Headlines News :
Home » , , » Mat Sabu didakwa menyalahgunakan wang PBA

Mat Sabu didakwa menyalahgunakan wang PBA



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, hari ini didakwa telah menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air P.Pinang (PBAPP).

Ini didedahkan oleh sebuah blog pro Umno iaitu http://empayar-pemuda.blogspot.com.

Mat Sabu dituduh telah menerima bantuan bil perubatan hospital diatas kecederaannya yang dialami semasa dilanggar oleh Polis sewaktu Perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Sedikit petikan dari blog berkenaan..

Mahkamah telah pun mengeluarkan Restriction Order yang menjelaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram. Makanya sesiapa pun yang menghadirinya bermaksud telah melanggar undang-undang termasuklah Mat Sabu..


Mengikut Faedah Perubatan 26.4 PENGECUALIAN (b) "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya"

Kalau polisi jelas mencatitkan seperti di atas, kenapa Mat Sabu mendapat pengecualian? Apakah istimewanya Mat Sabu kepada PBAPP?
sumber : UTARA NEWS 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger