Headlines News :
Home » » JEMPUTAN GUAN ENG KE KOMTAR ADALAH GIMIK POLITIK - SHAHBUDIN

JEMPUTAN GUAN ENG KE KOMTAR ADALAH GIMIK POLITIK - SHAHBUDIN




20 MAC: Jemputan Lim Guan Eng untuk bertemu di pejabatnya di Komtar disifatkan sebagai satu gimik politik murahan.
Ini kerana Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya ternyata tidak berminat melayan jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang ingin bersemuka berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.
Namun apa yang lebih penting bagi Shabuddin adalah Guan Eng beri kerjasama sepenuhnya kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu skandal rumah berkenaan dan tanah kos rendah di Taman Manggis.
“Saya mendapat maklumat daripada laman media sosial beliau sendiri yang beliau nampaknya begitu gelisah sehingga mencabar saya untuk bersemuka secara ‘one to one’.
“Sewajarnya sebagai ahli politik yang begitu lama dan juga seorang ketua menteri beliau tidak perlu buat semua itu sebaliknya beliau perlu bertindak lebih matang dengan menyerahkan dengan menyerahkan isu ini untuk disiasat oleh pihak berkuasa kerana institusi inilah yang mempunyai bidang kuasa menilai, menyiasat dan membuat keputusan,” katanya ketika membaca kenyataan yang dikeluarkannya di Tasek Gelugur pada Ahad
Jelas Shabuddin lagi ketika di Parlimen, beliau tidak pernah meminta Guan Eng memberi apa-apa penjelasan terus kepadanya, sebaliknya mengajukan fakta dan persoalan kepada tiga pihak iaitu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan.
Sehubungan itu beliau mempertikaikan kenapaAhli Parlimen Bagan itu mencabar dirinya untuk bersemuka secara one to one.
“Kenapa beliau perlu berdebat dengan saya ? Atau beliau ingin membuat sesi ‘coffee break’ bersama saya ? Maaf saya tidak berminat untuk melayan jemputan ‘coffee break’ seperti ini.
“Saya hanya berminat untuk beliau bekerjasama dengan SPRM untuk siasatan terhadap skandal yang dihadapinya,” katanya lagi.
Tambahnya secara rasional Guan Eng perlu bersedia berhadapan dengan siasatan SPRM dan pihak lain yang berkaitan untuk mempertahankan kebenarannya dan bukannya kepada Shabuddin.
“Saya berpendapat beliau cuba melencongkan fokus umum daripada isu yang dibangkitkan di Parlimen kepada isu saya enggan berjumpa dengannya dan akan menuduh saya pengecut atau sebagainya.
“Umum akan lupa bahawa beliau yang perlu menjawab kepada SPRM dan lupa kepada isu asal serta cuba mengumpan untuk membawa keluar isu ini daripada konteks perbahasan di Parlimen dan jadikannya isu peribadi,” ujarnya lagi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger