BUKIT MERTAJAM 13 Okt. - Veteran UMNO Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 ahlinya bagi membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Timbalan Pengerusinya, Datuk Ismail Din berkata, langkah itu perlu untuk memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada kerajaan pakatan pembangkang.
"Kami bekerja secara sukarela dan bertekad membantu BN terus kekal memerintah negara," katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Tahunan Veteran UMNO Bahagian Permatang Pauh, di sini hari ini.
Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Sehubungan itu, Ismail berkata, ahli UMNO tidak perlu bimbang kerana kewujudan veteran adalah untuk membantu parti dan bukan merebut jawatan dalam parti. ...
Post a Comment