Headlines News :
Home » » Guan Eng janji hapus rasuah & bantu rakyat bebas daripada kemiskinan

Guan Eng janji hapus rasuah & bantu rakyat bebas daripada kemiskinan




SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat akan melarang semua kapal terbang peribadi daripada meninggalkan negara jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Dalam ucapan pada konvensyen Pakatan Rakyat, Guan Eng sekali lagi mengitarkan tuduhan-tuduhan rasuah dan kronisme sebelum mengumumkan rancangan Pakatan jika menang Pilihan Raya Umum ke 13.
 
“Saya mengumumkan bahawa sekiranya kita berjaya menumbangkan BN…kita akan melarang semua kapal terbang peribadi daripada meninggalkan negara untuk memastikan pemimpin BN tidak berpeluang melarikan diri,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
 
Guan Eng berjanji untuk “membasmi” gejala rasuah dan memastikan semua wang dipulangkan kepada rakyat.
 
Beliau juga berjanji membebaskan “setiap rakyat” daripada kemiskinan dan “menunaikan impian-impian semua anak kita.”
 
Guan Eng turut membela rekod DAP terhadap Islam dan menghuraikan program-program yang dibiayai oleh kerajaan negeri DAP untuk pendidikan Islam di Pulau Pinang.
 
Beliau menyifatkan sebagai dakwaan BN bahawa DAP menindas Islam sebagai fitnah.
 
“Baru-baru ini membuat tuduhan liar bahawa DAP menindas agama Islam. Macam mana DAP menindas agama Islam bila Islam adalah agama persekutuan?
 
“Di mana Perlembagaan DAP pun telah memasukkan butiran yang digunakan oleh Perlembagaan Persekutuan ke dalam Perlembagaan DAP bahawa DAP menegakkan agama Islam adalah sebagai agama persekutuan, ini adalah satu fitnah yang jahat,” kata beliau dalam ucapan yang turut disaksikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Ma
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger