Headlines News :
Home » » Satu lagi Kampung Melayu bakal lenyap di P.Pinang.

Satu lagi Kampung Melayu bakal lenyap di P.Pinang.


GOERGETOWN: Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

Kampung Binjai di daerah Bayan Lepas yang diduduki sekian lama akan mengiukut jejak Kampung Buah Pala dan Kampung Genting.

Sebuah syarikat swasta dikatakan sedang memujuk penduduk Kampung Binjai bagi mengosongkan tenah mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Syarikat berkenaan memujuk dengan pelbagai cara seperti pampasan berbentuk wang ringgit, kata seorang penduduk Omar Salleh.

“Kami berada dalam kegelisahan dan tidak tahu ke mana hendak pergi jika rumah-rumah ini dirobohkan.
“Pampasan yang ditawarkan pemaju kepada kami cuma antara RM10,000 dan RM20,000 bergantung keluasan sesebuah rumah.

“Memang benar, tanah ini bukan milik kami tetapi fikirlah nasib kami jika rumah ini dirobohkan,” katanya seperti dilaporkan oleh Suara Perkasa keluaran terbaru.

Omar juga mendakwa, pemaju tidak menawarkan rumah baru menggantikan rumah awal penduduk.
Beliau berharap, NGO Melayu datang membantu penduduk kampung tersebut.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang menuduh kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng cuba menghapuskan perkampungan Melayu di negeri itu. Bagaimanapun, Lim dan pimpinan lain menafikannya.
Share this post :

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 9, 2011 at 9:04 AM

tak tau nak cakap lah masa pilihanraya nanti buatlah pilihan yang betul masa hampa buang undi dulu hampa fikir apa.. barang naik sikit saja hampa bisang banyak nak pilih lain sekarang mintalah dengan depa...aduhai melayu mmg bodoh sombong dah terhantuk baru terkial kial minta tolong pada UMNO.

Anonymous
May 26, 2011 at 1:25 AM

cakap susah tak cakap pon susah.tp aku kat bandar seri astana sg petani ni cukup senang.semuanya cukup.boleh katakan semuanya dekat hospital.surau,masjid,pusat membeli belah dan macam2 lagi la....atas usaha kerajaan terdahulu.terima kasih......

Anonymous
June 9, 2011 at 6:08 AM

Kalau dengan sesama Melayu ni hangpa berani..... sampai sanggup mengkafirkan... Tapi depan Cina komunis tu hangpa penakut... kecut telog hangpa.... Walau apa pun kita sebagai orang Melayu kenalah memilih wakil Melayu dalam Kerajaan.. Jangan jadi bodoh lagi... Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar...

Anonymous
June 9, 2011 at 6:10 AM

Kita tengok siapa yang kena.... Kata arwah Ibrahim Pendek....

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger