Headlines News :
Home » » GUAN ENG ISYTIHAR TIADA LAGI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT P.PINANG

GUAN ENG ISYTIHAR TIADA LAGI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT P.PINANG



GEORGE TOWN 2 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengisytiharkan secara rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi kerajaan milik Pakatan Rakyat (PR) seperti sebelum ini.

Guan Eng berkata, keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat Exco yang turut dipersetujui sebulat suara termasuk 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.

"Keputusan itu turut dipersetujui satu-satunya wakil PAS di negeri itu, iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.

"Berikutan itu, kerajaan negeri ini akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS Negeri telah melepaskan kesemua jawatan yang disandang dalam Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu.

Tindakan tersebut dimulakan dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa setelah PAS menerima usul Dewan Ulama agar memutuskan hubungan dengan DAP.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 3, 2015 at 10:06 AM

tepok tangan pada melayu pembangkang pulau pinang syabas usaha anda telah berjaya

Anonymous
July 3, 2015 at 10:11 AM

macam nak tiru singapore jer

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger