Headlines News :
Home » » ADUN PENANTI DEDAH BANYAK KILANG HARAM DI KAWASANNYA DIBIARKAN KERAJAAN DAP

ADUN PENANTI DEDAH BANYAK KILANG HARAM DI KAWASANNYA DIBIARKAN KERAJAAN DAP




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari PKR, Dr. Norlela Ariffin terus menempelak Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat lemah dalam pentadbiran sehingga mengancam keselamatan penduduk.


 Ketika membangkitkan isu berkenaan, Norlela berkata, ba­nyak kilang haram dibiarkan beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri. Katanya, sesete­ngah kilang itu tidak mengikut garis panduan keselamatan, selain tidak mematuhi prosedur alam sekitar.

“Jika kilang-kilang berkenaan tidak dibenarkan dibina dan beroperasi di kawasan lain di negeri ini, mengapa dibolehkan di Penanti?

“Pejabat Kesihatan mengesahkan ada kilang yang tidak mematuhi syarat dan ini boleh memberi kesan kepada penduduk,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Norlela berkata, pelepasan asap dan gas karbon akibat operasi kilang itu juga dibimbangi menjejaskan kesihatan penduduk dan alam sekitar. Pendedahan Norlela itu kemudian diakui Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow.

Secara sinis, Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, beliau perlu menjawab soalan Norlela dengan betul dan berhemah kerana bimbang ADUN Penanti itu akan menangis seperti semalam.

Menurut Kon Yeow, Kerajaan DAP Pulau Pinang menyedari ke­wu­judan kilang-kilang haram, namun tidak boleh bertindak kerana beberapa faktor. Ujarnya, kilang-kilang haram itu me­rupakan pengeluar produk untuk menjana ekonomi penduduk setempat.

“Sekiranya berope­rasi mengikut peraturan alam sekitar, kerajaan negeri tidak ada masalah walaupun tidak berdaftar atau mempunyai lesen,” katanya. Jawapan Kon Yeow itu tidak disenangi Datuk Mohd. Zain Ahmad (BN-Penaga) yang menyatakan kilang-kilang itu sekiranya beroperasi secara haram boleh merugikan kerajaan negeri dari segi pendapatan kerana pemiliknya tidak perlu membuat permohonan lesen.

“Sedarkah Padang Kota, 336 kilang haram di seluruh negeri dengan 265 daripadanya berada di bawah kawasan yang dijaga oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)?” katanya.

Akibat celahan Mohd. Zain, Kon Yeow menjelaskan beliau akan meminta MPSP menyelesaikan isu berkenaan dengan segera. -
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger