Headlines News :
Home » » KERAJAAN DAP DIDESAK PERINCIKAN KEPERLUAN NAIK ELAUN EXCO 100 % - JAHARA

KERAJAAN DAP DIDESAK PERINCIKAN KEPERLUAN NAIK ELAUN EXCO 100 % - JAHARA




GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperincikan keperluan untuk menaikkan elaun EXCO kerajaan negeri sebanyak 100 peratus.  

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, kenaikan itu terlalu tinggi.  "Perkara ini (kenaikan elaun EXCO kerajaan negeri) perlu diperincikan dengan jelas supaya tiada perkara berbangkit yang akan berlaku.

 "Bagaimanapun, saya rasa cadangan kenaikan elaun ini tidak perlu diteruskan, sekiranya mereka (kerajaan negeri) gagal memberi penjelasan berhubung tujuan ia dilakukan," katanya.  Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan negeri 2016 di DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger