Nibong Tebal- Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang sedang menyertai acara senamrobik bersama para peserta maraton anjuran pejabatnya di Padang Awam Jawi di sini hari ini, ternyata terkejut apabila secara tiba-tiba lagu 1Malaysia berkumandang.
Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada mulanya tekun mengikut pergerakan seorang pengajar di depan bersama para peserta lain diiringi beberapa lagu.
Bagaimanapun, beliau terus berhenti sebaik sahaja lagu 1Malaysia dimainkan.
Beliau kelihatan terpinga-pinga seketika dan memandang ke arah meja urus setia tetapi terpaksa meneruskan senaman sebaik sahaja melihat para peserta meneruskan pergerakan mereka.
Terdapat juga beberapa peserta cuba 'mengusik' Mansor kerana melakukan pergerakan mengikut rentak lagu berkenaan tetapi tidak diendahkannya.- UTUSAN-
Post a Comment