Headlines News :
Home » » DAP PULAU PINANG BERGOLAK , ADUN TANJUNG BUNGAH LETAK JAWATAN

DAP PULAU PINANG BERGOLAK , ADUN TANJUNG BUNGAH LETAK JAWATAN




GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang berkuat kuasa Ahad, kata setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.

Hui Ying berkata, Yee Cheu menghantar surat peletakan jawatannya melalui emel kepada beliau dan pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow.

Katanya, dalam surat itu, Yee Cheu memaklumkan kepada parti bahawa beliau mengambil keputusan itu berhubung sokongannya terhadap usul Umno mengenai tebus guna tanah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 November.

"Peletakan jawatan itu, yang dibuat melalui emel bertarikh 23 November, dialamatkan kepada pengerusi dan setiausaha parti negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yee Cheu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.

Jumaat lepas, satu usul yang dibentangkan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendapat perhatian apabila Yee Cheu mengundi menyokongnya bersama-sama kesemua sembilan anggota dewan undangan negeri daripada Barisan Nasional, manakala lima anggota dewan undangan negeri daripada PKR, tidak mengundi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger