Headlines News :
Home » » TPM tunai janji , lif baru Pangsapuri Batu Uban diganti baru

TPM tunai janji , lif baru Pangsapuri Batu Uban diganti baru




GEORGE TOWN – Lebih 1,500 penduduk di Pangsapuri Desa Riang, Batu Uban di sini menarik nafas lega apabila lif di pangsapuri itu yang rosak sejak April tahun lepas telah diganti dengan lif baharu.
Lif baharu itu diganti selepas Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk menggantikan dua buah lif di pangsapuri itu yang rosak.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Batu Uban, Goh Kheng Sneah berkata, sebagai permulaan, sebuah lif yang rosak itu telah diganti dengan lif baharu manakala sebuah lagi akan diganti baharu dalam masa terdekat.
Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan berikutan rungutan penduduk yang mendakwa pihak pengurusan rumah pangsa itu gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun laporan telah dikemukakan sejak beberapa bulan lepas.


“Isu Pangsapuri Desa Riang ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau mengadakan lawatan ke negeri ini tahun lepas melalui peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
“Kita harap menerusi peruntukan ini ia akan dapat meringankan masalah yang dihadapi penduduk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan lif baharu di pangsapuri itu di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu.
Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui gembira dengan peruntukan berkenaan dan berharap kerja-kerja menggantikan kedua-dua lif itu dapat dilakukan secepat mungkin.
Rubiah Dollah, 55, melahirkan rasa gembira apabila hasrat penduduk untuk mendapatkan kemudahan lif baharu di pangsapuri itu akhirnya tercapai.
“Apa yang kami perjuangkan selama ini sudah tercapai malah saya terharu kerana Kerajaan Pusat merealisasikan impian kami,” katanya.
Menurut seorang lagi penduduk, Rosinah Saad, 44, dia sangat teruja apabila mendengar bahawa pangsapuri yang dihuninya sejak 20 tahun lalu itu mendapat perhatian Kerajaan Pusat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2LsUK6pqr 
Hakcipta terpelihara 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger