GEORGETOWN - “Jangan kaburi rakyat dengan pemberian beras kepada orang Melayu sempena Ramadan ini kerana rakyat tahu sikap sebenar Kerajaan Negeri.”
Itu yang bergema di pekarangan Masjid Simpang Enam di sini semalam apabila beberapa peniaga dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi membantah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Mereka berkumpul selepas menunaikan solat Jumaat di sini bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pimpinan Kerajaan Negeri.
Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman turut membawa beberapa sepanduk yang memaparkan kerataan akhbar tentang tindakan Kerajaan Negeri merobohkan gerai peniaga Melayu.
Turut bersama, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Pulau Pinang (Perkasa), Mohd Rizuad Aizudin dan beberapa lagi aktivis.
Perhimpunan yang dikawal lebih 30 anggota polis bersurai 20 minit kemudian. Tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Post a Comment