YB Sr Muhammad Farid Bin Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong
Rabu 3 Ogos 2016
Respons kepada Kenyataan Media YB Wong Hon Wai, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
" Kita mengulas isu Pilihanraya Negeri di Pulau Pinang kerana ia dicadangkan oleh Ketua Menteri. Ketua Menteri sebelum ini berkata dia mahu mengadakan Pilihanraya Negeri untuk menyelamatkan Pulau Pinang dan Malaysia.
Bila cadangan itu digugurkan, apakah ia bermakna DAP dan Lim Guan Eng juga menggugurkan niat untuk selamatkan Pulau Pinang kerana Lim Guan Eng masih terselamat sebagai Ketua Menteri? "
" Tiba-tiba Setiausaha Politik Ketua Menteri YB Wong pula membuat kenyataan akhbar mengatakan yang ADUN BN hanya berangan-angan Mat Jenin semata-mata.
"
Siapa sebenarnya yang menjadi Mat Jenin? Dia yang sebenarnya berangan-angan seperti Mat Jenin.
" Ada orang yang berangan-angan seperti 'Mat Jenin' bila cadangan dia untuk mengadakan snap polls tinggal jadi angan-angan setelah ditolak oleh PKR.
' Manakala YB Wong Hon Wai boleh bangga jadi Setiausaha Politik 'Mat Jenin'.
"
Sudahlah, jangan dok menunding jari kepada orang lain. Rakyat Pulau Pinang sudah muak dan meloya.
Terima kasih.
APMM siasat operator bot karam di Pulau Perhentian
-
APMM siasat operator bot karam di Pulau Perhentian KUALA BERANG: Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan siasatan terperinci
membabi...
20 hours ago
Post a Comment