Headlines News :
Home » » Minta Penjelasan Terus Lapor Polis, inikah pemerintahan diktator DAP ?? - Rafizal

Minta Penjelasan Terus Lapor Polis, inikah pemerintahan diktator DAP ?? - Rafizal


NIBONG TEBAL, 11 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim membidas kerajaan Dap Pulau Pinang yang dianggapnya seakan mengamalkan pentadbiran diktator lantaran tindakan laporan polis terhadap dirinya.
Jelasnya, hanya kerana bertanyakan penjelasan berkaitan Jalan Gurney yang dikatakan akan ditukarkan namanya kepada Jalan Chin Peng, laporan polis telah dibuat oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap.
“ADUN Wong Hon Wai and Yap Soo Huey membuat laporan polis kononnya saya menghasut rakyat. Saya minta kedua-dua ADUN ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang agar melihat semula video rakaman sidang media yang telah saya buat sebelum ini.
“Adakah saya menghasut atau sekadar bertanya. Sebagai anak jati dan pembayar cukai negeri ini adakah saya tidak ada hak untuk bertanya.
“Jika saya tidak mempunyai hak tersebut maka bagaimana pula dengan Dap yang sering mempersoalkan apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat malah mereka dengan sesuka hati sering mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, laporan polis yang dibuat terhadap dirinya ini sekaligus membuktikan parti Dap mengamalkan pentadbiran yang tidak telus dan tidak adil.
“Mereka boleh berkata macam-macam dan mempersoalkan sesiapa sahaja semahunya tetapi apabila pihak lain mempersoalkan mereka maka tindakan laporan polis diambil. Adakah ini adil?
“Saya ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, apakah istimewanya Dap sehinggakan rakyat tidak boleh mempersoalkan mereka tetapi mereka pula boleh mempersoalkan pihak lain.
“Adakah mereka ini terlalu kebal sehinggakan langsung tidak boleh disentuh atau dipersoalkan…,”jelasnya lagi.
Jelas Rafizal lagi, dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, beliau ada menyatakan bahawa dirinya sendiri tidak pasti dengan khabar angin berkenaan dan kerana itu Pemuda UMNO Pulau Pinang mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri kerana perkara tersebut telah tersebar dalam aplikasi telefon pintar WhatsApp.






 “Jika dakwaan itu benar, maka Pemuda UMNO akan membantah dan mempertahankan agar tidak berlaku pertukaran nama berkenaan kerana Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan negara. Inilah yang saya sebut dalam sidang media tersebut.
“Saya tidak menuduh dan tidak menghasut… sekadar bertanya. Adakah ini salah sehinggakan laporan polis dibuat ke atas saya,” jelasnya.
Rafizal-Abdul-Rahim2Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim telah mengadakan satu sidang media yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuatkuasa 1 Januari sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Dalam sidang media tersebut Rafizal menjelaskan pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dalam pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Sehubungan itu laporan polis dibuat dan Guan Eng mendakwa ia dilihat sebagai cubaan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan negeri dan hubungan antara kaum.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 24, 2014 at 8:59 PM

Berani kerana benar.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger