Headlines News :
Home » » MAT SABU MINTA BANTUAN JENTERA PAS LUAR BANTU PRK PERMATANG PAUH

MAT SABU MINTA BANTUAN JENTERA PAS LUAR BANTU PRK PERMATANG PAUH




SHAH ALAM - Pas mengarahkan kesemua jentera Pas turun padang membantu calon PKR menang di PRK Permatang Pauh.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, antara jentera yang dikerah untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh termasuk jentera di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

“Pas akan membantu calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

“Pas Pusat dalam mesyuarat pada 13 April lalu membuat keputusan supaya Pas di empat negeri itu membantu Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan tersebut.

Semalam Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud.

Usul itu dicadangkan Pemuda Pas kawasan berkenaan pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan itu yang ke 38 di Dewan Haji Yussof Rawa di Permatang Pauh, semalam.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Dalam pada itu, Mat Sabu turut menegaskan bahawa tiada arahan baharu yang melibatkan kerjasama jentera Pas dalam PRK tersebut.

“Sebagai Timbalan Presiden dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, saya menegaskan tiada arahan baru yang di keluarkan oleh Pas Pusat.

“Oleh itu, semua jentera pilihanraya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu Pakatan Rakyat di Permatang Pauh,” katanya lagi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger