Headlines News :
Home » » KOMPONEN BN PERLU BERSATU CONTOHI SEMANGAT JENTERA UMNO NEGERI MENAWAN P.PINANG

KOMPONEN BN PERLU BERSATU CONTOHI SEMANGAT JENTERA UMNO NEGERI MENAWAN P.PINANG





BALIK PULAU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang perlu mencontohi semangat kerja dan kekuatan jentera UMNO negeri bagi memastikan langkah menawan semula negeri itu dapat direalisasikan.

 Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera parti komponen BN negeri belum mencapai tahap dan prestasi seperti dipamerkan jentera UMNO negeri ini. 

Sehubungan itu, katanya jentera parti komponen BN termasuk GERAKAN, MCA dan MIC perlu berlapang dada menerima bantuan daripada UMNO, selain mengetepikan rasa malu, kecil hati dan sombong.

 "BN Pulau Pinang belum bangkit walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13 kerana jentera BN cuma mengharapkan UMNO.

"Justeru, rakan BN (negeri) perlu buka pintu, tidak sombong atau angkuh menerima bantuan daripada UMNO bagi memastikan hasrat merampas semula Pulau Pinang dapat direalisasikan," katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak menjadi 'pemimpin bermusim' yang hanya turun padang apabila mempunyai kepentingan tertentu. 

"Jangan turun bila ada pemilihan peringkat cawangan. Jangan hanya turun bila ada pilihan raya atau bila kita perlukan depa (rakyat). 

"Kena turun masa mereka perlukan kita dan jangan hanya bantu saudara-mara dan kaki kipas. Bantulah semua rakyat yang menyokong kita," katanya
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger