Headlines News :
Home » » Sikap kerajaan DAP punca 200 ribu belia gagal beli rumah P.Pinang

Sikap kerajaan DAP punca 200 ribu belia gagal beli rumah P.Pinang




PULAU PINANG 14 Okt. - Kira-kira 200,000 belia yang sudah berkeluarga di negeri ini tidak mampu membeli rumah kerana harganya yang terlalu mahal. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, antara faktor berlaku perkara itu termasuklah kecenderungan pemaju untuk membangunkan projek perumahan mewah.

 "Masalah ini perlu diatasi segera kerana perkara itu boleh memberi kesan buruk kepada aspek sosial serta pembangunan setempat apabila ramai golongan belia memilih untuk berhijrah dari negeri ini.

 "Projek perumahan mewah pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlalu mengikut kehendak pemaju dan mementingkan keuntungan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Belia Ke-29 Daerah Timur di sini hari ini.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tok Tak Tau
October 15, 2012 at 3:31 PM

Salam bro, masalah ni dah duk ulang-habaq banyak kali dah. Masalahnya pun, ramai yang buat tak peduli kisah. Nak buat macam mana lagi? Semua duk buat jawab; "takpa lah, yg mana takdak duit tu, tak cukup duit, hangpa pi lah keluaq beli rumah ditanah seberang. berlambak duk ada, murah2 belaka." padahal semua duk kena kerja kot sini lagi. Nampak sangat yg sama kaum pun duk perambat sesamanya. Aduhai... ka, depa nak halau yg melayu UMNO saja? bila tinggai depa ja puak melayu DAP, PKR dan PAS yg sebetulnya, la ni pun bukan banyak mana pun populasi melayu yg tinggal, tak sampai setengah juta pun dlm Pulau ni, (tanah seberang tak termasuk, ambo tak terkejut, memang ramai melayu kot sana) melayu yg nampak ramai kot sini bukan anak asal dlm Pulau semuanya. apapun, majoriti orang kita bukan semua pekerja pengurusan, atau eksekutif. ramai yg kuli ja jugak. purata gaji $1,500 - $2,500. Majoriti rumah yg tersedia dan sedang dibina, memang bukan utk golongan ni. Bank mana yg nak bagi pinjam $500 ribu - $1 juta nak beli rumah yg duk ada la ni kat depa semua? tara la pun, ramai yg berhutang tak boleh nak bayaq, habistu nak semuanya percuma. tapi depa pun tak buat pun keja free. hehehe... mcm2 kan, manusia ni? Sabar bro.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger