NIBONG TEBAL: UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO minggu depan sebagai landasan membawa pelbagai isu berbangkit terutama membabitkan kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di negeri ini.
Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Noor Ahmad, berkata UMNO Pulau Pinang akan diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO; Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (usul agama) dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Shaik Hussein Mydin (usul ekonomi).
Beliau berkata, selain itu persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), juga antara fokus yang tidak boleh diketepikan UMNO Pulau Pinang terutama dalam keadaan situasi politik getir ketika ini.
"UMNO Pulau Pinang akan menggunakan landasan Perhimpunan Agung UMNO kali ini untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan rakyat, khususnya hal perumahan yang tidak berkesudahan di Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas Merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak 'Safe and Protect' peringkat Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, walaupun wujud agensi Kerajaan Pusat seperti JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang membangunkan projek perumahan di negeri ini, namun ia tidak mencukupi kerana berhadapan kekangan dasar kerajaan negeri.
"Perhimpunan kali ini wajar dimanfaatkan sebaiknya dan bukan sekadar tempat perjumpaan, kerana kita bakal berhadapan PRU-14 yang akan menentukan hala tuju negara dan UMNO sendiri," katanya. Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 November ini sehingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir - BH
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
-
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat Sebaik sahaja
lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh dinyah
kalsifikasi untuk...
9 hours ago
Post a Comment