BUKIT BENDERA, 26 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membidas kenyataan Ketua Penerangan AMK Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda UMNO negeri itu mengganggu pameran karya seni kartunis Zunar di Komtar semalam sehingga menyebabkan beberapa peralatan lukisan rosak.
Jelas ketuanya Rafizal Abd Rahim, tuduhan tersebut adalah satu fitnah dan tidak benar sama sekali kerana semua hasil lukisan kartunis pro-pembangkang itu diturunkan sendiri oleh kakitangannya.
“Tuduhan ini jelas menunjukkan sikap pembangkang yang suka memutar belitkan cerita bagi menampakkan buruk orang lain.
“Selaku sayap parti, kami akan terus menjadi benteng dan mempertahankan maruah pemimpin kami dari terus diinjak-injak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab apatah lagi hasil lukisan Zunar adalah berbentuk fitnah dan mengaibkan pemimpin pertama negara ini.
“Kami sama sekali tidak akan bertindak sekiranya Zunar tidak mempamerkan bahan pameran yang berbentuk fitnah. Sekiranya benar dia mahu memperjuangkan kebenaran, mengapa tidak pamerkan lukisan berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.
“Seharusnya sebagai seorang pelukis tersohor dan dikenali, Zunar menggunakan bakatnya itu dengan betul dan bukannya bagi menabur fitnah dan mengaibkan negaranya sendiri,” ujarnya menerusi satu kenyataan media yang diedarkan.
Tambah Rafizal, apa yang lebih dikesalkan adalah sikap kerajaan negeri pimpinan Dap yang memberikan permit kepada Zunar untuk mengadakan pameran tersebut yang mempunyai unsur hasutan hinggakan mengundang rasa tidak senang kepada rakyat negeri terbabit khususnya ahli UMNO.
“Ini adalah satu sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang seakan sengaja mahu mengundang kacau bilau dan keharmonian negara ini dan kerana itu jugalah kami bertindak membuat laporan polis.
“Selain itu, Pemuda UMNO Pulau Pinang juga menolak tuduhan yang dibuat oleh Exco Agama dan juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim kononnya Pemuda UMNO sengaja membuat kacau di pameran tersebut.
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa yang hadir semalam bukan sahaja Pemuda UMNO tetapi turut disertai oleh rakyat negeri ini yang bencikan kepimpinan negeri yang di pimpin oleh Dap,” bidasnya.
Justeru ulasnya, Abdul Malik telah mencermin kepimpinan Dap yang jauh lebih menjijikkan sebelum mengatakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mempamerkan sikap jelik kerana mengganggu pameran Zunar.
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
-
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat Sebaik sahaja
lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh dinyah
kalsifikasi untuk...
8 hours ago
Post a Comment