Setiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong mendakwa pada 2010, sebuah tapak bangunan terbiar yang terletak kira-kira 100 meter dari tapak projek perumahan rakyat (PPR) itu, dijual pada harga RM910 bagi satu kaki persegi.

Beliau mendakwa bangunan yang terletak bertentangan dengan Taman Manggis itu dibeli oleh pemilik asal banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, Phang Li Koon.

"Phang membeli bangunan itu daripada sebuah syarikat korporat sebelum Taman Manggis dijual pada 2011, tapi tanah tapak Taman Manggis dijual pada harga serendah RM232 satu kaki persegi.

"Kerajaan negeri perlu jelaskan kenapa tanah Taman Manggis dijual begitu rendah dan perbezaannya lebih kurang RM700 dalam tempoh setahun," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. - BERNAMA