Headlines News :
Powered by Blogger.

Followers

BERITA BLOG

Showing posts with label UMNO Penang. Show all posts
Showing posts with label UMNO Penang. Show all posts

NURUL IZZAH JANGAN HIPOKRIT BERCAKAP SOAL BANJIR - ZAIDI

 



Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said membidas mantan Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Nurul Izzah Anwar yang dianggap hipokrit berkaitan soal banjir.

Menerusi video yang dikongsikannya, Zaidi berkata apakah yang dilakukan oleh Nurul Izzah untuk rakyat kawasan berkenaan ketika dilanja banjir dan sebagainya.

“Saya nak tanya Nurul Izzah, apa yang beliau buat di Permatang Pauh, jangan pertikai soal banjir yang belum pasti berlaku. Beliau perlu sedar bahawa Permatang Pauh, Permatang Rawa selalu banjir tapi apa yang dia buat. Dia perlu sedar bahawa di Tanah Liat, Taman Guru selalu banjir apa yang beliau buat,” katanya.

Datuk Zaidi melontarkan perkara berkenaan ketika majlis perasmian Mesyuarat UMNO dan Pelancaran Jentera parti Permatang Pauh semalam.

Mohd Zaidi seterusnya menegaskan Nurul Izzah tidak perlu hipokrit dan seolah-olah mereka sempurna segala-galanya sedangkan realiti yang sebenar adalah sebaliknya.

“Jangan hipokrit dengan rakyat Permatang Pauh… jangan hipokrit… mereka bercakap seolah-olah mereka itu cukup sempurna… hakikatnya mereka tidak pernah buat apa pun untuk rakyat Permatang Pauh. Apa perjuangan mereka,” tambahnya.

Tambahnya lagi BN Permatang Pauh akan turun ke setiap pelusuk kawasan pada Pilihan Raya umum (PRU) nanti.

“Ya… PRU15 ini adalah jawapannya.Saya akan turun ke setiap pelusuk Permatang Pauh,” katanya.– UMNO Online



UMNO/BN Dalam Apa Jua Keadaan, Sentiasa Khidmat Untuk Rakyat – Mohd Zaidi




 PERMATANG PAUH, 29 Julai – Biarpun pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Barisan Nasional (BN) tidak diberikan peluang untuk berkhidmat secara rasmi, namun berpegang kepada cogan kata parti yang sentiasa berkhidmat kepada rakyat, maka pelbagai usaha pembelaan kepada masyarakat tetap diteruskan.

Selari dengan itu, program bertemu masyarakat dan penduduk di sekitar Permatang Pauh tetap menjadi rutin bagi Ketua UMNO bahagian kawasan berkenaan, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira penat dan lelah

Kita sering adakan program bantuan rakyat serta pelbagai program ziarah yang lain dan memang tidak pernah putus. Boleh dikatakan saban minggu kita ada dan selain itu kita juga ambil berat soal-soal pendidikan.

“Dua aspek inilah yang menjadi keutamaan kita daripada dahulu. Program pendidikan dan juga bantuan ini adalah berterusan daripada UMNO/BN Permatang Pauh untuk masyarakat di sini yang sentiasa diberikan keutamaan. Dalam keadaan macam mana sekali pun baik ketika jadi pembangkang dan kerajaan bersama dengan parti-parti lain, kerja-kerja membantu tetap berjalan seperti biasa,” katanya.

UMNO-Online yang berkesempatan turun padang bersama beliau dalam beberapa program ziarah dan bertemu masyarakat dapat melihat dengan jelas kemesraan serta harapan penduduk yang inginkan perubahan di kawasan tersebut.




Mohd Zaidi seterusnya menambah inilah yang membezakan UMNO/BN dengan parti-parti lain yang sentiasa ke depan dan sentiasa mengutamakan soal kepentingan serta kebajikan masyarakat dalam apa jua keadaan.

Tambahnya UMNO daripada dulu sememangnya matlamat sentiasa mengutamakan rakyat serta ditubuhkan untuk membantu masyarakat dan bukannya ditubuhkan semata-mata untuk mengejar kuasa dan jawatan.

“Sebab itulah UMNO ini parti yang ada akar umbi yang ada di merata ceruk dalam negara. Matlamat kita menyertai UMNO adalah untuk membantu rakyat. Sebab itulah pimpinan UMNO ini sangat dekat dengan rakyat dalam keadaan apa sekalipun.

“Tidak ada parti dalam negara kita ini yang berkhidmat sebagiamana perkhidmatan yang diberikan oleh UMNO. Sebab itulah sudah menjadi tradisi bagi UMNO mendekati masyarakat setempat dalam apa juga keadaan. Ini berbeza dengan parti-parti politik yang hanya tumbuh atau pun wujud ketika menjelangnya pilihan raya.

“Apatah lagi ada juga pemimpin yang datang dariapada parti mana yang tiba-tiba timbul sewaktu pilihan raya dan UMNO bukan dalam keadaan sedemikian. UMNO adalah parti yang sememangnya berakar umbi berasaskan perjuangan untuk rakyat demi membangunkan negara dan ini adalah suatu kelebihan yang ada pada UMNO,” tambahnya.

Ditanya sejauh mana kesipasiagaan UMNO/BN Permatang Pauh, Mohd Zaidi menjelaskan sememangnya berdasarkan gerak kerja yang tidak pernah berubah, soal pilihan raya tetap menjadi keutamaan dan rakyat Permatang Pauh tahu siapa yang sebenarnya berkhidmat untuk mereka.

“Alhamdulillah rakyat di sini merasai kewujudan UMNO dalam apa jua keadaan. Jadi soal persiapan untuk berdepan PRU bila-bila masa sahaja dan jentera setempat insya-Allah tidak mempunyai masalah untuk menghadapinya. Apabila signal berbunyi kelak, maknanya kita akan bergerak untuk melaksanakan strategi kita nanti,” ujarnya.- UMNO Online

ZIARAH KASIH UMNO PMTG PAUH MENYANTUNI RAKYAT




  Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bertanya khabar pada program ziarah kasih yang menjadi rutin mingguan di Kampung Permatang Pauh hari ini. 

KERAJAAN BN BAKAL BUKA UTC DI PULAU PINANG - REEZAL




KEPALA BATAS - Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menyediakan pelbagai khidmat utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar bakal dibuka di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Kementerian Kewangan sudah meluluskan penubuhan UTC di negeri ini namun tempat untuk membuka pusat itu belum diputuskan.

"Tempat (lokasi) untuk membuka UTC ini akan diputuskan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang yang dipengerusikan Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

"Umumnya tempat sudah ada dan ia akan diumumkan oleh Datuk Zainal dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mobile Community Transformation Centre (CTC) peringkat negeri Pulau Pinang, di Bertam dekat sini hari ini.

Beliau berkata penubuhan UTC yang pertama di negeri ini dapat memberi manfaat kepada rakyat di utara khususnya melakukan pelbagai urusan dalam tempoh yang singkat kerana UTC beroperasi selama tujuh hari sehingga 10 malam.

Katanya, sehingga hari ini sebanyak 17 UTC telah dibuka di seluruh negara dan ia telah dikunjungi oleh 41 juta pengunjung sekaligus menunjukkan penerimaan terbaik oleh rakyat.

UTC merupakan satu usaha dan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyediakan pelbagai khidmat utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. - Bernama

Lim Kit Siang 'Ketaq Lutut' & Tidak Berani !

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Mohd Farid Saad percaya Penasihat Dap, Lim Kit Siang hanya sekadar berani berdolak dalih dalam isu cabaran menyaman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Ketepikan Perbezaan Politik

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, semua pihak khususnya UMNO harus mengenepikan perbezaan politik demi pembangunan insan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Cuba Putar Belit Kos Billion Ringgit

NIBONG TEBAL, 15 Dis – Sekali lagi kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat cuba putar-belit berkaitan kos projek yang dijalankan. Jika sebelum ini kos projek terowong dasar laut, kini kos unjuran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pula dipertikaikan apabila kos yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM27 bilion, tiba-tiba meningkat kepada RM46 bilion.

ZUNAR & PEMUDA UMNO NEGERI DIFITNAH

BUKIT BENDERA, 26 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membidas kenyataan Ketua Penerangan AMK Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda UMNO negeri itu mengganggu pameran karya seni kartunis Zunar di Komtar semalam sehingga menyebabkan beberapa peralatan lukisan rosak.

LUKISAN ZUNAR : KERAJAAN DAP PATUT CERMIN DIRI DULU - ABD RAZAK




Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pula membidas kepimpinan kerajaan negeri kerana memberi contoh yang tidak baik kepada rakyat.
“Jika beginilah cara kepimpinan Dap sekiranya mereka berjaya memegang tampuk kepimpinan negara, bagaimana mereka mahu memastikan negara ini aman damai kerana mereka sendiri tidak reti untuk menghormati bangsa lain serta pemimpin negara.
“Kita walaupun berpolitik tidak sesekali menghina pemimpin mereka dengan keji walaupun pemimpin mereka Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpalit dengan isu rasuah.
“Mereka sepatutnya cermin diri dan belek kain sendiri yang koyak rabak sebelum mahu menyelak kain orang lain.
“Saya cabar mereka untuk bersihkan dulu kepimpinan negeri Pulau Pinang yang sombong dan bongkak sebelum mahu menuding jari kepada orang lain,” bidasnya. – MediaUMNO

DI ANTARA FOKUS UMNO PULAU PINANG SEMASA PAU 2016

NIBONG TEBAL: UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO minggu depan sebagai landasan membawa pelbagai isu berbangkit terutama membabitkan kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di negeri ini.

ALASAN GUAN ENG TAMBAH BAJET PEJABAT KETUA MENTERI MENGELIRUKAN - JAHARA





GEORGE TOWN, 17 Nov – Mengelirukan dan penuh persoalan! Itulah yang disimpulkan oleh Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid terhadap alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng berkaitan isu peningkatan lima kali ganda peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berbanding hanya RM161.59 pada 2016.

 Jelasnya, alasan yang diberikan oleh Guan Eng kononnya peningkatan mendadak tersebut adalah kerana RM609 juta akan dipinjamkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan RM30 juta pula akan dipinjamkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hanyalah satu alasan mengelirukan dan seakan ada sesuatu yang disembunyikan.

“Soalnya sekarang mengapa ia dimasukkan di bawah peruntukan pejabat ketua menteri kerana sebelum ini ia di bawah peruntukan pembangunan. “Satu lagi yang dipertikaikan, jika pinjam mesti kena bayar balik dan bagaimana cara untuk membayar itu… nanti pada penghujungnya jika ada lebihan wang dan Guan Eng akan cakap lebihan ini adalah kerana kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri tapi sebenarnya dia hanya putar belitkan angka,” ujarnya.

Tambah Jahara, Guan Eng seakan mahu memperbodohkan rakyat dengan bermain angka dan ini sememangnya sudah menjadi cara Dap yang sering mengelirukan rakyat dengan ‘permainan angka’ seperti salah kira undi pemilihan CEC.

Seperkara lagi ulasnya, mampukah Guan Eng bersikap jujur dalam pengendalian bajet tersebut kerana ketelusannya sendiri sedang dipertikaikan apabila sedang berhadapan dengan dua kes rasuah di mahkamah.

BAJET LIM GUAN ENG DAP TAK MASUK AKAL

PULAU PINANG, 16 Nov – Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh kerajaan Pulau Pinang tidak munasabah apabila terdapatnya peningkatan secara mendadak bagi peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berbanding hanya RM161.59 pada 2016.

EZAM TIADA PRINSIP PERJUANGAN POLITIK - REEZAL


KEPALA BATAS 15 Okt. – Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Noor dianggap tidak memi­liki prinsip perjuangan apabila meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama pemim­pin yang pernah dikritik­nya suatu masa dahulu.
Malah, rakyat pastinya tidak dapat menerima tindakan bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan itu yang menyertai parti yang diasaskan oleh mereka yang terlibat dengan unsur kronisme dan nepotisme.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Moha­mad Ezam itu namun tertanya-tanya mana prinsip perjuangannya dalam politik.
“Mohamad Ezam masuk UMNO selepas krisis dalam PKR pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau lantang mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bekas Perdana Menteri itu keluar daripada UMNO.
“Tapi kini beliau boleh tinggalkan UMNO kononnya parti tersebut dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan, habuan dan kebendaan untuk kepentingan peribadi,” katanya kepada pemberita selepas Program Merakyat­kan Perkeso sempena Karnival Hari Wanita Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Menurut Reezal Merican, rak­yat tidak pelik sekiranya Moha­mad­ Ezam keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti baharu namun sukar menerima apabila be­liau sanggup bersekongkol de­ngan Dr. Mahathir.
Jelasnya, sebelum ini ramai bekas pemimpin PKR yang menyertai UMNO dan mereka terus istiqamah dalam perjuangan biarpun tidak diberi jawatan.
“Kita lihat Lokman Noor Adam dan Ruslan Kassim tetap bersama UMNO selepas meninggalkan PKR biarpun mereka tiada jawatan besar berbanding Mohamad Ezam yang ada segala-galanya.
“Saya cuma boleh ucapkan semoga semuanya ‘baik’ buat Mohamad Ezam kerana beliau tinggalkan prinsip hanya kerana politik,” ujarnya.

UMNO P.PINANG TIDAK SOKONG PFP DAN CADANGAN KASINO




PULAU PINANG 12 Okt. – UMNO negeri menegaskan tidak menyokong penubuhan parti baharu yang diasaskan di negeri ini, Penang Front Party (PFP) sekalipun parti itu mendakwa mesra Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, hasrat PFP mahu bertanding di kesemua kawasan dewan undangan negeri (DUN) negeri ini termasuk menentang calon BN sendiri jelas bertentangan dengan konsep sebuah parti yang mesra BN. Malah, beliau turut mendakwa penubuhan PFP dan pelantikan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak pernah dirujuk kepada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO negeri.

 “Zahidi sama se­ka­li tidak mewakili UMNO, malah tiada persetujuan diberikan UMNO untuk beliau dilantik sebagai Penasihat PFP. “Ekoran itu, kita kesal dan ke­cewa dengan tindakan Zahidi yang seolah-olah membenarkan diri beliau dipergunakan oleh PFP yang mampu menggugat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti komponen BN yang sekian lama terjalin di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 Beliau mengulas mengenai penubuhan PFP yang diumumkan minggu lalu yang mendakwa mahu menjadi parti alternatif kepada penduduk negeri ini seterusnya menentang kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

 Dalam pada itu, Zainal Abidin turut menyifatkan persetujuan Zahidi menjadi Penasihat kepada PFP yang bercadang mewujudkan sebuah kasino di negeri ini adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika bagi seorang Ahli Parlimen UMNO.

 Menurut beliau, Zahidi sepatutnya lebih peka dengan kea­daan dan sensitiviti umat Islam khususnya dan rakyat penduduk negeri ini amnya berhubung cadangan tersebut.

 “UMNO negeri tetap dan tegas dengan pendirian menolak sekeras-kerasnya cadangan untuk mewujudkan kasino di negeri ini dan cadangan PFP itu tidak ada kena-mengena dengan UMNO,” katanya.

UMNO P.PINANG MAHU GERAKAN & MCA MENANG SEMULA KERUSI DI PRU14 @dzainalabidin





NIBONG TEBAL 14 Sept. - UMNO Pulau Pinang menza­hirkan harapannya agar ra­kan komponen mereka daripada Gerakan dan MCA akan turut memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, perkara (kemenangan) itu perlu dilakukan oleh MCA dan Gerakan berikutan kedua-dua parti berkenaan tidak menang kerusi yang dipertandingkan pada dua pilihan raya yang lalu iaitu pada PRU-12 dan PRU-13.

“Pada saya langkah MCA dan Gerakan mengenal pasti calon me­reka di peringkat awal adalah sa­ngat baik terutama dalam konteks Pulau Pinang ini kerana sudah dua kali pilihan raya umum, Gerakan dan MCA tak dapat satu kerusi pun.

“Oleh itu elok mereka kenal pasti calon awal supaya calon ini dapat bergerak di kawasan-kawa­san yang mereka akan bertanding dan supaya masyarakat mengenali mereka sekaligus dapat dipi­lih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana UMNO Pulau Pinang anjuran Biro Kebajikan UMNO di Masjid Assalam Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Gerakan yang telah mengenal pasti 90 pe­ratus bakal calon pada PRU ke-14 serta langkah proaktif MCA yang sedang mengenal pasti calon pada pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut Zainal Abidin berkata UMNO negeri yang juga rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN) amat berharap akan ada kemenangan kerusi dalam kalangan Gerakan, MCA dan MIC pada pilihan raya nanti.

“Pada saya soal namakan calon ini perkara yang paling mudah untuk MCA dan Gerakan dan pa­ling sukar adalah untuk menang. Sesiapa saja jadi boleh calon tapi yang pentingnya adalah hendak menang,” katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang juga sudah bersiap siaga memulakan gerak kerja serta mengenal pasti calon-calon mereka pada pilihan raya nanti.

Bagaimanapun Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang telah mengubah modul pencarian calon yang bakal mewakili parti itu menerusi pemilihan berdasarkan suara akar umbi.

“Jika dahulunya ketua bahagian yang akan memberikan senarai nama calon kepada pusat pimpinan untuk dipilih sebagai calon, kali ini metadologi berbeza digunakan di mana kita akan bertanya rakyat sendiri siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin di kawasan mereka.

“Sebagai contoh di Sungai Bakap ini kita akan tanya mas­ya­rakat di sini siapa yang mereka ma­hukan untuk menjadi pe­mimpin dan kita akan senaraikan dua tiga calon yang kita peroleh daripada rakyat setempat dan nama-nama tersebut kita bawa kepada kepimpinan pusat untuk dipilih,” katanya.

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang sedang menjalankan proses sedemikian (mengenal pasti calon) sejak beberapa bulan lepas melalui kaedah baharu itu bagi mencari calon terbaik yang dapat menyumbang kepada kemenangan UMNO seterusnya BN.

Terdahulu pada majlis itu sebanyak enam ekor lembu dikorbankan.
Daging korban itu turut diagihkan kepada penduduk yang memerlukan serta kepada 13 buah sekolah tahfiz di Pulau Pinang. – BERNAMA

UMNO TIDAK GENTAR HADAPI PPBM DI PRU 14 - REEZAL




UMNO sudah melalui pelbagai episod hebat penentangan parti politik lain terhadap pemimpin dan parti, maka ia tidak gentar menghadapi ancaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) termasuk pada pilihan raya akan datang, kata seorang pemimpin UMNO negeri. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tidak dinafikan parti itu akan membawa ancaman baharu, namun ini bukan kali pertama UMNO berdepan dengannya.

"Kami sudah melalui pelbagai episod pengalaman yang lebih hebat daripada itu dan terbukti UMNO mampu mengatasinya," kata Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas di Lahar Kepar di sini hari ini. 

"Dulu yang menentang bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamed siapa, selepas UMNO diharamkan, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, dan satu pertiga Kabinet beliau (Dr Mahathir).

"Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj), Perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn (juga pernah ditentang), tetapi kami dapat menghadapinya bukan sebab Tun Dr Mahathir, tetapi sebab UMNO. Itu pun UMNO masih mengekalkan kepimpinan pada masa itu," katanya. 

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, biarpun kini cabaran terhadap parti itu datang daripada orang yang pernah menjadi 'nombor satu' dalam UMNO, ia tidak bererti UMNO tidak boleh menempuhi halangan dan cabaran. Dalam pada itu Reezal Merican berkata, sebanyak 55 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis itu. - BERNAMA

KOMPONEN BN PERLU BERSATU CONTOHI SEMANGAT JENTERA UMNO NEGERI MENAWAN P.PINANG





BALIK PULAU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang perlu mencontohi semangat kerja dan kekuatan jentera UMNO negeri bagi memastikan langkah menawan semula negeri itu dapat direalisasikan.

 Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera parti komponen BN negeri belum mencapai tahap dan prestasi seperti dipamerkan jentera UMNO negeri ini. 

Sehubungan itu, katanya jentera parti komponen BN termasuk GERAKAN, MCA dan MIC perlu berlapang dada menerima bantuan daripada UMNO, selain mengetepikan rasa malu, kecil hati dan sombong.

 "BN Pulau Pinang belum bangkit walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13 kerana jentera BN cuma mengharapkan UMNO.

"Justeru, rakan BN (negeri) perlu buka pintu, tidak sombong atau angkuh menerima bantuan daripada UMNO bagi memastikan hasrat merampas semula Pulau Pinang dapat direalisasikan," katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak menjadi 'pemimpin bermusim' yang hanya turun padang apabila mempunyai kepentingan tertentu. 

"Jangan turun bila ada pemilihan peringkat cawangan. Jangan hanya turun bila ada pilihan raya atau bila kita perlukan depa (rakyat). 

"Kena turun masa mereka perlukan kita dan jangan hanya bantu saudara-mara dan kaki kipas. Bantulah semua rakyat yang menyokong kita," katanya

KAKI BODEK & PAYUNG TERJUN TIADA TEMPAT LAGI , UMNO ADA KAEDAH BARU PILIH CALON @KhairyKJ @dzainalabidin





NIBONG TEBAL – UMNO tidak lagi boleh bergantung kepada ‘kaki bodek’ atau calon ‘payung terjun’ untuk mewaki­li parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Malah, parti itu kini memiliki satu kriteria baharu untuk memilih calon yang akan melalui proses tapisan yang lebih ketat serta melepasi kaji selidik yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sistem itu ternyata berjaya dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Sela­ngor dan Kuala Kangsar, Perak sebelum ini.
Katanya, senarai nama calon yang dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO akan diteliti me­lalui satu kajian penerimaan rakyat bagi mencari mereka yang popular di sesuatu kawasan itu.

“Sekarang tiada lagi tempat untuk ‘kaki bodek’ dan calon ‘payung terjun’ untuk menjadi wakil UMNO dalam pilihan raya yang hanya mencari pengaruh untuk diri sendiri.

“Kita buat pembaharuan de­ngan mencari mereka yang popular serta diterima oleh rakyat di sesuatu kawasan itu yang akan bertanding membawa nama UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Nibong Tebal di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim.

Tambahnya, rakyat memiliki ‘suara’ untuk menentukan calon kerana apabila ditanya mereka mahukan seseorang yang dikenali oleh rakyat.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai cabaran yang bakal dihadapi dalam PRU akan datang, Khairy berkata, pilihan raya itu mungkin yang paling sengit dan sukar namun UMNO sentiasa bersedia menghadapinya.
“Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia serta ancaman keselamatan yang tidak boleh dipandang ringan,” ujarnya

DAP IBARAT MAT JENIN!

YB Sr Muhammad Farid Bin Saad Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Pulau Betong 

Dap Diingatkan Jangan Kerana Politik Sempit Mereka Mahu Langgar Semua Batasan




KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menyeru kepada semua kepimpinan UMNO agar terus bersatu dan mempertahankan kemakmuran dan keamanan negara daripada mereka yang tidak bertanggungjawab memperkotak-katikkan rakyat terutama orang Melayu.
Jelasnya, telah sampai masanya untuk semua ahli dan pemimpin UMNO memikirkan kembali perjuangan parti ini dan jangan terus berlembut hati sehinggakan pembangkang semakin berani bercakap apa sahaja tanpa mengira sensitiviti kaum lain
“Kita dapat lihat dengan jelas sekarang ini bahawa pembangkang semakin berani bercakap apa sahaja tanpa ada batasan… tanpa mengira akibat dek perbuatan mereka.
“Kita tidak lagi boleh berdiam dan mengambil sikap berlembut hati membiarkan mereka naik dan pijak kepala,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian apabila pembangkang khususnya Dap sekali lagi mencetuskan kontroversi murahan dengan membuat tohmahan menghina pemberian duit sempena Aidilfitri sebagai ‘dedak’.
“Sebagai pemimpin parti politik apa yang dikatakan oleh Nga Kor Meng itu memang tidak salah dari segi etika berparti tetapi dari sego moral dia memang biadap dan kurang ajar.
“Apa yang disuarakan itu boleh mencetuskan kemarahan antara kaum. Kita di Malaysia ini terdiri daripada berbilang kaum jadi tutur bahasa haruslah menghormati antara satu sama lain. Janganlah kerana politik kita langgar semua perkara.
“Jadi kita harus perkukuhkan saf, pertahankan maruah bangsa dari mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Walaupun kita masih dalam mood hari raya tetapi perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Sebab itu lah saya sangat bersetuju dan menyokong tindakan segelintir pemuda UMNO dan NGO yang ‘menyerang’ ibu pejabat Parti Dap baru-baru ini,” tegasnya.
Tambah Zaidi, rakyat harus sedar bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah semakin hampir maka pembangkang akan semakin agresif mengatur strategi demi melihat rakyat terutama orang Melayu berpecah-belah.
“Mereka ingin melihat kita berpecah-belah maka UMNO akan lemah dan inilah impian mereka selama ini. Jadi kita harus memastikan agenda jahat ini tidak tercapai,” katanya lagi. – MediaUMNO
 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger