Headlines News :
Home » » TINDAKAN KERAJAAN DAP ROBOH STRUKTUR TULISAN UMNO BIADAP & KURANG AJAR - MT UMNO

TINDAKAN KERAJAAN DAP ROBOH STRUKTUR TULISAN UMNO BIADAP & KURANG AJAR - MT UMNO




PASIR SALAK: Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan struktur tulisan UMNO di Pejabat UMNO Pulau Pinang dianggap perbuatan yang biadap dan kurang ajar, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

"Kerajaan negeri pimpinan DAP melakukan perbuatan itu semata-mata untuk menunjukkan keangkuhan kepimpinan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang moreh kepada 59 buah masjid dan 159 surau bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Masjid Sungai Ranggam di sini hari ini.


 Tajuddin berkata, tindakan pembangkang itu jauh berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian. 

"Kita juga mempunyai kuasa tetapi tidak zalim, tidak pernah melakukan penganiayaan atau kerakusan," katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 21, 2015 at 4:54 AM

datuk TR jangan bercakap saja berdegor degor...apa tindakan mike yop?

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger