Headlines News :
Home » , » 300 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat keluar parti di Nibong Tebal

300 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat keluar parti di Nibong Tebal



NIBONG TEBAL, 7 Jan – Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.

Wakil kumpulan itu Musa Ali, 52, berkata mereka yang terdiri daripada anggota Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

“Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

“Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi,” katanya selepas majlis Silaturrahim 1Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah bekas Ketua Ranting RKR Sungai Acheh Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan.

Sementara itu, anak Ahmad, Cik Fazilah, 46, yang juga anggota PKR berkata bapanya yang tidak dapat hadir pada majlis itu kerana masih dirawat di hospital kerana penyakit buah pinggang, mahu rakyat Pulau Pinang membuka mata dan melihat kepincangan pakatan pembangkang.

“Dia yang beria-ia mahu majlis ini diadakan di pekarangan rumah kerana kecewa dengan pembangkang yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Cik Fazilah berkata hanya BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh mentadbir negara dengan adil dan saksama.

Sementara itu, Zainal Abidin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata BN Pulau Pinang menyambut baik langkah kumpulan berkenaan menyertai parti itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang juga nampak semakin tenggelam punca kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman sehingga ramai penyokong di peringkat akar umbi mula bosan dengan kerenah pemimpin mereka.

“Tindakan mereka menyertai BN merupakan mesej jelas kepada pembangkang yang menunjukkan pakatan pembangkang gagal mentadbir dengan baik sehingga ramai anggotanya bertindak keluar parti,” katanya.

Beliau yakin lebih ramai anggota parti pembangkang di Pulau Pinang akan meninggalkan parti itu dan menyertai BN kerana mereka percaya hanya BN mampu mengubah hidup mereka.

“Ramai yang telah maklumkan kepada saya untuk menyertai BN dan kita akan menganjurkan majlis seperti ini pada masa akan datang dan saya percaya sokongan mereka akan mampu menguatkan lagi BN di Pulau Pinang,” katanya.
Share this post :

+ comments + 3 comments

January 12, 2012 at 5:25 AM

salam...

blog tuan sudah dilinkkan di blog saya. harap dapat linkkan blog saya juga di blog hebat ini...

http://putrajaya-online.blogspot.com

Anonymous
March 3, 2012 at 1:09 PM

300 ke ato 30 org jer????

Anonymous
March 20, 2012 at 11:06 AM

300 tp org cuma 30 yg lain tuh anjing berok kaldai katak & babi.....

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger