Headlines News :
Home » » ISU BETTY : GUAN ENG PERLU CERMIN DIRI SEBELUM TUDUH BN

ISU BETTY : GUAN ENG PERLU CERMIN DIRI SEBELUM TUDUH BN




PULAU PINANG : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chan Yeow menempelak Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana terus menyalahkan pihak lain terutama BN dan media arus perdana setiap kali terbabit dalam isu yang tidak menyebelahi beliau.
Katanya, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan.
Chang Yeow berkata, perkara yang membabitkan isteri Guan Eng, Betty Chew banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang, bukannya media arus perdana.
“Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?” katanya lapor Utusan Malaysia.
Isu pelantikan Betty sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC dipertikai beberapa pihak kerana status beliau sebagai isteri kepada Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.
Pelantikan isteri Guan Eng itu juga menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.
Kok Ping sebelum ini pernah didenda sebanyak RM30,000 oleh mahkamah selepas syarikatnya, General Accomplishment Sdn. Bhd. didapati bersalah kerana menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai Bukit Botak tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Betty dikatakan sudah menolak jawatan yang ditawarkan PCCC itu ekoran kontroversi yang tercetus.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger