Headlines News :
Home » » RM10 JUTA BELANJA PILIHANRAYA DR M TAK MUNASABAH - NAJIB

RM10 JUTA BELANJA PILIHANRAYA DR M TAK MUNASABAH - NAJIB




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad bahawa sewaktu pemerintahannya, hanya RM10 juta diperlukan untuk setiap kempen pilihan raya umum.

Najib berkata beliau selalu mempertahankan Dr Mahathir tetapi kenyataan bekas perdana menteri itu perlu "munasabah".

Menurut Najib lagi perbelanjaan untuk deposit bagi semua kawasan sahaja berjumlah sehingga RM41juta.

"Itu dah lebih 10 juta," kata Najib pada Mesyuarat Agung Umno bahagian Kepala Batas hari ini, yang dihadiri kira-kira 3,000 ahli.

"(Itu) tak termasuk berapa banyak baju T dan mesyuarat lagi.

"Nak kritik pun kena ada asas dan mesti masuk akal. Ia tidak logik dan rasional. Oleh itu, saya akan betulkan keadaan," katanya lagi.

Perdana menteri berkata beliau menerima sebarang kritikan terhadap beliau tetapi ia mempunyai saluran untuk melakukannya jika tidak rakyat akan keliru.

Najib turut meluahkan rasa gembira terhadap rakyat di Kepala Batas yang tidak menerima kenyataan seumpama itu.

<iframe width="420" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/-9JtJhBFqWY" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 17, 2015 at 7:12 AM

Faham2 sajalah Tun M mahu masyarakat berfikiran saintifik. Sekarang dia pula kerap cerita2 tahyul. Belanja praya 10 juta macam buat cerita tahyul la tu.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger