerusi laman blognya, chedet.cc melontarkan kritikan keras terhadap Najib meramalkan kejatuhan kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO. Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, kekalahan UMNO seperti yang diperkatakan Dr. Mahathir hanyalah satu ramalan.

“Pilihan raya sebelum ini juga UMNO diramal kalah tetapi kita mampu menang kerana sokong­an rakyat. Tambahan pula, semua ahli UMNO tetap menyokong kepemimpinan yang ada,” kata­nya.
 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger