Headlines News :
Home » » TUDUHAN LIAR GUAN ENG KEPADA 5 ADUN PKR SEPERTI BUDAK - BUDAK

TUDUHAN LIAR GUAN ENG KEPADA 5 ADUN PKR SEPERTI BUDAK - BUDAK




 Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Seri Fairus  Khairuddin menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap kebudak-budakkan dengan melemparkan tuduhan liar terhadap lima ADUN PKR yang berkecuali dalam menyokong usul penambakan laut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Menurut beliau,  Guan Eng tidak boleh dengan begitu mudah menuduh kelima-lima ADUN PKR itu bersama UMNO gara-gara tindakan mereka tidak menyokong usul tersebut.
“Guan Eng tidak boleh dengan mudah menuduh ADUN PKR itu bersekongkol dengan UMNO hanya kerana tidak menyokong usul tersebut. Sikap Guan Eng seperti budak-budak. Bila orang tak sokong pandangan atau pendapatnya, mula lempar tuduhan yang bukan-bukan. Ini bukan sikap seorang Ketua Menteri yang profesional dan rasional.
“Mungkin kelima-lima ADUN PKR itu mempunyai pandangan yang lain berhubung usul tersebut dan ianya jelas hanyalah soal keputusan dalam pentadbiran. Guan Eng tidak boleh paksa semua orang sokong dan hanya ikut apa saja cakapnya.
“Tuduhan ini seolah-olah satu resipi mudah bagi Guan Eng. Bila ada yang tak kena, maka dengan sewenang-wenang beliau melontarkan tuduhan dan seperti biasa tuduhannya itu pasti akan membabitkan UMNO.
“Setiap kali ada perkara tak kena, UMNO juga yang jadi mangsa dipersalahkan. Kalau dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan pun Guan Eng nak tuduh UMNO, saya cadangkan Guan Eng serah balik Pulau Pinang kepada UMNO. Selesai masalah,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tindakan Guan Eng itu juga menurut beliau, seolah-olah mahu memperlihatkan bahawa Dap mempunyai kuasa veto dalam segala urusan serta keputusan kerajaan dan siapa yang membantah akan dituduh serta dilabelkan sebagai kroni UMNO.
“Malah, Guan Eng juga menuduh Ketua Whip PKR Pulau Pinang, Ong Chin Wen mempunyai  agenda sulit untuk merampas kuasa PKR di Pulau Pinang serta turut mendakwa Ong mengidamkan jawatan Timbalan Ketua Menteri yang kini dipegang oleh ADUN Pantai Jerejak, Rashid Hasnon.
“Tindakan Guan Eng itu jelas seolah-olah cuba memecah belahkan PKR kepada dua kumpulan apabila berkata dia tidak akan bersama Ong tetapi akan tetap menyokong dan berada di belakang Rashid.  Kenyataan beliau itu jelas memberikan gambaran bahawa PKR Pulau Pinang kini berpecah kepada dua kumpulan,” ujarnya.
Tambah beliau, apa yang berlaku dalam senario politik Pulau Pinang akhir ini memperlihatkan kegagalan pembangkang dalam mentadbir sesebuah negeri di bawah kekuasaan mereka.
“Pembangkang hanya tadbir tiga buah negeri, tetapi itu pun sudah kacau bilau. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kalau mereka mentadbir negara dalam keadaan seperti ini. Sudah tentu impak daripada kegagalan mereka mengurus politik dalaman akan menjejaskan pentadbiran negeri atau negara di mana akhirnya rakyat sendiri yang akan jadi mangsa.
“Bagi saya, pembangkang masih tidak mampu untuk mentadbir sesebuah negeri, apatah lagi negara. Mereka sesama sendiri saling berburuk sangka dan sering bertelagah kerana ingin menegakkan kepentingan matlamat dan agenda politik kepartian masing-masing.
“Akibat terlalu gemar berpolitik sesama sendiri, maka kita lihat urusan pentadbiran di negeri pembangkang selalu ada masalah kerana fokus mereka bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk kepentingan politik peribadi dan kepartian masing-masing,” akhiri beliau.-MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger