Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Mohd Farid Saad percaya Penasihat Dap, Lim Kit Siang hanya sekadar berani berdolak dalih dalam isu cabaran menyaman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Ini kerana tegas beliau Tunku Abdul Aziz adalah seorang individu yang bersandarkan fakta dan ketelusan apatah lagi apabila Tunku Aziz mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi Dap, beliau telah keluar dengan banyak maklumat ‘di dalam poket’ berkaitan parti itu.
“Kit Siang sebenarnya sedar bahawa Tunku Aziz adalah seorang yang berkredibliti dan apa yang diperkatakannya adalah fakta. Dia bukan sekadar cakap kosong.
“Kerana itulah dulu Dap ingat boleh mempergunakan Tunku Aziz tapi sayangnya apabila Tunku Aziz tahu Dap penuh rasuah dan salahlaku, maka dia meninggalkan parti itu.
“Kini, apabila Tunku Aziz mendedahkan berkaitan wujudnya pakatan rahsia antara Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri, Kit Siang mula ‘ketaq lutut’ dan tidak akan berani menyahut cabaran untuk mengambil tindakan saman terhadap Tunku Aziz,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Farid, rakyat juga sebenarnya mahu mengetahui kebenaran berkaitan dakwaan tersebut tetapi ketidakberanian Kit Siang seakan mengiyakan apa yang telah didakwa oleh Tunku Aziz.
“Saya sendiri sangat ingin tahu kebenaran dakwaan Tunku Aziz tetapi setakat hari ini, kesimpulan yang saya boleh buat adalah Tunku Aziz bercakap benar kerana Kit Siang tidak berani menyaman Tunku Aziz.
“Tindakannya menyaman media hanya sia-sia kerana media tidak tahu cerita sebenar… media hanya melaporkan apa yang diperkatakan oleh Tunku Aziz. Saman media hanyalah satu propaganda politik Dap bagi mengalih isu,” katanya lagi.
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
11 hours ago
Post a Comment