Headlines News :
Home » » AHLI PERLU TIUP ROH PERJUANGAN UMNO , TERUS KUKUHKAN PARTI - NAJIB

AHLI PERLU TIUP ROH PERJUANGAN UMNO , TERUS KUKUHKAN PARTI - NAJIB




Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua anggota parti supaya terus meniupkan semangat perjuangan demi memperkukuh parti keramat itu yang ditubuhkan sejak 1946.
Presiden UMNO berkata jika anggota UMNO leka dan gagal menerapkan perjuangan parti yang luhur demi bangsa dan agama, parti itu akhirnya boleh menjadi lemah.
"Yang menguatkan parti adalah roh perjuangan...kita perlu terus memperkukuh dan menguatkan parti.

"UMNO bukan lahir di tepi jalan, UMNO bukan lahir di lereng bukit tetapi lahirnya UMNO adalah di Istana Besar Johor pada 1946," katanya ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Muar di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Razali Ibrahim.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 21, 2015 at 8:28 AM

Nak minta ahli UMNO tiup roh perjuangan parti memang tak akan kemana perginya. Makanan ruh bukan nya benda-benda fizikal yang akhirnya keluar semula menjadi tahi dan kencing. Sebaliknya adalah lebih baik pemimpin UMNO memberikan sebab kpd orang ramai kenapa UMNO perlu dipertahankan dgn memberikan fakta-fakta berikut:

1. Bukan kerana sokongan kepada Najib tetapi UMNO adalah satu-satunya parti yang begitu istiqamah mempertahankan kalimah ALLAH dari disyirikkan olih pihak gereja Evangelist tajaan DAP. Walaupun PAS sebuah parti yg kononnya mewakili Islam; parti itu pun pernah bersetuju dgn matlamat gereja Keristian dan DAP yg sesat lagi menyesatkan itu. PKR sehingga ke hari ini kita tak kedengaran pun pemimpin mereka menarik balik sokongan tidak berbelah bagi parti itu kepada agenda jahat pihak gereja Evangelist tajaan DAP.
2. Walaupun ternyata PAS sudah menyedari kesilapan pemimpin mereka untuk “menghalalkan” agenda pihak gereja Evangelist tetapi ternyata bekas pemimpin PAS yg tersingkir keluar daripada parti itu telah bertindak untuk menyambung semula sokongan terhadap DAP yang memang begitu memusuhi ajaran Islam melalui parti baru GHB mereka.
3. Tidak seperti PAS yang menjanjikan “Syurga” sekira menyokong parti tetapi fakta ini sangat penting untuk diterangkan kepada orang melayu supaya mereka sebagai hamba Allah menjadi peka dgn dosa syirik yang tersembunyi.
4. Tidak perlu ber”baiah” seperti PAS tetapi setiap wakil rakyat UMNO yang dilantik perlu menyatakan ikrar bahawa mereka bersedia untuk mengundurkan diri secara terhurmat sekiranya mereka terbukti bersalah kerana terlibat dgn salah laku seperti memberi dan menerima rasuah.
5. Sentiasa menganggap orang Islam PAS sebagai saudara seislam dan sedar bahawa haram syurga kepada sesiapa yg memutuskan silahturahim.
6. Setidak-tidaknya pendekatan yang seperti ini akan melatih penyokong untuk mampu berfikir sendiri mana yang baik untuk disokong dan mana yang sesat perlu dijauhi. Mereka tak perlu taksub terhadap pemimpin tetapi sebaliknya sentiasa waras dan peka bahawa ALLAH sentiasa melihat perilaku kita semua.

“Makanan” ruh seperti ini bukan sahaja akan sangat disenangi olih orang-orang Islam tetapi kita sangat yakin dan percaya bahawa orang bukan Islam pun akan berasa selamat untuk memilih parti UMNO.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger