Headlines News :
Home » » PROVOKASI AGAMA : PASUKAN KHAS PANTAU NEGERI P.PINANG DITUBUHKAN POLIS

PROVOKASI AGAMA : PASUKAN KHAS PANTAU NEGERI P.PINANG DITUBUHKAN POLIS




GEORGETOWN 28 Jan. - Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas bagi memantau keadaan negeri ini agar bebas daripada insiden tidak diingini susulan tindakan membaling ’molotov cocktail’ di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar di sini semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, selain memberi fokus terhadap kawalan keselamatan di kawasan masjid dan gereja, pasukan khas 73 pegawai kanan dan 210 anggota itu juga akan bertanggungjawab menjaga keamanan serta keharmonian pelbagai kaum dan agama di negeri ini terus terpelihara.

"Syukur semalam tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku dan setakat ini sudah ada 16 laporan yang dibuat berhubung isu kain rentang yang digantung di gereja serta tindakan membaling molotov cocktail atau bom botol.

"Tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan berhubung kes membaling molotov cocktail. Setakat ini polis telah menjalankan 40 peratus siasatan dan telah mengambil sembilan keterangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kelulusan polis bantuan Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger