Headlines News :
Home » » BAHAYANYA PROJEK KERAJAAN DAP PULAU PINANG!

BAHAYANYA PROJEK KERAJAAN DAP PULAU PINANG!

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melahirkan kebimbangan terhadap rancangan kerajaan negeri menebus guna tanah seluas 2,607 hektar berhampiran muara Sungai Pinang, di sini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata pembangunan di kawasan itu kelak akan menghapuskan habitat hidupan laut, selain menjejaskan pendapatan kira-kira 500 nelayan di kawasan sekitar.

"Kita akan kehilangan semua sekali jika kawasan ini dikambus. Kawasan rumpai laut, pembiakan ikan yang ada sekeliling ini maknanya akan habis. Harta yang sepatutnya kita simpan untuk generasi masa depan hilang begitu sahaja. Yang ini kita tidak mahu berlaku di Pulau Pinang. 

"Pulau Pinang dah tak jadi pulau dah, kita akan jadi semenanjung pula nanti bila bersambung dengan tanah besar. Kita tidak mahu menjadi kekesalan pada masa depan apabila kerajaan negeri meneruskan rancangan tebus guna tanah ini dan menghapuskan segala warisan yang ada," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. 

Terdahulu, Jahara bersama beberapa wakil rakyat dan barisan kepimpinan BN negeri serta para media meninjau kawasan itu dengan menaiki bot.

Pada persidangan DUN Mei lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan ia bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar serta Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar.

Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata
pembangunan di kawasan itu hanya akan memberi keuntungan kepada pihak pemaju dan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada penduduk sekitar.

Katanya semasa BN mentadbir Pulau Pinang, ada rancangan untuk membangunkan Bukit Bendera, namun rancangan itu dibatalkan selepas menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 "Kami sayang Pulau Pinang. Kami nak mengekalkan apa yang kita ada, kita nak baiki apa yang telah dibuat selama ini bukan sampai ke satu tahap sehingga kita akan kehilangan keindahan alam semula jadi," katanya.-- Bernama
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 15, 2015 at 11:38 AM

LGE TIDAK AKAN PEDULI SUARA MINORITI MELAYU DI PULAU PINANG. KUASA DAP TIDAK BOLEH DIGANGGU OLEH SESIAPA PUN. MIMPILAH MELAYU UNTUK MELIHAT GABUNGAN BN BERKUSA KERANA CHINA DAP DAN MCA TAKKAN BIARKAN IA BERLAKU. MEREKA TIDAK AKAN SANGGUP BERKONGSI KUASA DAN MENJADIKAN MELAYU KELANTAN SEBAGAI BENCHMARK UNTUK KEKAL BERKUASA. TEORINYA MUDAH KALAU MELAYU BERKUASA DI KELANTAN KENAPA CHINA TIDAK BOLEH BERKUASA DI PULAU PINANG...JADI MAMU DAN MAMI KT PENANG, HAMPA JANGAN DOK HARAPLAH BN DAH BALIK BERKUASA DI PENANG NO....NASI DAH JADI BUBUK.

Anonymous
October 15, 2015 at 3:45 PM

DAP KAN SAMA DENGAN PAP. DI SINGAPORE PAP SUKA TAMBUN MENAMBUN LAUT, DI PENANG DAP PUN NAK BUAT MACAM PAP SUKA TAMBUN MENAMBUN LAUT.

MANUSIA NI MEMANG RAKUS SUKA MELAKUKAN KEROSAKAN DIMUKABUMI

Anonymous
October 17, 2015 at 8:33 AM

LGE bukan orang P.Pinang.Dia peduli apa.Nelayan dpt ikan tak dpt ikan peduli apa.Org Melayu yg undi DAP memang layak pun diberi makanan haram.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger