Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
ISU 5 ADUN PKR JATUHKAN TKM1 ADALAH PROPAGANDA POLITIK DAP - PAP
GEORGETOWN: Bekas pemimpin Melayu DAP mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sengaja memanaskan lagi isu lima wakil rakyat PKR di negeri itu demi propaganda politik DAP.
Zulkifli Mohd Noor, yang juga bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP mempersoalkan asas di sebalik tuduhan Guan Eng bahawa ada cubaan untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
"Sudah ada Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, kemudian beliau kata ada pihak nak ambil alih jawatan Timbalan Ketua Menteri 1? (Persoalannya) Bolehkah orang Cina ambil alih jawatan Timbalan Ketua Menteri 1?
"Tak boleh. Jadi mengapa beliau katakan begitu? Maksudnya ada motif lain," kata beliau yang kini Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Zulkifli mengulas tindakan lima wakil rakyat Pulau Pinang daripada PKR yang mengambil sikap berkecuali dalam usul tebus guna tanah di negeri itu, yang dibawa ke perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hujung bulan lalu.
Kesemua mereka mengambil pendirian 'conscience vote' dengan berhujah bahawa isu penambakan laut itu membabitkan kepentingan rakyat dan alam sekitar.
Lima wakil rakyat PKR itu adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah); Dr Norlela Ariffin (Penanti); Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (Batu Uban).
Bagaimanapun sikap itu tidak disenangi Guan Eng yang kemudiannya menuduh ia sebagai cubaan rampasan kuasa terhadap Mohd Rashid.
Meskipun pimpinan PKR sudah memberikan penjelasan di sebalik tindakan wakil rakyat mereka, Zulkifli berkata seperti biasa Guan Eng akan tetap dengan egonya sendiri.
"Kerajaan DAP ini, jika bantah pun merupakan sebuah kerajaan yang ada telinga tetapi tak pakai. Sengaja memekakkan telinga. Mereka buat undang-undang sendiri, tafsirkan sendiri, dan sentiasa menentang undang-undang yang sedia ada," tegasnya.
Menyentuh tindakan kerajaan negeri yang tetap mahu melaksanakan projek tebus guna tanah, Zulkifli berkata banyak lagi kawasan di tanah besar boleh dibangunkan, berbanding hanya bertumpu di kawasan pulau.
"DAP buat rancangan sendiri dan mereka tak berpandu dengan apa-apa rancangan. Contohnya Penang Structure Plan yang pernah kita rancangkan dahulu pada 2008 sehingga kini tidak diluluskan lagi.
"Penambakan laut tidak sepatutnya berlaku di Pulau Pinang. Tidak ada pun bahagian di negeri ini perlu ditambak sebab Pulau Pinang ini diibaratkan sebuah kapal yang berat sebelah, yang ana daerah timur dan baratnya tidak seimbang," katanya sambil menambah segala infrastruktur dan teknologi juga mencukupi untuk pembangunan di tanah besar.
Labels:
Lim Guan Eng
TUDUHAN LIAR GUAN ENG KEPADA 5 ADUN PKR SEPERTI BUDAK - BUDAK
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Seri Fairus Khairuddin menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap kebudak-budakkan dengan melemparkan tuduhan liar terhadap lima ADUN PKR yang berkecuali dalam menyokong usul penambakan laut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Menurut beliau, Guan Eng tidak boleh dengan begitu mudah menuduh kelima-lima ADUN PKR itu bersama UMNO gara-gara tindakan mereka tidak menyokong usul tersebut.
“Guan Eng tidak boleh dengan mudah menuduh ADUN PKR itu bersekongkol dengan UMNO hanya kerana tidak menyokong usul tersebut. Sikap Guan Eng seperti budak-budak. Bila orang tak sokong pandangan atau pendapatnya, mula lempar tuduhan yang bukan-bukan. Ini bukan sikap seorang Ketua Menteri yang profesional dan rasional.
“Mungkin kelima-lima ADUN PKR itu mempunyai pandangan yang lain berhubung usul tersebut dan ianya jelas hanyalah soal keputusan dalam pentadbiran. Guan Eng tidak boleh paksa semua orang sokong dan hanya ikut apa saja cakapnya.
“Tuduhan ini seolah-olah satu resipi mudah bagi Guan Eng. Bila ada yang tak kena, maka dengan sewenang-wenang beliau melontarkan tuduhan dan seperti biasa tuduhannya itu pasti akan membabitkan UMNO.
“Setiap kali ada perkara tak kena, UMNO juga yang jadi mangsa dipersalahkan. Kalau dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan pun Guan Eng nak tuduh UMNO, saya cadangkan Guan Eng serah balik Pulau Pinang kepada UMNO. Selesai masalah,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tindakan Guan Eng itu juga menurut beliau, seolah-olah mahu memperlihatkan bahawa Dap mempunyai kuasa veto dalam segala urusan serta keputusan kerajaan dan siapa yang membantah akan dituduh serta dilabelkan sebagai kroni UMNO.
“Malah, Guan Eng juga menuduh Ketua Whip PKR Pulau Pinang, Ong Chin Wen mempunyai agenda sulit untuk merampas kuasa PKR di Pulau Pinang serta turut mendakwa Ong mengidamkan jawatan Timbalan Ketua Menteri yang kini dipegang oleh ADUN Pantai Jerejak, Rashid Hasnon.
“Tindakan Guan Eng itu jelas seolah-olah cuba memecah belahkan PKR kepada dua kumpulan apabila berkata dia tidak akan bersama Ong tetapi akan tetap menyokong dan berada di belakang Rashid. Kenyataan beliau itu jelas memberikan gambaran bahawa PKR Pulau Pinang kini berpecah kepada dua kumpulan,” ujarnya.
Tambah beliau, apa yang berlaku dalam senario politik Pulau Pinang akhir ini memperlihatkan kegagalan pembangkang dalam mentadbir sesebuah negeri di bawah kekuasaan mereka.
“Pembangkang hanya tadbir tiga buah negeri, tetapi itu pun sudah kacau bilau. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kalau mereka mentadbir negara dalam keadaan seperti ini. Sudah tentu impak daripada kegagalan mereka mengurus politik dalaman akan menjejaskan pentadbiran negeri atau negara di mana akhirnya rakyat sendiri yang akan jadi mangsa.
“Bagi saya, pembangkang masih tidak mampu untuk mentadbir sesebuah negeri, apatah lagi negara. Mereka sesama sendiri saling berburuk sangka dan sering bertelagah kerana ingin menegakkan kepentingan matlamat dan agenda politik kepartian masing-masing.
“Akibat terlalu gemar berpolitik sesama sendiri, maka kita lihat urusan pentadbiran di negeri pembangkang selalu ada masalah kerana fokus mereka bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk kepentingan politik peribadi dan kepartian masing-masing,” akhiri beliau.-MediaUMNO
Labels:
Lim Guan Eng
DAP PULAU PINANG BERGOLAK , ADUN TANJUNG BUNGAH LETAK JAWATAN
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang berkuat kuasa Ahad, kata setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.
Hui Ying berkata, Yee Cheu menghantar surat peletakan jawatannya melalui emel kepada beliau dan pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow.
Katanya, dalam surat itu, Yee Cheu memaklumkan kepada parti bahawa beliau mengambil keputusan itu berhubung sokongannya terhadap usul Umno mengenai tebus guna tanah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 November.
"Peletakan jawatan itu, yang dibuat melalui emel bertarikh 23 November, dialamatkan kepada pengerusi dan setiausaha parti negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yee Cheu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.
Jumaat lepas, satu usul yang dibentangkan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendapat perhatian apabila Yee Cheu mengundi menyokongnya bersama-sama kesemua sembilan anggota dewan undangan negeri daripada Barisan Nasional, manakala lima anggota dewan undangan negeri daripada PKR, tidak mengundi.
Labels:
Lim Guan Eng
ADUN PENANTI DEDAH BANYAK KILANG HARAM DI KAWASANNYA DIBIARKAN KERAJAAN DAP
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari PKR, Dr. Norlela Ariffin terus menempelak Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat lemah dalam pentadbiran sehingga mengancam keselamatan penduduk.
Ketika membangkitkan isu berkenaan, Norlela berkata, banyak kilang haram dibiarkan beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri. Katanya, sesetengah kilang itu tidak mengikut garis panduan keselamatan, selain tidak mematuhi prosedur alam sekitar.
“Jika kilang-kilang berkenaan tidak dibenarkan dibina dan beroperasi di kawasan lain di negeri ini, mengapa dibolehkan di Penanti?
“Pejabat Kesihatan mengesahkan ada kilang yang tidak mematuhi syarat dan ini boleh memberi kesan kepada penduduk,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Norlela berkata, pelepasan asap dan gas karbon akibat operasi kilang itu juga dibimbangi menjejaskan kesihatan penduduk dan alam sekitar. Pendedahan Norlela itu kemudian diakui Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow.
Secara sinis, Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, beliau perlu menjawab soalan Norlela dengan betul dan berhemah kerana bimbang ADUN Penanti itu akan menangis seperti semalam.
Menurut Kon Yeow, Kerajaan DAP Pulau Pinang menyedari kewujudan kilang-kilang haram, namun tidak boleh bertindak kerana beberapa faktor. Ujarnya, kilang-kilang haram itu merupakan pengeluar produk untuk menjana ekonomi penduduk setempat.
“Sekiranya beroperasi mengikut peraturan alam sekitar, kerajaan negeri tidak ada masalah walaupun tidak berdaftar atau mempunyai lesen,” katanya. Jawapan Kon Yeow itu tidak disenangi Datuk Mohd. Zain Ahmad (BN-Penaga) yang menyatakan kilang-kilang itu sekiranya beroperasi secara haram boleh merugikan kerajaan negeri dari segi pendapatan kerana pemiliknya tidak perlu membuat permohonan lesen.
“Sedarkah Padang Kota, 336 kilang haram di seluruh negeri dengan 265 daripadanya berada di bawah kawasan yang dijaga oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)?” katanya.
Akibat celahan Mohd. Zain, Kon Yeow menjelaskan beliau akan meminta MPSP menyelesaikan isu berkenaan dengan segera. -
Labels:
Lim Guan Eng
PAS ISYTIHAR JADI PEMBANGKANG DI P.PINANG BERDEPAN KERAJAAAN DAP
PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang. Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu.
Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.
Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri.
Dengan apa yang berlaku sekarang, kata Takiyuddin, PAS akan bertindak sebagai pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu.
Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, beliau menafikan akan menyertai Umno, sebuah lagi parti pembangkang di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon semalam menjelaskan anggota PAS yang memegang jawatan dalam JKKK, yang baru-baru ini melepaskan jawatan, sebenarnya dipecat.
Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga sekutu baru DAP dan PKR di peringkat kebangsaan. Rashid berkata kerajaan negeri telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS itu kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.
Labels:
Lim Guan Eng
SALLEH MAN AKAN BERI PENJELASAN SEBAB MENYOKONG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
KEPALA BATAS - Adun Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengadakan pertemuan dengan Pas negeri bagi memberi penjelasan berhubung pendiriannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Mohd Salleh berkata beliau menerima segala keputusan yang akan dibuat oleh Pas negeri berhubung perkara itu.
Minggu lepas, beliau mengadakan pertemuan dengan Pas Permatang Pauh, dan Ahad lepas Pas kawasan itu mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Mohd Salleh berikutan kenyataannya yang jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat.
Mohd Salleh, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), berkata beliau akan terus menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga tamat tempoh, termasuk sebagai YDP MAIPP.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembayaran saguhati guru agama dan guru al-Quran 2015 kepada 2,652 guru agama dan guru al-Quran di Pulau Pinang membabitkan agihan zakat sebanyak RM1.59 juta.
Sementara itu, Mohd Salleh berkata MAIPP dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau Pinang akan membina sebuah hospital Islam swasta yang mesra syariah di Bayan Baru tahun depan.
Beliau berkata kos keseluruhan hospital di atas tanah wakaf milik MAIPP itu dianggar bernilai RM200 juta membabitkan dua blok bangunan. - Bernama
Labels:
Lim Guan Eng
PAS P.PINANG BERI AMARAN GUAN ENG
KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PULAU PINANG
22 Ramadhan 1436H | 9 Julai 2015M
"LIM GUAN ENG CERMIN DIRI DULU SEBELUM TUDUH PAS MUSUH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG"
Lim Guan Eng dilihat sengaja menyerang PAS apabila menggelar PAS sebagai musuh, hanya semata-mata kerana PAS Pulau Pinang membawa kes pemecatan terhadap wakil PAS di dalam agensi kerajaan negeri untuk pengadilan di mahkamah.
Ianya tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.
Apakah alasan wajar LGE untuk melabelkan PAS adalah musuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Adakah kerana PAS tegas mengheret isu pemecatan yang dibuat oleh LGE ini ke kandang mahkamah, sudah layak untuk PAS dikategorikan sebagai musuh?
Amat malang sekali andai LGE memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan.
Bermakna, jika mengemukakan peradilan di mahkamah diertikan sebagai permusuhan, maka dengan sendirinya LGE telah menjustifikasikan tindakan pemecatannya itu sebagai satu kezaliman.
Walhal, pemecatan yang dibuat kepada mereka tidak lebih kerana kegopohan LGE dalam menafsirkan usul yang berlegar sewaktu Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 61 baru-baru ini.
Sekiranya diamati usul dibuat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat itu, seharusnya LGE tidak perlu melatah dan tergopoh gapah mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan PAS yang masih bekerja di dalam pentadbiran negeri.
Apatah lagi Majlis Syura Ulamak PAS sebagai eksekutif tertinggi parti tidak memuktamadkan sebarang pendirian berhubung usul yang dibentangkan itu.
Maka adalah tidak adil LGE bertindak terburu-buru memecat mereka yang terbabit dan menuduh PAS sebagai musuh hanya kerana PAS tampil ke mahkamah menuntut keadilan yang sewajarnya.
Sekiranya LGE betul dan benar dalam tindakan beliau, usah takut dan bimbang terhadap dakwaan yang dibuat.
Sila tampil dengan membawa bukti kukuh bagi menegakkan keadilan terhadap pemecatan tersebut.
Jangan biarkan persepsi bermain dibenak pemikiran rakyat Pulau Pinang bahawasanya LGE dibayangi ketakutan hinggakan sanggup menggelarkan PAS yang masih berada dalam Pakatan Rakyat sebagai musuh.
Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR.
Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bekerja menentang UMNO-BN.
MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang
Labels:
Lim Guan Eng
GUAN ENG ISYTIHAR TIADA LAGI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT P.PINANG
GEORGE TOWN 2 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengisytiharkan secara rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi kerajaan milik Pakatan Rakyat (PR) seperti sebelum ini.
Guan Eng berkata, keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat Exco yang turut dipersetujui sebulat suara termasuk 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.
"Keputusan itu turut dipersetujui satu-satunya wakil PAS di negeri itu, iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.
"Berikutan itu, kerajaan negeri ini akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS Negeri telah melepaskan kesemua jawatan yang disandang dalam Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu.
Tindakan tersebut dimulakan dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa setelah PAS menerima usul Dewan Ulama agar memutuskan hubungan dengan DAP.
Labels:
Lim Guan Eng
"Calon kami pun tak sampai lagi, tapi calon BN dah sampai " - Penyokong PKR
"Calon kami pun tak sampai lagi, tapi calon BN dah sampai berjumpa kami. Terima kasih calon BN," kata seorang penyokong kuat Anwar Ibrahim yang juga ahli PKR.
Terbaik calon Barisan Nasional. "Bagilah Mie peluang, Mie akan buktikan," itu pula kata-kata calon BN, Suhaimi Sabudin yang mesra dengan panggilan Abang Mie.
Tidak perlu posting panjang-panjang. Cukuplah gambar-gambar sebagai bukti kemesraan dua pihak yang berlainan ideologi.
Labels:
Lim Guan Eng
Adun PKR PENANTI Dakwa Dibuli Kerajaan Pimpinan DAP
Permatang Pauh – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penati, Dr Norlela Ariffin mendakwa dibuli kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP apabila semua usul yang dibentangkan untuk kesejahteraan rakyat ditolak.
Menurut Norlela semua usul yang dibawanya telah ditolak ketika mesyuarat ‘pre-council’ dan dibuang dari senaria yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
“Saya terpaksa ke hospital sebab pertama kali dapat sakit dada selepas semua usul saya di tolak kelmarin di mesyuarat pre-council dan di buang dari senarai usul utk Sidang DUN.
“Saya tidak faham macam mana mereka boleh gelak-gelak bila semua usul yang saya, Tira Norly (dan) pegawai-pegawai Adun Penanti (yang) susah payah buat, di buang begitu saja,” luahnya ketika memuat naik status tersebut di Facebook, Jumaat yang lalu.
Menurut Norlela antara usul yang beliau mohon untuk dibentangkan dalam persidangan DUN ialah menguatkuasakan akta dan garis panduan sedia ada bagi mengurangkan risiko banjir dan kemudaratan kepada penduduk dan alam sekitar.
“Beginilah keadaan saya pada ketika ini, apabila tidak mampu berdepan dengan mereka (kerajaan negeri) yang membuli” ujarnya yang sedih dengan keputusan tersebut.
Kerajaan pimpinan DAP sebelum ini sering di dakwa mengamalkan dasar diskriminasi yang dikatakan menindas Melayu dan bumiputera di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum lalu, Norlela yang bertanding atas tiket PKR menentang calon Barisan Nasional menang dengan majoriti 2,339 undi.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah sebelum ini mengarahkan semua jentera pemuda PAS direhatkan dari memberikan sokongan untuk calon PKR di Permatang Pauh.
Turut membuat kenyataan sama ialah Yang Dipertua PAS kawasan Permatang Pauh, Omar Osman. Bagaimanapun, selepas perbincangan dengan PAS Pusat, beliau membuat pusingan-U dan kembali menyokong calon PR itu. – SuaraTV
Labels:
Lim Guan Eng
SALLEH MAN AKUI UNDI MAJORITI AKAN KURANG , HARAP PERMATANG PASIR BANTU MENANG
BUKIT MERTAJAM: Memasuki pusingan kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, kebimbangan untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti tinggi mula dirasai pakatan pembangkang.
Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Salleh Man yakin pengurangan majoriti yang bakal dialami Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi berkenaan tiada kaitan dengan dakwaan berlakunya ‘pecah undi’ di kalangan pengundi Melayu.
Malah Salleh juga menafikan wujud usaha terancang di kalangan pengundi PAS sendiri untuk merosakkan undi sebagai tanda protes kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menolak pelaksanaan hudud.
"Saya tak nafikan mungkin berlaku sedikit pengurangan majoriti, tapi ia mungkin sebab hari pengundian dibuat pada hari bekerja.
"Tapi saya yakin atas dasar tanggungjawab, mereka akan tunaikan (mengundi). Saya tak rasa ada cubaan untuk merosakkan undi, sebab bukan senang nak dapat peluang pilihan raya," katanya ketika ditemui mStar Online di Taman Ciku yang terletak dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cross Street di sini, Jumaat malam
Selain itu Salleh yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, beliau yakin DUN Permatang Pasir yang merupakan kubu kuat PAS di kawasan ini sukar ditembusi parti lawan daripada Barisan Nasional (BN).
"Saya mengharapkan semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab turun mengundi, sebab kita nak tingkatkan prestasi khususnya di Permatang Pasir.
"Kita nak buktikan bahawa Permatang Pasir ada kemampuan untuk bagi sokongan kepada calon PKR," katanya.
Permatang Pasir dianggap 'kawasan hitam' bagi BN apabila parti pemerintah itu kalah di semua sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang terletak dalam kawasan DUN itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Kerusi berkenaan sudah dimenangi PAS sejak 1999 sebelum wujudnya Pakatan Rakyat.
DUN Permatang Pasir mempunyai 22,815 pengundi dan pada PRU-13, Salleh menang bergaya di kerusi berkenaan dengan majoriti 6,826 undi.
Selain itu menurut Salleh, PKR tidak boleh hanya mengharapkan sokongan ahli parti dalam komponen pakatan pembangkang semata-mata sebaliknya perlu memenangi hati kira-kita 71,000 pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh.
"Mana-mana parti pun tak banyak keahlian. Namun ia bergantung kepada penyokong yang boleh memenangkan parti tertentu.
"Saya yakin rakyat dan masyarakat pada hari ini dapat memahami tugas dan peranan mereka supaya buat sesuatu untuk melakukan perubahan," katanya.
Labels:
Lim Guan Eng
Kejutan Dr Afif Bahardin bahawa ahli UMNO Guar Jering keluar parti gagal
Mungkin bagi empunya diri sidang media itu adalah sesuatu yang boleh mengangkat dirinya sebaris dengan kepimpinan tertinggi dalam PKR yang lain.Malah usaha itu bukan biasa-biasa kerana Dr Afif mampu menarik seluruh ahli cawangan UMNO di Guar Jering untuk meninggalkan parti UMNO.
Dalam kerancakan kempen PRK Permatang Pauh sudah semestinyalah ia boleh menjadi isu besar yang mampu menyebabkan Barisan Nasional tergugat.
Tapi sayang kejutan yang cuba dilakukan oleh Dr Afif Adun Seberang Jaya dari PKR ini menjadi sebaliknya.Tidak sampai 1 jam setelah kenyataan itu dikeluarkan , UMNO dan BN bingkas menjawab apa yang sebenarnya adalah satu agenda terancang bersifat budak hingusan.
Kenyataan penuh bangga daripada Dr Afif Bahardin kononnya 68 orang UMNO dari cawangan Guar Jering Jaya bertindak keluar parti adalah satu lagi siri pembohongan PKR yang kini semakin terdesak apabila sokongan pengundi terhadap calon BN saudara Suhaimi Sabudin semakin meningkat.
Satu lagi tindakan memalukan daripada seorang pemimpin PKR bertaraf wakil rakyat ! Jika beginilah cara dan gerak kerjanya , MMI yakin rakyat kat luar sana boleh menilai sendiri apakah matlamat PKR sebenarnya .
PALING memalukan sekali pada ketika Dr Afif masih tersenyum dengan pembubaran cawangan UMNO yang secara zahirnya tidak pernah diluluskan itu , beliau kemudiannya terpalit malu apabila ahli akar umbi PAS pula mengadakan demontrasi mendesak supaya AMK memohon maaf kepada Presiden PAS Hadi Awang dan menolak kerjasama dengan PKR dalam kempen PRK Permatang Pauh kali ini.Baca Sini
So bagi MMI , Afif sudah boleh berkira-kira untuk melepaskan jawatannya sebagai Adun Seberang Jaya sebab kedua-dua insiden ini jelas bukan sahaja memalukan dirinya tetapi juga parti PKR yang kita tahu sekadar longgokan SAMPAH !!
MMI
Labels:
Lim Guan Eng
JANGAN HARAP KAMI TOLONG PRK PERMATANG PAUH - PEMUDA PAS P.PINANG
Jentera Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan dikerahkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, demikian ditegaskan ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah.
“Kami tak boikot, cumanya tak akan ada kerahan jentera. Jangan harap PKR dapat guna jentera Pemuda PAS Pulau Pinang di Permatang Pauh nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Mohd Yusni berkata demikian susulan permintaan supaya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menarik balik penghinaan dan mengemukakan permohonan maaf terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak minggu lalu yang tidak dilayan.
Ditanya sama ada keengganan Pemuda PAS untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh akan dianggap mengingkari arahan parti, Mohd Yusni bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan boikot.
“Bukan boikot, tak pernah keluar arahan begitu. Tapi kalau AMK tak mahu mohon maaf juga, kami Pemuda PAS akan tengok saja kempen itu nanti. Jangan harap kami tolong.
“Siapa (Pemuda PAS) yang nak turun, turunlah (berkempen). Tiada halangan kepada mereka. Tapi anda tak akan lihat jentera kami…itu sahaja,” katanya.
Pada Isnin, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengeluarkan arahan rasmi daripada PAS Pusat supaya jentera di semua peringkat di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak membantu kempen sekutu mereka di Permatang Pauh.
Kemelut pakatan pembangkang diperingkat akar umbi di Pulau Pinang tercetus ekoran kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin yang sebelum ini dengan lantang meminta Hadi meninggalkan PAS kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra Umno’.-mstar.
Labels:
Lim Guan Eng
Wan Azizah akan menghadapi kesukaran menang di Permatang Pauh.. - Lim Guan Eng
Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 25 April ini, DAP dilihat giat bermain psikologi apabila mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menang mudah di kubu kuat mereka itu.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng menyatakan kedua-dua parti yang bertanding di kerusi itu ketika ini mempunyai peluang 50-50 untuk mencapai kemenangan.
Beliau berkata, meskipun Permatang Pauh dikatakan ‘kubu’ PKR, namun kini keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan.
"Kita dapat lihat kesungguhan Barisan Nasional (BN) yang bergerak awal apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat kawasan itu semalam," katanya dalam sidang akhbar.
Seterusnya, jelas Guan Eng, berdasarkan maklumat, BN dan UMNO telah membuat persiapan awal dan perkara itu membayangkan tentangan sengit yang bakal dihadapi PKR kali ini.
"Kita hanya akan lancarkan jentera PKR pada malam esok dan sudah pasti akan menggunakan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai modal kempen kelak," katanya.
Dalam pada itu, Guan Eng yang dilihat begitu ghairah membangkitkan apa yang dianggapnya sebagai krisis UMNO di Kedah susulan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diminta melepaskan jawatan, bagaimanapun beliau enggan mengulas soalan mengenai krisis antara DAP dan Pas.
Malah beliau turut enggan menjawab soalan mengenai bagaimana DAP akan bekerjasama dengan Pas di Permatang Pauh setelah partinya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Hari lain saya jawab kerana saya terpaksa tinggalkan majlis ini untuk urusan lain," katanya yang bergegas meninggalkan sidang akhbar.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytiharkan kosong berkuatkuasa 16 Mac lalu selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng menyatakan kedua-dua parti yang bertanding di kerusi itu ketika ini mempunyai peluang 50-50 untuk mencapai kemenangan.
Beliau berkata, meskipun Permatang Pauh dikatakan ‘kubu’ PKR, namun kini keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan.
"Kita dapat lihat kesungguhan Barisan Nasional (BN) yang bergerak awal apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat kawasan itu semalam," katanya dalam sidang akhbar.
Seterusnya, jelas Guan Eng, berdasarkan maklumat, BN dan UMNO telah membuat persiapan awal dan perkara itu membayangkan tentangan sengit yang bakal dihadapi PKR kali ini.
"Kita hanya akan lancarkan jentera PKR pada malam esok dan sudah pasti akan menggunakan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai modal kempen kelak," katanya.
Dalam pada itu, Guan Eng yang dilihat begitu ghairah membangkitkan apa yang dianggapnya sebagai krisis UMNO di Kedah susulan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diminta melepaskan jawatan, bagaimanapun beliau enggan mengulas soalan mengenai krisis antara DAP dan Pas.
Malah beliau turut enggan menjawab soalan mengenai bagaimana DAP akan bekerjasama dengan Pas di Permatang Pauh setelah partinya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Hari lain saya jawab kerana saya terpaksa tinggalkan majlis ini untuk urusan lain," katanya yang bergegas meninggalkan sidang akhbar.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytiharkan kosong berkuatkuasa 16 Mac lalu selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Labels:
Lim Guan Eng
DAP mula serang BN menjelang PRK P44 Permatang Pauh
DAP sudah mula melancarkan serangan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.
Sepertimana dijangkakan, DAP masih mengekalkan 'strategi' lapuk yang diguna pakai setiap kali kempen pilihan raya dengan menjadikan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'modal' untuk meraih sokongan.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa setiap pengundi di Permatang Pauh menolak BN sekiranya tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST oleh Kerajaan Persekutuan pada 1 April lalu.
Guan Eng berkata, pengundi di sana harus sedar kepimpinan kerajaan ketika ini berada dalam situasi kritikal selepas Tun Mahathir membangkitkan beberapa isu yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Kita beritahu rakyat bahawa sokongan kepada BN adalah sokongan kepada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)
“Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menyebut bahawa sesiapa yang menyokong Najib, itu bermakna mereka menyokong hutang 1MDB.
“Jadi, saya harap rakyat dapat memilih parti mana yang membela hak mereka, yang menentang GST dan menentang hutang 1MDB,” ujar Guan Eng.
Beliau menyifatkan krisis yang berlaku di antara Tun Mahathir dan Najib telah mengakibatkan UMNO Kedah bergolak sehingga wujud desakan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan agar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Menurut beliau, isu tersebut pastinya memberi tekanan kepada UMNO ketika ini dan pihaknya pasti akan cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan menjadi PRK di Permatang Pauh sebagai alasan untuk menutup pergolakan dalaman parti berkenaan.
“ADUN-ADUN mereka di sana sekarang telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, dan mungkin ada yang akan paksa beliau letak jawatan.
“Kita harap UMNO tidak gunakan PRK ini untuk mengalihkan perhatian daripada krisis ini,” tegasnya lagi.
Kenyataan tersebut telah membuktikan bagaimana sikap pembangkang yang ketandusan idea bagi meraih sokongan penduduk di sana.
'Serangan-serangan' sedemikian sudah acap kali dipergunakan oleh pembangkang sehingga rakyat sudah 'mengetahui' isu-isu yang akan dibawa oleh pihak berkenaan setiap kali menjelang pilihan raya.
Namun begitu, keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh pastinya akan dinanti-nantikan kerana kawasan tersebut adalah kubu kuat PKR.
Sepertimana dijangkakan, DAP masih mengekalkan 'strategi' lapuk yang diguna pakai setiap kali kempen pilihan raya dengan menjadikan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'modal' untuk meraih sokongan.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa setiap pengundi di Permatang Pauh menolak BN sekiranya tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST oleh Kerajaan Persekutuan pada 1 April lalu.
Guan Eng berkata, pengundi di sana harus sedar kepimpinan kerajaan ketika ini berada dalam situasi kritikal selepas Tun Mahathir membangkitkan beberapa isu yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Kita beritahu rakyat bahawa sokongan kepada BN adalah sokongan kepada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)
“Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menyebut bahawa sesiapa yang menyokong Najib, itu bermakna mereka menyokong hutang 1MDB.
“Jadi, saya harap rakyat dapat memilih parti mana yang membela hak mereka, yang menentang GST dan menentang hutang 1MDB,” ujar Guan Eng.
Beliau menyifatkan krisis yang berlaku di antara Tun Mahathir dan Najib telah mengakibatkan UMNO Kedah bergolak sehingga wujud desakan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan agar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Menurut beliau, isu tersebut pastinya memberi tekanan kepada UMNO ketika ini dan pihaknya pasti akan cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan menjadi PRK di Permatang Pauh sebagai alasan untuk menutup pergolakan dalaman parti berkenaan.
“ADUN-ADUN mereka di sana sekarang telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, dan mungkin ada yang akan paksa beliau letak jawatan.
“Kita harap UMNO tidak gunakan PRK ini untuk mengalihkan perhatian daripada krisis ini,” tegasnya lagi.
Kenyataan tersebut telah membuktikan bagaimana sikap pembangkang yang ketandusan idea bagi meraih sokongan penduduk di sana.
'Serangan-serangan' sedemikian sudah acap kali dipergunakan oleh pembangkang sehingga rakyat sudah 'mengetahui' isu-isu yang akan dibawa oleh pihak berkenaan setiap kali menjelang pilihan raya.
Namun begitu, keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh pastinya akan dinanti-nantikan kerana kawasan tersebut adalah kubu kuat PKR.
Labels:
Lim Guan Eng
MAT SABU MINTA BANTUAN JENTERA PAS LUAR BANTU PRK PERMATANG PAUH
SHAH ALAM - Pas mengarahkan kesemua jentera Pas turun padang membantu calon PKR menang di PRK Permatang Pauh.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, antara jentera yang dikerah untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh termasuk jentera di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
“Pas akan membantu calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.
“Pas Pusat dalam mesyuarat pada 13 April lalu membuat keputusan supaya Pas di empat negeri itu membantu Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan tersebut.
Semalam Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud.
Usul itu dicadangkan Pemuda Pas kawasan berkenaan pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan itu yang ke 38 di Dewan Haji Yussof Rawa di Permatang Pauh, semalam.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.
Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.
Dalam pada itu, Mat Sabu turut menegaskan bahawa tiada arahan baharu yang melibatkan kerjasama jentera Pas dalam PRK tersebut.
“Sebagai Timbalan Presiden dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, saya menegaskan tiada arahan baru yang di keluarkan oleh Pas Pusat.
“Oleh itu, semua jentera pilihanraya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu Pakatan Rakyat di Permatang Pauh,” katanya lagi.
Labels:
Lim Guan Eng
WAN AZIZAH YAKIN JIKA DIRINYA DIPILIH CALON , TIADA PROTES SENYAP ORANG PAS
BUKIT MERTAJAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak timbul isu Pas kawasan Permatang Pauh melakukan protes senyap jika beliau dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan itu.
Sebaliknya beliau yang dilihat mula 'turun padang' dengan pelbagai program di kawasan Parlimen itu sejak kerusi Permatang Pauh diisytihar kosong berkata, Pas kawasan itu telah menyatakan sokongan dan akan membantu siapa sahaja calon yang dipilih oleh PKR.
"Saya baru sahaja berjumpa dengan Yang Dipertua Pas Permatang Pauh (Omar Hasan) dan beliau kata tidak (seperti itu), kami bersama anda dan beliau akan memberi dan bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di sini, hari ini.
Wan Azizah yang turut menghadiri sidang akhbar di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu berkata demikian ketika ditanya tentang laporan akhbar hari ini berhubung perkara tersebut.
Akhbar hari ini memetik Ketua Penerangan Pas kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad sebagai berkata, PKR berkemungkinan akan menghadapi protes secara senyap daripada pengundi, termasuk Pas, jika parti itu berkeras untuk meletakkan Dr Wan Azizah atau ahli keluarganya sebagai calon pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. - Bernama
Labels:
Lim Guan Eng
















.jpg)




