Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berkata usaha berterusan kerajaan negeri dan Jabatan Veterinar mampu mengawal penularan virus itu.

"Syabas dan tahniah kepada Jabatan Veterinar kerana mendapat anugerah daripada ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya berharap pihak jabatan memanfaatkan anugerah ini dengan turun sama ke kawasan yang banyak pemeliharaan khinzir di mana baunya masih busuk, keterlaluan.

"Saya berharap mereka turun ke bawah dan terus menjalankan tanggungjawab dan melakukan pemeriksaan di kampung-kampung terutama di Kampung Selamat, Tasek Gelugor. Saya berharap pihak veterinar untuk tampil menguruskan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Julai lepas, Pulau Pinang digemparkan dengan kes JE apabila seorang bayi perempuan berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus itu selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) adalah positif.

Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli disahkan dijangkiti virus yang sama.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, di sini.-- BERNAMA