Headlines News :
Home » » Nasha seorang lidah panjang & suka menghasut - Nik Aziz

Nasha seorang lidah panjang & suka menghasut - Nik Aziz




KOTA BHARU 13 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai seorang yang 'lidah panjang' iaitu orang yang suka menghasut ekoran tindakannya sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti.

 Pada masa yang sama, Nik Abdul Aziz juga mempersoalkan tindakan Nasharudin kerana tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan isu yang boleh melemahkan parti itu. "Dia ini mengarut, mengapa timbul sekarang mengapa tak timbul dulu.

Buat apa sekarang baru timbul, masa menjadi calon Pas di Bachok, kenapa tidak timbulkan masa itu. Dasar lidah panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Keluarga Mawaddah di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nasharudin yang sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan parti itu sejak isu penubuhan kerajaan perpaduan timbul.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger