Headlines News :
Home » » KES RASUAH GUAN ENG BELI RUMAH DIDEDAHKAN DALAM PARLIMEN ,SPRM DIGESA AMBIL TINDAKAN SIASAT

KES RASUAH GUAN ENG BELI RUMAH DIDEDAHKAN DALAM PARLIMEN ,SPRM DIGESA AMBIL TINDAKAN SIASAT




Ahli parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya membangkitkan semula isu dakwaan rasuah membabitkan Lim Guan Eng dalam pembelian rumah dan projek hartanah bagi pembinaan hospital swasta dan hotel mewah suite yang sepatutnya dibangunkan perumahan kos rendah.

 Katanya, sewaan yang diberikan kepada Guan Eng setiap bulan sebanyak RM5000 bagi sebuah rumah adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga rumah tersebut yang melebihi RM5 juta termasuk kos renovasi. 

 Rumah berkenaan yang dimiliki oleh Phang Li Koon dan beliau kemudian menjual rumah tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta – separuh daripada harga pasaran. Pendedahan yang dibuat ketika berhujah membahas usul titah Agong di Dewan Rakyat telah menimbulkan kekecohan apabila ahli parlimen pembangkang terutamanya dari DAP Pulau Pinang mula bertikam lidah dengan Shabudin yang berterusan mendedahkan bukti-bukti yang dapat mengaitkan Guan Eng dengan rasuah.


Ahli parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi  dan Bukit Mertajam Steven Sim berulang kali mengganggu hujah Shabudin sambil menegaskan Guan Eng tiada di dalam dewan untuk mempertahankan diri daripada tuduhan.
Pembangkang juga berhujah perkara berkenaan sepatutnya dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan bukan di Dewan Rakyat.
Walau bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said enggan menerima bantahan berkenaan dengan alasan pembangkang dibenarkan membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun ketika itu perdana menteri tiada di parlimen.
Berikutan itu, Shabuddin yang meneruskan hujahnya menggesa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)  Kementerian Kewangan menyatakan kadar nilaian sebenar harga rumah berkenaan dari 2008 hingga 2015 dan kadar sewa semasa mengikut tahun yang berkenaan.
“Saya ingin juga ingin memohon pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyatakan laporan status kes ini terus disiasat terutamanya salah guna kuasa YB Bagan yang sewenang-wenangnya membuat pertukaran syarat tanah dan penambahan plot ration 7 : 1  bagi membolehkan pembinaan hotel 19 tingkat tanpa membuka tender semula dan mengekalkan syarikat yang sama dan jumlah tender yang sama sedangkan perkara lain sudah berubah.
“Ini jelas tidak adil kepada syarikat-syarikat lain yang menyertai tender itu sejak awal,” katanya.
Sehubungan itu pada sidang media selepas perbahasan, Shabuddin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan ini.
Rumah berkenaan yang dimiliki oleh Phang Li Koon di mana beliau telah menyewakan serta menjual rumah tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada harga yang tidak masuk akal.
Sebagai rekod, Li Koon adalah seorang pemegang saham 20 peratus dalam syarikat WINDBOND Management & Consultant Sdn. Bhd dan 80 peratus lagi dipegang Datuk Tan Yong Chew yang juga merupakan pemegang shaam 60 peratus dalam Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC)  dimana syarikat tersebut telah diberi kelulusan oleh DAP untuk membeli sebidang tanah secara tender yang tidak telus dan boleh dipertikaikan.
“Perilaku YAB Bagan ini boleh mendorong kita semua mempercayai bahawa KLIDC seperti mendapat layanan yang istimewa dan adakah ianya berkait dengan penawaran harga-harga rendah rumah No 25 Jalan Pinhorn yang saya jelaskan.
“Perkara ini merupakan satu lagi perkara yang perlu disiasat oleh SPRM dimana berlaku perlanggaran syarat kelulusan dimana KLIDC tidak boleh mencagar tanah berkenaan kepada mana-mana pihak selagi mereka tidak memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambahnya.
Katanya, kes itu mengingatkan beliau kepada kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli rumah bernilai kurang RM5 juta  dengan harga RM3.5 juta kononnya beliau mempunyai hubungan kewangan dengan penjual rumah banglo tersebut.


Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 18, 2016 at 1:11 AM

SPRM berani amik tindakan? sorry lah.. selagi parasit belaan Pakatan Haprak bersepah dalam SPRM termasuk kepala parasit Dato Bahrin bini 2 tu ada.. boleh selamatlah tokong Lim makan lah rasuah berapa billion pun.. secured la.. DAPig dh kawtimmm maaa...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger