Headlines News :
Home » » Sidang DUN Pulau Pinang Kecoh

Sidang DUN Pulau Pinang Kecoh

GEORGE TOWN: Berlaku satu pertengkaran berhubung isu tanah di Taman Manggis ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat. 
Jagdeep Singh (DAP-Datuk Keramat) telah menimbulkan kemarahan Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) apabila menyatakan bahawa Jahara telah menjadi penghasut dalam 'flash mob' di Taman Manggis 25 Mac lalu. 

Jahara segera menafikannya dan meminta Jagdeep supaya menarik balik kenyataannya, namun Jagdeep enggan melakukannya. 

Jagdeep telah menjawab soalan lisan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri telah membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di tanah di Taman Manggis pada sesi soal-jawab. 

Suasana kecoh berlaku apabila Jahara enggan duduk walaupun setelah diminta oleh Speaker Datuk Law Choo Kiang. Apabila diminta untuk menjelaskan kenyataannya oleh Choo Kiang, 

Jagdeep berkata apa yang telah dikatakan Jahara di stesen TV pada 24 Mac telah menghasut orang ramai untuk merusuh. 

Choo Kiang kemudian mengarahkan kedua-dua wakil rakyat untuk duduk serta-merta dan menggesa ahli-ahli lain tidak beremosi. 

Isu itu timbul apabila Jagdeep menuduh Jahara berbohong kepada rakyat bahawa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis telah ditolak oleh mesyuarat exco pada 28 Mac 2007 yang turut dihadiri Jahara.

Jika diteliti kembali, yang ditolak Exco negeri kerajaan BN tahun 2007 ialah permintaan kerajaan pusat untuk mengambil alih tanah, bukannya projek tersebut.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger