Home »
UMNO Penang
» KHAIRUDDIN TERTAKLUK KEPADA ETIKA DISIPLIN PARTI - REEZAL
KUALA LUMPUR: UMNO Pulau Pinang tidak akan terburu-buru untuk mengambil tindakan ke atas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Kita tidak akan terburu-buru kerana UMNO adalah sebuah parti demokratik. Kita terdahulu perlu melihat jika ia mempunyai pelanggaran disiplin," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika dihubungi Astro AWANI.Reezal menjelaskan bahawa sebagai ahli parti, Khairuddin tertakluk kepada etika parti."Jikalau ada yang melanggar disiplin, maka bukan sahaja beliau (Khairuddin) akan diambil tindakan, tetapi sesiapa sahaja yang melanggar disiplin parti.Apabila ditanya tentang laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin, Reezal berkata itu adalah haknya untuk membuat laporan polis."Kita tidak perlu membesarkan isu ini kerana itu haknya untuk membuat laporan polis. Laporan polis itu pula dibuat terhadap 1MDB. Jadi, 1MDB mungkin harus tampil ke hadapan dan beri penjelasan," katanya ringkas.Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi pihak Astro AWANI tidak dapat memberitahu bila mesyuarat UMNO negeri akan diadakan bagi membincangkan tentang isu ini."Itu saya tidak pasti. Pengerusi (Datuk Zainal Abidin Osman) akan menetapkan satu tarikh," katanya.Dalam satu sesi sidang media petang Sabtu, Musa memberitahu bahawa UMNO negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu."Kami tidak menyokong tindakannya itu dan menganggap ia dilakukan atas kepentingan sendiri serta tiada kaitan dengan UMNO negeri, sehingga hari ini beliau (Khairuddin) juga tidak menghubungi kami untuk memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.Khairuddin pada Jumaat membuat laporan polis dengan meminta agar satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.
+ comments + 1 comments
Bravo YB Reezal, macam gitu lah komen yang sepatutnya diberi. Jangan jadi macam Tengu Adnan dan our YB from Pasir Salak tu. Bercakap dengan menggunakan akal dari otak dikepala, bukannya otak dikepala lutut!!!!!!!
Post a Comment