Headlines News :
Home » » 3 anak syarikat kerajaan P.Pinang catat kerugian

3 anak syarikat kerajaan P.Pinang catat kerugian




Tiga anak syarikat kerajaan negeri di bawah Perbadanan Pulau Pinang iaitu Penang Global Tourism Sdn. Bhd. (PGTSB), PDC Nusabina Sdn. Bhd. (PDCN) dan PDC Homes Sdn. Bhd. (PDCH) didapati telah mencatat kerugian sebelum cukai pada tahun kewangan 2008 hingga 2010.

 Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati, kerugian terkumpul sehingga 2010 bagi ketiga-tiga syarikat itu berjumlah lebih RM6.8 juta iaitu masing-masing RM1.09 juta, RM5.16 juta dan RM583,035. PGTSB yang bertindak sebagai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri itu mencatatkan kerugian tersebut ekoran peningkatan jumlah perbelanjaan berbanding kekurangan pendapatan yang diterima.

 Peningkatan ketara terhadap jumlah operasi dan pentadbiran iaitu daripada RM2.67 juta pada 2009 kepada RM4.66 juta pada 2010 ekoran promosi perlancongan yang dijalankan Pejabat Pelancongan Negeri Pulau Pinang telah dipindahkan kepada PGTSB yang berjumlah RM2.96 juta.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 25, 2012 at 3:57 PM

Kata Ketua Menteri LGE ni akauntan yang bijak, nape biar anak syarikat PDC rugi, mungkin Mat Sabu masuk campur tuu.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger