Headlines News :
Home » » Wan Azizah akan menghadapi kesukaran menang di Permatang Pauh.. - Lim Guan Eng

Wan Azizah akan menghadapi kesukaran menang di Permatang Pauh.. - Lim Guan Eng

Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 25 April ini, DAP dilihat giat bermain psikologi apabila mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menang mudah di kubu kuat mereka itu.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng menyatakan kedua-dua parti yang bertanding di kerusi itu ketika ini mempunyai peluang 50-50 untuk mencapai kemenangan.

Beliau berkata, meskipun Permatang Pauh dikatakan ‘kubu’ PKR, namun kini keadaan berbeza apabila menghadapi pilihan raya kecil kerana seluruh tumpuan diberikan di kawasan berkenaan.

"Kita dapat lihat kesungguhan Barisan Nasional (BN) yang bergerak awal apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat kawasan itu semalam," katanya dalam sidang akhbar.

Seterusnya, jelas Guan Eng, berdasarkan maklumat, BN dan UMNO telah membuat persiapan awal dan per­kara itu membayangkan ten­tangan sengit yang bakal dihadapi PKR kali ini.

"Kita hanya akan lancarkan jentera PKR pada malam esok dan sudah pasti akan menggunakan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai modal kempen ke­lak," katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng yang dilihat begitu ghairah membangkitkan apa yang dianggapnya sebagai krisis UMNO di Kedah susulan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diminta melepaskan jawatan, ba­gaimanapun beliau enggan mengulas soalan mengenai krisis antara DAP dan Pas.

Malah beliau turut enggan menjawab soalan mengenai bagaimana DAP akan be­kerjasama dengan Pas di Permatang Pauh setelah partinya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Hari lain saya jawab kerana saya terpaksa tinggalkan majlis ini untuk urusan lain," katanya yang bergegas meninggalkan sidang akhbar.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytiharkan kosong berkuatkuasa 16 Mac lalu selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Share this post :

+ comments + 4 comments

Anonymous
April 21, 2015 at 8:43 PM

DSWA menghadapi kesukaran tetapi MENANG BESAR di PTG PAUH.....Aminn

Satu pertaruahan potong telinga jika PKR Menang dan umno kalah. Yg kalah umno potong telinga.

Tempat di Pusat kiraan undi PRK Ptg Pauh.

Anonymous
April 21, 2015 at 9:30 PM

Mat potong telinga dah tinggal sebelah sebab kalah di Teluk Intan masih idup lagi...cuma sekarang tahap akal jatuh teruk kut sampai orang nampak sekarang pakai ayat tanpa saya atau diri jadi ayat tuh tak terpakai pada diri yang selenge tuh....

Dah kena kifarat ke sebab masih tak potong telinga kamu tu hoi...!

Anonymous
April 21, 2015 at 10:30 PM

Potong telinga sendiri la, dah mabuk minum ketum Kot?

Anonymous
April 22, 2015 at 12:32 AM

Telinga ayam ke..kikiki ah sdap

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger